BAB 13

Humor Completed 13812

4 Tahun Kemudian..

“Zayn! Kenapa conteng muka Zara ni?” Aku memarahi Zayn, anak lelaki aku yang wajahnya sebijik macam muka Iqbal itu.

“Sebab Zara cakap dia nak cantik macam papa.” Selamba jawapan Zayn membuatkan aku terkejut.

“Hah? Kenapa nak cantik macam papa pulak ni?” Zayn Malik mencalit gincu pada bibir Zara Malika, kembar tak seirasnya. Zayn dan Zara, anak kembar tapi rupa tak seiras sebab Zayn mewarisi muka Iqbal manakala Zara mewarisi wajah aku. Masuk tahun ni, genap 4 tahun umur anak kembar aku ini.

“Sebab Zara tengok papa cantik sangat pakai make-up dalam gambar ni.” Zara menghulurkan aku sekeping gambar. Aku menyambut.

HAHAHA!!

Terbahak-bahak aku ketawa saat melihatkan gambar gedik Iqbal itu. Dengan rambut panjang palsu warna kuning dan make-up yang tebal berinci-inci, ditambah dengan gincu merah dibibirnya. Boleh pulak Iqbal snap gambar dengan mulut muncung itik. Meroyan nak kiss orang je aku tengok.

“Amboi sayang. Gelak sakan tak ingat dunia nampak. Apa yang lucunya tu?” Iqbal datang menghampiri aku dan anak kembar kami itu.

Senyuman manis terukir di bibir Iqbal. Laju je aku letak gambar yang Zara hulurkan pada aku tadi di tepi pipi Iqbal. Mata aku sekejap-kejap beralih ke muka Iqbal, kemudian beralih pula ke gambar. Membandingkan perbezaan wajah Iqbal yang dulu dengan sekarang.

“Apesal ni sayang?” Iqbal terkebil-kebil. Aku ketawa.

“Tak sangka cantik jugak Abang zaman Abang ‘patah-patah’ dulu ek? Tergoda Auni.” Aku menjongketkan kening pada Iqbal. Terus Iqbal sambar gambar yang berada di tangan aku itu.

“Ehh! Mana Auni dapat gambar ni??” Terkejut Iqbal bila gambar zaman jahiliyahnya dulu ada depan matanya.

Aku angkat bahu. “Entah. Tanyalah anak kita berdua ni.” Aku memuncungkan bibir pada Zayn dan Zara. Ternyata Iqbal terkejut tengok Zayn yang bersungguh-sungguh menconteng muka Zara.

“Ya Allah.. Zayn! Apa Zayn buat dekat muka Zara ni?” Iqbal menerpa ke arah Zara. Terus diangkat Zara ke pangkuannya. Zara merengek-rengek minta diturunkan manakala Zayn membebel bila papanya, Iqbal melarang supaya dia tak lagi menconteng muka Zara.

“Papa tak bagi Zayn conteng muka Zara. Kesian Zara.” Diusap pipi Zara yang sudah dicalit blusher.

“Zara nak Zayn make-up Zara macam dalam gambar ni. Zara nak cantik macam papa..” Rengek Zara.

“Kenapa nak cantik macam papa? Zara tak nak cantik macam mama ke?” Soal Iqbal sambil memandang aku. Zara menatap lama wajah aku sebelum menggeleng laju.

“Mama tak cantik sebab mama handsome. Zara nak cantik macam papa.” Aku ketawa mendengarkan jawapan Zara. Iqbal menjeling pada aku.

“Betul tu. Zayn pulak nak handsome macam mama. Mama handsome sangat.” Puji Zayn pada aku. Kembang kempis hidung aku. Hailah aku ni. Bangga pulak orang puji aku kacak. Pelik betul.

“Habis papa tak handsome?” Soal Iqbal buat Zayn geleng laju.

“Tak langsung.” Selamba jawapan Zayn. Aku bantai gelak.

“Zayn!” Iqbal sudah angin.

“Ala.. Abang ni. Rilex lah.. Zayn cakap benda betul apa. Abangkan memang cantik!” Aku mencuit hidung Iqbal sambil tersenyum manja. Iqbal mendengus. Nak kena bini aku ni.

“Auni, Abang handsome okey, bukan cantik. Abang tak suka Auni cakap Abang cantik.” Iqbal tarik muncung sedepa.

“Wah.. bila Abang muncung gitu memang nampak makin cantik. Sebijik macam dalam gambar ni. HAHA!” Iqbal yang geram, terus menurunkan Zara dari pangkuannya dan berlari mendekati aku. Aku yang sengaja mahu mengusik Iqbal terus berlari menyelamatkan diri. Akhirnya, terjadilah adegan kejar-mengejar di ruang tamu macam dalam cerita Hindustan tu. Macam kanak-kanak ribena. Anak-anak kitorang pun tak macam ni.

“Zayn, mana Zayn ambil gambar tu?” Sambil mengejar aku sempat Iqbal menanyakan Zayn.

“Zayn ambil dalam dompet mama!”

“Auni!”

Tanpa buang masa, aku berlari masuk ke dalam bilik. Iqbal terus mengejar aku dengan muka masam mencuka. Alamak.. kantoi sudah aku curi gambar ni sekeping waktu Iqbal bakar gambar-gambar lama dia sewaktu zaman dia ‘patah’ 4 tahun lepas.

“I got you.” Iqbal senyum nakal sambil berdiri di depan muka pintu bilik dengan berpeluk tubuh. Aku yang dah kepenatan dan tercungap-cungap hanya mampu angkat tangan. Surrender. Kalau dah lama tak exercise, macam ni lah jadinya. Semput!

“Nak lari lagi ke?” Soal Iqbal buat aku geleng laju.

“Tak nak dah. Penat.”

“Tahu pun penat ek. Tapi jangan ingat Abang akan lepaskan sayang macam tu je.” Iqbal mendekati aku yang dah terduduk atas katil. Aku telan liur. Haiya, Iqbal dah tayang muka gatal dia.

“Apa-apa je lah..” Aku jelir lidah.

“Abang tarik lidah tu baru tahu.” Iqbal berbisik sebelum dia menolak bahu aku lembut menyebabkan aku terbaring di atas katil. Kemudian, Iqbal berbaring disisi aku.

“Cepat bagitahu Abang. Mana dapat gambar Abang tu?”

“Auni curik masa Abang bakar semua gambar-gambar Abang dulu.” Aku menyentuh dada Iqbal bila dia cuba mendekatkan wajahnya dengan aku.

“Ooo.. diam-diam ek curik gambar Abang. Nakal! Memang nak kena ni.” Iqbal mencubit pipi aku sebelum dia mengucup lembut pipi aku penuh kasih. Aku hanya senyum-senyum malu dan tanpa segan silu, terus aku memeluk Iqbal dengan eratnya.

“Sayang, kenapa simpan gambar tu?”

“Sebab Auni nak jadikan gambar tu sebagai kenangan. Kan kita kahwin masa Abang zaman ‘patah’ dulu..” Jawapan aku buat Iqbal senyum handsome.

“Buat apa simpan. Bukan handsome pun Abang dalam gambar tu.”

“Sebab Auni jatuh cinta pada Abang untuk kali kedua waktu Abang ‘patah’ tu. Auni cintakan Abang bukan sebab rupa Abang tapi Auni cintakan Abang sebab diri Abang.”

Iqbal terus mengucup bibir aku setelah mendengarkan jawapan aku itu. Aku membalas kucupan Iqbal itu dengan rasa cinta yang menggunung untuk Iqbal. Ya, aku cintakan Iqbal sebab dia adalah Iqbal yang aku kenal, bukan kerana rupa ataupun harta. Aku terima Iqbal seadanya.

“Abang pun cintakan Auni. Dari dulu hanya Auni yang Abang cinta dan Abang cintakan Auni for the way you are, sayang. Terima kasih sebab dah lengkapkan hidup Abang. Terima kasih sebab dah sempurnakan diri Abang yang tak sempurna ni..” Bisik Iqbal penuh romantis sebelum kami tenggelam dalam nikmat cinta halal kami ini.

Inilah kisah yang sudah tertulis untuk Danial Iqbal dan Aqila Auni. Dalam bencii mereka akhirnya berkahwin, dalam merukuni dan melayari alam perkawinan tanpa rasa cinta akhiranya rasa cinta itu terbit sendiri. Kini ke mana sahaja mereka pergi pasti akan bersama, tak ingin berpisah. Begitulah ajaibnya kuasa cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience