BAB 2

Humor Completed 13761

“Atok.. Auni tak nak. Tolonglah pujuk ayah tu, Atok..” Aku merengek.

“Auni.. dengarlah cakap ayah. Ayah buat ni untuk kebaikan Auni jugak..”

“Tapi Atok. Auni..”

“Auni.. Kalau Auni sayang Atok, tolong ikut cakap ayah eh? Atok sayang Auni. Atok tak nak Auni terlalu hanyut dengan dosa besar tu..” Lembut Atok menasihati, membuatkan aku terdiam.

Aku sangat rapat dan aku sangat sayangkan Atok hinggakan apa saja permintaan Atok sanggup aku tunaikan. Tapi untuk permintaan yang satu ni terasa sangat sukar untuk aku perkenankan.

Mungkin ini permintaan ayah pada asalnya tetapi bila Atok juga menyokong permintaan ayah ini bermakna ini juga dikira sebagai permintaan dari Atok juga.

Tak mungkin aku akan berkahwin dengan Iqbal, abang sepupu aku sendiri. Dulu, cinta aku pernah ditolak oleh si ‘patah’ tu mentah-mentah. Malah aku juga dihina terang-terangan olehnya. Benci pun dia pada aku jangan sampai menghina aku dan cinta aku pada dia.

Aku pun ada perasaan dan harga diri! Malang sungguh, akibat dari perbuatannya itu, aku berubah sedikit demi sedikit dari hari ke hari. Daripada sebagai seorang perempuan yang cantik dan comel lotel, aku menjadi pula seorang perempuan yang handsome dan macho atau dengan kata nama lain, pengkid.

Shila.. kekasih hati aku. Aku sedar aku dan Shila sudah terlibat dalam hubungan terlarang, tapi aku tetap berdegil untuk hidup bersama Shila. Kenapa? Sebab Shila sorang je yang ikhlas dan jujur menerima cinta dan diri aku seadanya.

Tak macam si Iqbal patah tu. Muka bajet nak handsome je. Perangai tu kejam giler! Dah lah kejam, zalim pulak tu. Dulu, kemain dia kutuk aku perempuan tak guna. Sekarang tengok siapa yang dah jadi orang tak guna? Dia jugak.. Ceh..

Dulu Iqbal lelaki sejati tapi sekarang.. dia dah jadi seorang bapok sesat. Kami macam dah tertukar jantina pulak. Pelik, pelik..

Aku pandang wajah Atok penuh sayang. Dalam kepala juga sudah terbayangkan wajah Shila yang juga sangat aku sayang.

“Maaf, Atok. Auni tak boleh. Auni tak nak kahwin dengan Iqbal.” Terus aku berlalu menuju ke bilik.

**********************

“Auni, balik cepat. Atok masuk hospital!” Aku yang tengah dating dengan Shila, si pengarang jantung dikejutkan dengan panggilan dari mama. Terasa nak gugur jantung aku yang satu ni mendengarkan berita ni.

“Okey, Auni balik sekarang.” Talian terus dimatikan.

“Abang, kenapa?” Shila peluk lengan aku. Aku pandang wajahnya penuh cemas.

“Baby, Abang kena balik dulu. Emergency!”

“What happened?” Shila masih lagi menyoal.

“Karang Abang story. Love you, Baby.” Pipi Shila dikucup sebelum aku tergesa-gesa menuju ke kawasan parking dan memandu kereta ke hospital. Rancangan aku untuk ke taman tema bersama Shila terpaksa di batalkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience