BAB 9

Humor Completed 8772

”Tak tau la Midah!,.aku ingatkan selama ni, aku satu-satunya bini abang Mod hang tu,tak sangka dia duakan aku. Tu pun sembunyi-sembunyi. Kalau dia tak mati,jangan-jangan sampai ke hari ni, aku kena tipu hidup-hidup,.” Mak long Zila mengelap air matanya yang sudah meluncur laju. Kesian kat mak long Zila. Sudahlah terkejut dengan kematian pak long, ditambah pula pak long meninggal akibat terbabit dengan kemalangan bersama isteri muda. Isteri mudanya selamat. Dengar kata cuma cedera ringan.

Selepas seminggu kematian pak long, wang dalam akaun bank pak long pun lesap. Dengar kata lagi isteri muda pak long beli tanah dengan duit tu. Anak-anak pak long dengan mak long Zila pakat melopong sebab langsung tak mendapat bahagian mereka. Agaknya isteri muda pak long mengahwini pak long hanya kerana duit semata-mata, kalau tak,takkanlah dia tergamak mengunakan duit pak long untuk dirinya sendiri?

”Sabarlah kak! Habuan hang semua ni,.Allah nak turunkan ujian untuk hang dan anak-anak hang. Ujian untuk bini muda abang Mod jugak!” Mak Midah cuba memujuk kakak sulungnya itu. Dia cuba membayangkan kalau dia berada di tempat kakaknya itu. Bagaimana kalau abang Mad buat aku macam tu jugak? Kawen senyap-senyap, tau-tau lepas mati ada bini muda? Hiesyy,..mintak simpang.

”Hang cakap senanglah Midah. Suruh aku sabar. Aku percaya sepenuh hati kat abang Mod hang tu,tau-tau dia buat kat aku lagu ni,.” air mata mak long Zila masih lebat mengalir. Sedih betul dia, bila mengenangkan semua pengorbanannya dan kesetiaannya langsung tak dihargai suaminya yang paling disayangi.

”Aku nak cakap macam mana lagi kak, selain suruh hang bersabar. Kita ni hamba Allah kak, tak lepas dari ujian. Anak-anak aku pun kak, semuanya dah dapat ujian tu,.cuma Fara ja, aku tak tau lagi nasib dia macam mana,.” Mak Midah berusaha lagi memujuk kakaknya dan matanya dialihkan ke arah anak-anaknya yang turut ada bersama ketika itu. Dia memandang lama ke arah Farahin. Matanya sudah digenangi air jernih melihat anak bongsunya itu. Takut perkara yang sama menimpa anak sulung dan anak keduanya menimpa Farahin juga.

”Aku tak boleh nak percaya! Aku tak boleh terima semua ni! hang tak faham Midah,.macam mana perasaan aku ni! Aku rasa hati aku ni macam kena lapah hidup-hidup. Hang tak rasa Midah, hang tak tau!” mak long Zila bersuara lagi, suaranya semakin sebak dan air matanya masih tidak henti-henti mengalir. Mak Midah mendakap kakak sulungnya itu dan turut sama menghamburkan air mata. Farahin, Fatihah dan Faridah juga turut merasa sebak melihat ibu dan ibu saudara mereka yang saling berpelukan dan menangis hiba. Mereka turut menangis dalam diam.

”Aku faham kak!,.Aku harap hang kuat kak,.lagi pun benda dah jadi,.abang Mod pun dah tak dak,.bukan nak boleh patah balik dah!” Mak Midah mengelap air matanya sambil menuturkan kata. Dilepaskan rangkulannya. Wajah kakaknya itu dipandang penuh kasih. Aku tak berdaya nak tolong hang kak. Ini ujian Allah untuk hang. Hang yang kena mangkit dan tolong diri hang sendiri. Mak Midah berdialog di dalam hati. Keadaan mak long Zila yang masih bersedih itu tak memberi peluang untuk Mak Midah berterus terang.

”Kesian kat anak-anak aku Midah. Habih duit abang Mod hang dia kebas.” mak long Zila menyambung kata. Air matanya dilap rakus. Cuba mengeringkan air matanya yang tak mahu berhenti mengalir. Dia terbayangkan kelima-lima wajah anaknya. Tergambar wajah Nazmin anak sulungnya yang juga berbini dua. Macam abahnya juga kahwin diam-diam sedangkan menantunya Nurul Nadia itu seorang ustazah yang bertudung labuh, cantik dan rajin. Apa yang orang lelaki ni fikir agaknya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience