BAB 5

Humor Completed 13851

“Dahlah. Abang penat. Bye!” Talian terus ditamatkan dan segera aku mematikan telefon. Tak nak diganggu. Fikiran dan hati aku bercelaru dan keliru yang amat. Aku melangkah ke bilik, nak tidur. Hati yang panas makin panas bila aku nampak Iqbal tengah baring dengan enaknya di atas katil empuk aku.

“Tepi lah!” Selamba aku tendang punggung Iqbal yang tengah baring di atas katil aku tu.

“Adoi!” Iqbal menggosok-gosok punggung dia yang montok macam kena cocok dengan botox tu.

“Apa ni wei!” Marah Iqbal atau nama glamour-nya Emma dengan nada suara yang lembut. Uwek.. Nak muntah aku dengar.

“Pondan tak layak nak tidur atas katil aku. Shuh, shuh. Pergi tidur atas lantai sana!” Aku menghalau Iqbal dengan kaki macam aku halau kucing kurap.

“Kurang ajar! Ingat aku apa kau nak tendang-tendang macam tu, hah?” Iqbal dah bercekak pinggang dengan lenggok badan yang lemah gemalai. Berbulu mata aku tengok. Bapok fail!

“Do I care..” Aku buat muka toya. Iqbal gigit bibir.

“Pengkid tak guna!” Marah Iqbal lagi.

“Pondan tak guna!” Aku baring atas katil. Langsung tak pandang Iqbal walaupun mulut masih berbunyi melawan kata dia.

“Pengkid tak sedar diri!”

“Kau bapok tak sedar diri!” Iqbal diam. Kemudian, aku dengar dia mendengus. Aku pejam mata. Penat mental dan fizikal. Aku nak tidur puas-puas.

“Mana sofa?” Soal Iqbal tiba-tiba buat aku yang baru nak lena terkejut. Hesy, dia ni. Aku nak tidur pun tak senang!

“Kat ruang tamu.”

“Itu aku tahu lah!” Iqbal melenting. Aku buka mata, pandang dia yang sedang berdiri depan aku. Apa lagi la yang dia nak ni. Aku bagi sebijik tang kepala tu baru tahu!

“So?”

“Maksud aku, mana sofa menghilang? Sebelum ni ada je sofa tu kat dalam bilik kita ni.”

“Entah, tanya sendiri lah sofa tu. Tu pun kalau sofa tu boleh bercakap.” Aku perli Iqbal.

“Betul-betul la wei!”

“Siang tadi Atok suruh orang angkut keluar sofa tu. Atok cakap, Atok tak nak aku tidur terpisah katil ngan kau.” Selamba jawapan aku.

“Apalah Atok ni. Biarkan aje lah sofa tu kat dalam bilik ni. Buat apa bawak keluar sofa tu entah. Habis lesap tempat tidur aku.” Bebel Iqbal buat aku senyum sinis.

“Kau ingat kau hero dalam novel ke nak tidur-tidur atas sofa selalu? Pirah!” Aku mengejeknya. Iqbal menjeling.

“Masalah sekarang ni, kalau sofa takde, mana aku nak tidur?” Soal Iqbal dengan muka serius.

“Tidur je lah atas lantai. Apa susah?”

“Memang susah lah mangkuk! Lantai ni sejuk. Mahu beku aku tidur atas lantai marmar ni!”

“Kau dah kenapa manja sangat? Tidur je lah atas lantai. Bukannya aku suruh kau tidur dalam peti ais. Baru sejuk sikit pun dah nak mengadu domba. Dasar bapok manja!”

“Apa kau cakap??”

“Kau pekak ke? Meh aku ulang. Kau tu kalau dah namanya lelaki, berlagak macam lelaki sikit. Tak payah nak jadi gedik macam perempuan!”

“Amboi.. banyak cantik mulut sekor ni. Hello, sebelum nak kutuk orang, sila cermin muka buruk kau tu dulu! Kau pun sama je lah. Nama aje perempuan tapi berlagak macam lelaki. Bajet samseng jalanan entah apa-apa. Mak bapak bagi nama cantik-cantik, nak jugak orang panggil dia Key. Konon macho la nama tu? Pooorah!”

“Kau pun sama! Nama bapak jantan, nak suruh orang panggil Emma. Apa kau ingat kau boleh glamour macam Emma Watson? Cis, boleh blah laa. Jauh panggang dari api!”

“Eii.. mulut kau tu.. Nak je aku pulas-pulas lepas tu ikat dengan tali. Longkang!”

“Kalau aku longkang, kau parit!”

“Sudah, sudah! Kalau macam ni sampai esok pun tak habis. Hah, mana comforter? Tolong carikan.”

“Kau ada tangan dengan kaki kan? Cari sendiri lah!”

“Aku mana tahu mana letaknya comforter kat rumah ni. Kalau tak ada comforter macam mana aku nak tidur? Nanti beku aku!”

Aku angkat bahu.

“Itu masalah kau. Sendiri tanggung, sendiri settle.”

Aku kembali pejam mata. Malas nak layan si pondan sesat ni. Kepala aku cuma teringatkan Shila je. Macam-macam masalah yang datang selepas pernikahan ni. Dan.. macam-macam perasaan yang datang dalam diri dan hati aku lepas aku kahwin dengan Iqbal. Kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience