BAB 1

Humor Completed 8772

Sedari tadi dia termenung termanggu seorang bagai ada sesuatu yang sedang menghempap ruang mindanya. Sawah padi yang menghijau di depan mata direnung tanpa perasaan. Hati dan mindanya jauh mengembara. Terkenang zaman kanak-kanaknya yang penuh dengan tawa riang bermain dari siang hingga malam bersama dua kakak paling sempoi.

Hurm...dia mengeluh perlahan. Kini kedua orang kakaknya sedang menderita batin. Hidup mereka di kelilingi onak dan duri. Kakak sulungnya sedang menderita hati dan perasaan akibat abang iparnya yang terlalu degil untuk menunaikan perintah Allah. Kesian Kak Faridah! Abang Amran tu baik sangat cuma kalau balik ke rumah mereka dia tak betah tinggal lama di sini. Itu saja kelemahannya.

Pada mulanya Farahin dan keluarga menyangka Amran tu pemalu sebab dia memang pendiam, tapi bila sudah masuk ke usia perkahwinan mereka yang ke-17 tahun barulah terbongkar segalanya. Rupanya abang Amran cukup liat nak solat. Sebagai ketua keluarga abang Amran dah culas dalam tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang ayah. Tanggungjawab seorang suami adalah membimbing isterinya ke jalan yang diredhai,tapi kalau dia sendiri pun tak solat dan tak mendirikan tiang agama, macam mana nak bimbing isteri dan anak-anak?

Kakak kedua Farahin pula seorang guru di salah sebuah sekolah di negeri ini, negeri Kedah Darulaman. Kakak Fatihah berkahwin dengan abang Kamal atas pilihan kedua ibu bapanya. Abang Kamal muda setahun dari kakak Fatihah tapi mereka tetap hidup bahagia. Sayangnya, tanpa terduga salah seorang dari kakak abang Kamal busuk hatinya. Entah kenapa sudah ditanamkan rasa iri hati di jiwanya. Abang Kamal dan Kakak Fatihah telah disihirkannya. Kakak Fatihah yang paling menderita berbanding abang Kamal. Ketika tahun pertama perkahwinan mereka lagi, mereka sudah merasakan kelainannya. Kak Fatihah kata pada mulanya kak iparnya itu cukup baik dengannya dan selalu membawakan mereka makanan.

Rupanya dari makanan yang dibawa itulah telah dimasukkan bahan-bahan kotor yang tak mereka sangka. Hari demi hari kesihatan kak Fatihah semakin merosot, namun rezeki Allah tetap berpihak kepada mereka. Dalam keadaan dirinya disihir dan sakit kak Fatihah tetap melahirkan anak. Dua belas tahun kak Fatihah menderita dan sekarang mereka sudah bercerai. Kak Fatihah sudah menjadi ibu tunggal anak tiga. Menurut kak Fatihah ketika abang Kamal melafazkan cerai terhadapnya mereka sama-sama merasakan ada benda yang keluar dari tubuh mereka.

Masya Allah! Rupanya memang niat kakak ipar kak Fatihah adalah agar mereka berpisah. Tergamaknya dia memisahkan dua hati demi hasrat hatinya? Sampai ke hari ini kak Fatihah tak tahu kenapa mereka dianiaya begitu. Alhamdulillah, selepas mereka bercerai kak Fatihah nampak semakin sihat dan dia dan abang Kamal masih berhubung sebagai seorang sahabat.

”Fara oo Fara!,.” Dayana melaung nama Farahin. Tersentak Farahin dari lamunan. Di kalihkan wajahnya ke arah Dayana di depan rumah namun tak dihiraukan kelibat Dayana. Tahulah Dayana tu nak cari dia di belakang rumah ni. Itu yang Farahin fikir. Farahin kembali menyambung lamunannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience