BAB 9

Humor Completed 13851

Iqbal pulang dari kerja sewaktu aku sedang menonton televisyen. Aku langsung tak menghiraukan kepulangannya. Biarlah.. malas aku nak kisah pasal Iqbal. Sejak balik dari Bali, aku dan Iqbal mula tidur di bilik yang berasingan.

Sebelum ni, walau kami tidur di tempat tidur yang berbeza, kami tetap duduk sebilik. Tapi lepas kejadian hari itu, kami ibarat dua orang asing yang langsung tak kenal antara satu sama lain. Duduk serumah tapi langsung tak bertegur sapa.

Mungkin ini terbaik untuk aku. Aku nak beri ruang pada diri aku untuk berfikir dan berubah secara perlahan-lahan. Aku masih ingat lagi kata-katanya selepas kejadian dia meragut kesucian aku di Bali dulu.

“Maafkan aku.. Aku cuma nak kau sedar. Kau tu perempuan. Sampai bila-bila pun fitrah kau tetap perempuan. Tolonglah kembali pada diri kau yang asal. Seorang yang lemah-lembut dan cantik. Aku tak ada niat nak berkasar dengan kau tadi. Cuma.. aku nak kau fikir. Apa yang jadi antara kita ni pun dah cukup membuktikan yang perempuan takkan sama dengan lelaki. Tenaga dan nafsu antara perempuan dan lelaki berbeza, Auni.. Selama-lamanya kau tetap perempuan. Tolong terima semua tu.”

Kata-kata Iqbal itu meresap jauh ke dalam hati aku. Namun, ego sentiasa menidakkan walaupun aku sedar semua nasihat Iqbal tu betul belaka. Susah untuk aku terima kata-kata Iqbal lepas apa yang dia dah buat pada aku dulu. Aku benci Iqbal tapi aku cintakan dia. Kenapa?

Aku tersentak dari lamunan bila Iqbal duduk disisi aku tiba-tiba. Tanpa memandangnya, aku mengengsot sedikit ke tepi, menjauhkan diri dari dia.

“Dah makan?” Soal Iqbal. Aku hanya membatu. Mata masih tertancap pada tv. Malas nak layan.

“Tak nak tanya aku dah makan ke belum ke?” Soalnya lagi. Iqbal merenung aku dengan pandangan yang redup. Aku menjelingnya sekilas. Nak mengada-ngada lah tu!

“Aku tak makan lagi ni. Aku lapar.. Jom makan?” Tangan aku dicapainya lembut. Laju aku menepis tangan Iqbal.

“Jangan sentuh aku.” Aku sudah bangun dari duduk. Rimas.

“Auni marahkan Iq lagi ke?” Iqbal juga bangun dari duduk. Tanpa menjawab soalan darinya, aku melangkah pergi. Namun, Iqbal pantas menghalang. Tangan aku dipegang erat.

“Iq minta maaf pasal kejadian kat Bali hari tu. Iq cuma nak Auni faham yang Auni seorang perempuan. Dan yang paling penting, Iq nak Auni sedar yang Auni isteri Iq dan Iq suami Auni..” Aku diam mendengar cakap Iqbal.

“Iq sayang Auni. Iq sayang sangat-sangat kat Auni.” Perlahan kata Iqbal buat aku rasa satu kelainan dalam hati aku. Bahagia. Tapi, kalau dah ego tu tinggi melangit, memang susah nak mengaku apa yang hati tengah rasa. Laju aku cuba meronta dari pegangan Iqbal.

“Lepaskan aku.” Nada cuba ditahan supaya tak naik setahap. Aku sedang cuba untuk hormat Iqbal.

“No, Iq takkan lepaskan Auni. Iq tak habis cakap lagi.” Iqbal mengeratkan lagi pegangannya. Aku mendengus, hilang sabar.

“Aku cakap, lepaskan aku!” Aku sudah melenting.

“Auni.. Tolong dengar apa yang Iq nak cakap ni. Iq.. Sebenarnya.. Iq cintakan Auni.” Aku yang sedang meronta terus tergamam. Iqbal cakap dia cintakan aku?

“Nonsenses!” Aku tak percaya.

“I love you, Aqila Auni. Since Auni confess kat Iq dulu lagi. ” Iqbal menatap mata aku. Ada rasa cinta yang ikhlas dari sinar matanya.

Tapi.. aku tetap tak percaya. Bukan ke dulu Iqbal dah hina aku? Tak ke dulu Iqbal dah tolak cinta aku mentah-mentah? Lagi pun.. Iqbal dah buat perkara yang sangat aku benci sewaktu kat Bali dulu. Ya, aku benci Iqbal! Tapi.. aku cintakan Iqbal juga. Ah.. kelirunya!

“Lepas kau dah tolak cinta aku mentah-mentah dengan hinaan yang menyakitkan hati dulu dan lepas apa yang kau dah buat kat Bali dulu, kenapa baru sekarang kau cakap kau cinta aku? Kenapa kau cintakan aku waktu aku dah bencikan kau?”

“Maafkan Iq. Dulu Iq terlalu ego dan mentah. Iq tak reti nak hormat dan hargai perasaan orang, lagi-lagi perasaan Auni. Pasal kat Bali pulak, Iq tak sengaja. Mungkin cara Iq salah tapi niat Iq ikhlas. Iq nak ubah Auni.”

“Ahh.. alasan!”

“Auni.. Maafkan Iq.. Iq tahu Iq dah banyak buat salah dengan Auni.. Iq..”

“Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku takkan maafkan kau Iqbal. Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau. Sekarang, aku nak kau lepaskan tangan aku.” Terus aku potong kata Iqbal. Namun, Iqbal hanya menggeleng.

“Aku kata lepaskan aku. Now!”

“Auni.. Tolong jangan buat Iq macam ni. Iq..”

“Enough! I don’t care and just let me go, Iqbal!” Terus aku memotong katanya. Aku menampar-nampar tangan Iqbal sekuat hati. Sebenarnya aku dah tak sanggup nak dengar semua kata-kata Iqbal. Hati aku berdebar-debar. Aku takut untuk mengaku yang aku jatuh cinta dengan Iqbal buat kali kedua.

“Let me go!” Jerit aku sekuat hati. Spontan, Iqbal melepaskan tangan aku. Aku terus berlari ke bilik aku. Aku tak percayakan semua ni. Aku benci Iqbal!

Sewaktu aku masuk ke bilik, tiba-tiba saja telefon bimbit aku berbunyi. Shila call. Aku mengeluh. Beberapa hari ni kerap betul Shila call. Apa lagi yang dia nak? Aku dah explain elok-elok, tak faham lagi ke?

“Hello.” Malas aku menjawab.

“Abang.. Baby rindu Abang..” Mendayu-dayu suara Shila dihujung sana. Aku mengeluh lagi.

“Sudahlah, Shila. Saya dah cakap yang kita tak ada hubungan apa-apa lagi. Tolonglah faham..” Ya, aku dah putus dengan Shila. Ini salah satu cara untuk aku berubah perlahan-lahan. Aku ambil keputusan untuk putus dengan Shila lepas kejadian di Bali dulu.

“Baby tak boleh hidup tanpa Abang. Tolong jangan buat Baby macam ni. Baby tak boleh nak terima.”

“Boleh atau tidak, awak kena terima. Saya dah jadi isteri orang. Saya hanya untuk suami saya sorang je.” Yakin aku mengucapkan kata itu.

“Cepat betul Abang berubah hati kan? Ada apa dengan lelaki tu sampai Abang dah tak pandang Baby lagi??” Suara Shila meninggi di hujung talian.

“Dah lah Shila. Saya perempuan, awak pun perempuan. Buat apa kita nak ada hubungan terlarang lagi? Berdosa tahu tak, berdosa! Lelaki itu adalah yang sebaiknya untuk saya sebagai seorang perempuan. Perempuan diciptakan berpasang-pasangan dengan seorang lelaki, bukan dengan sesama perempuan!” Aku hilang sabar.

“Wow, wow. Sejak bila Key kesayangan semua dah berubah jadi baik ni? Tak, aku tak percaya. Aku tahu kau masih cintakan aku kan, Key? Ini semua mesti sebab kau dah kena ugut dengan lelaki tak guna tu. Takpe, kau jangan risau. Aku akan hapuskan sesiapa saja yang menghalang hubungan aku dengan kau termasuk lelaki tu!” Jerit Shila dengan bahasa yang sangat kasar lalu terus menamatkan talian.

Malas aku nak layan si Shila ni. Kenal sangat aku dengan perangai dia. Cakap berani la, bila suruh buat bapak penakut. Heh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience