BAB 10

Humor Completed 13761

“Diam aje Auni sejak balik dari Bali. Ada masalah ke?” Mama menegur aku yang sedang termenung memandang ikan yang sedang berenang di dalam kolam.

“Ehh.. tak ada lah ma.” Aku berdalih. Mama diam merenung aku penuh kasih sayang.

“Auni anak mama. Sekali tengok pun mama dah tahu Auni memang ada masalah.” Aku mengeluh mendengar kata mama.

“Hmm.. kalau ada masalah ceritalah dengan mama.” Mama tersenyum memandang aku.

“Entahlah ma..”

“Auni gaduh dengan Iq?” Mama serkap jarang. Aku diam.

“Kenapa? Apa yang buat Auni dengan Iq gaduh? Mama tengok pun Auni dengan Iq diam je sejak balik sini. Biasanya mulut Auni dengan Iq tak pernah diam kalau berjumpa. Macam kucing jumpa dengan anjing.”

“Ma.. Kalau Auni tanya something, boleh tak?” Mama angguk kepala.

“Kenapa Auni kena kahwin dengan Iqbal?” Mama diam. Aku sabar menunggu jawapannya.

“Sebab jodoh Auni adalah Iqbal..” Jawapan mama buat aku diam.

“Tapi Auni tak suka Iqbal. Auni tak nak jadi isteri Iqbal dan Auni tak nak Iqbal jadi suami Auni.”

“Auni.. tak baik cakap macam tu..” Nasihat mama pada aku. Lembut. Tangan aku diusap-usap perlahan.

“Auni tak boleh terima Iqbal dalam hidup Auni. Iqbal dan Auni terlalu berbeza. Auni tak boleh!”

Aku meluahkan semua yang terpendam dalam hati selama ini. Sepanjang aku dan Iqbal berkahwin, jiwa dan perasaan aku sangat terseksa. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Antara kata nafsu dan kata akal. Antara yang mana satu betul dan yang mana satu salah.

“Belum cuba, belum tahu. Auni dengan Iq baru aje kahwin. Masih awal lagi untuk Auni katakan tak boleh.”

“Auni takut nak cuba, ma. Auni dah lama jadi begini. Auni takut nak ada perasaan dekat lelaki. Lagi-lagi dekat Iqbal. Auni memang tak boleh.”

“Kenapa Auni cakap macam tu? Sebab Auni masih ada perasaan dekat Shila ke?” Soalan mama buat aku terdiam. Bila difikir-fikirkan balik, dah lama aku berhenti dari berfikir dan mengingati Shila. Hidup aku sentiasa sibuk dengan peperangan yang aku cipta dengan Iqbal. Kenapa ek aku tak ingat Shila?

“Auni.. Mama tahu sebab musabab kenapa Auni jadi macam ni. Mama tahu jugak alasan Auni kenapa Auni dah tak jadi seperti diri Auni yang dulu. Tapi tu semua benda dah lepas. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

Mama nak Auni sedar yang asalnya fitrah Auni sebagai seorang perempuan. Sejak Auni dilahirkan lagi, dah tertulis fitrah Auni sememangnya seorang perempuan. Auni seorang perempuan dari dulu sampai sekarang. Dan sekarang Auni adalah seorang isteri kepada seorang lelaki. Lelaki itu, Iqbal.. Suami Auni.”

“Tapi kenapa suami Auni mesti Iqbal? Kenapa mesti Iqbal yang pernah caci dan hina Auni dulu sampai Auni lupa diri dan berubah jadi pengkid? Bila dah jadi pengkid, disuruh pulak Auni berubah jadi perempuan sejati. Bila Iqbal cakap macam tu macam Iqbal dah jilat balik ludah dia pada Auni dulu.”

“Setiap manusia mesti buat silap. Iqbal pun tak pernah terlepas dari salah dia. Maafkan salah Iqbal. Dulu dia cakap Auni macam tu sebab waktu tu dia tengah tak matang lagi. Soal jodoh, memang dah takdir jodoh Auni dengan Iqbal. Auni tak boleh salahkan takdir sebab takdir Allah tiada siapa dapat melawan. Allah dah tulis jodoh Auni dengan Iqbal sejak di loh mahfuz lagi, sayang. Sampai syurga nanti, Auni tetap jodoh Iqbal. Selama-lamanya milik Iqbal.”

Kata-kata mama itu buat aku semakin berfikir. Mungkinkah aku patut membuka pintu hati aku untuk berubah? Kalau aku berubah, mampukah aku mencintai Iqbal sebagaimana aku mencintainya 5 tahun lepas? Ahh.. susahnya.

“Cuba bagi peluang untuk diri Auni dan Iqbal. InsyaAllah.. benda baik akan datang pada korang. Boleh ek sayang?” Mama memujuk aku. Lambat-lambat aku mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience