BAB 15

Humor Completed 8772

”Woiii! Buta ka?” Farahin bertempik kuat bila motor yang dipandunya sudah terjunam ke dalam sawah padi. Asrol yang memandu kereta dengan laju walau sedang melalui jalan kampung yang sempit terpaksa memberhentikan keretanya secara mengejut bila melihat ada sebuah motor sudah masuk ke dalam sawah.

”Hang gila ka? Bawak reta macam peleset. Hang ingat ni tempat nak race reta ka apa? Nak race pi masuk trek la woii!” Farahin masih mengamuk sambil cuba menolak motornya naik ke atas jalan kembali. Dengan kudratnya sebagai seorang perempuan, mana terdaya nak tolak.

”Cik adik,.minta maap la naa. Abang tak sengaja! Nak ligan masa. Abang dah janji nak jumpa orang tapi abang lupa,.tu yang dok kalut tu,.” Asrol cuba membantu Farahin sambil meminta maaf. Walau ayat yang dituturkannya nampak pincang tapi Asrol cuba mengajuk loghat Kedah yang dipelajari dari kawannya sebentar tadi.

”Bila masa pulak aku jadi adik hang? Bila masa pulak hang jadi abang aku? Bila masa pulak mak aku beranak kat hang?” naik meloya Farahin mendengar Asrol membahasakan dirinya abang. Entah dari mana mai, tau-tau nak berabang-abang dengan aku? Uwekkk!

”Sepupu aku pun mak aku tak beranak kat dia pun tapi okey ja dia panggil aku abang! Adik angkat aku pun ramai yang panggil aku abang. Mak aku pun tak beranak kat depa. Pekerja-pekerja muda kat pejabat aku pun panggil aku abang. Tu pun mak aku tak beranak kat depa. Boleh pulak mereka panggil aku abang. Tak ada masalah pun?” Asrol menjawab pertanyaan Farahin dengan selamba. Farahin sudah mendengus dalam hati. Dah la badan habis lencun dengan air selut. Lagi banyak songeh!

”Aku tolong hang!” tanpa mendapat keizinan Farahin Asrol menarik motor naik ke atas jalan semula. Farahin tiada pilihan. Orang dah nak tolong, biarkan! Lagi pun ini semua salah dia. Bawa kereta macam nak pi race. Dalam kampung ja kot? Farahin masih membebel dalam hati. Wajahnya cemberut. Langsung tak teringin nak senyum dan beramah mesra.

”Okey tak ni? Kalau tak okey, aku boleh tolong hantar balik?” Asrol cuba berbuat baik. Dah buat salahkan, takkan nak cari pasal lagi?

Farahin tak menjawab sepatah pun. Terus disorongnya motor menjauh dari Asrol dan mula menekan stater. Alhamdulillah! Motornya masih boleh dihidupkan. Risaunya dia kalau motor kesayangannya tu sudah tak boleh nak dihidupkan lagi. Lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang lencun macam sekarang. Dia terus memecut motornya dan meninggalkan Asrol yang masih terpingga-pingga bila bantuan yang mahu dihulurkan tidak bersambut. Eh! Orang kampung memang macam ni ke? Sombong tak bertempat! Asrol mengomel di dalam hati.

Jangan mudah prasangka Asrol! Berdosa tau! Tu,.bukan sombong namanya. Tu malas nak layan! Jadi orang perempuan ni, lebih baik menyombong dari terlebih gedik! Betoi dak??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience