BAB 5

Humor Completed 8772

”Mak!!!,..Takkan bangla pun mak nak add?” terjerit Farahin tanpa sedar bila mengintai kegiatan ibunya dari belakang. Mak Midah memang sudah bertekad nak cari calon menantu. Semua lelaki-lelaki yang masih bujang diambil sebagai teman muka bukunya.

”Bangla pun manusia jugak pa! Bukan makhluk asing pun!” selamba Mak Midah menjawab. Bibirnya sudah mengukirkan senyuman kelucuan. Akaun facnya yang diberi nama kak long dan ditampal gambar permandangan kampung mereka pada gambar profilnya tidak menghampakan. Sesiapa saja yang Mak Midah add menerima jemputannya begitu cepat sekali.

”Kalau ya pun mak, takkan friend mak semua orang laki bujang kot? Tau kat ayah nanti jeles pulak ayah tu! Ceq tak tau,..ceq tak mau masuk campoq!” sesekali Farahin akan membahasakan dirinya sebagai ‘ceq’ bila bercakap dengan ibu, ayah atau kakak-kakaknya. Ceq adalah panggilan manja atau kata ganti nama untuk anak-anak negeri Kedah.

”Mak bukan boh gambar mak pun! Awat yang ayah hang nak jeles buta pulak? Kot,.kalau mak boh gambar seksi,.tak tutup aurat ka, padanlah kalau dia nak jeles pun!” Farahin menghadam kata-kata ibunya sambil tersenyum. Jeles buta mak? Ayat sapa la mak copy?

”Jangan over sangat mak, salah pilih menantu satgi, ceq jugak yang nak merana. Ceq nak tanya ni, apa kriteria-kriteria yang mak cari?” Farahin mengulum senyum dengan soalannya. Kalau mak pilih yang hensem, tu bonus terbesar untuk aku!!,.kalau yang baik tapi tak hensem pun bonus jugak,.tapi, ishhh,..tak baiklah berkalau-kalau ni!

”Apa dia? Keria? Peria?” Mak Midah bertanya kembali. Apa ke benda tu?

”Ishhh mak ni,.kriteria la mak! Calon-calon menantu mak tu yang macam mana. Yang hensem macam artis-artis Korea ka? Yang baik sangat macam Malaikat ka? Atau,.apa-apalah?” Farahin memberikan penjelasan. Apa pulak hensem macam artis Korea. Nampak benor pengaruh Koreanya tu!

”Orang Korea tu jugak yang hang nak. Mak pilih bangla hang tak mau. Orang Korea dengan orang bangla, mak rasa orang bangla tu lagi hensem,.” spontan Mak Midah menuturkannya. Wajah Farahin sudah masam mencuka. Agak-agaklah mak!

”Budak ni macam okey ja, hang berkenan dak ni? Mak dah add dia tapi dia tak terima mak lagi pun!” Farahin menjengok ke arah skrin laptopnya yang kini sudah diambil alih oleh ibunya. Farahin klik pada profil lelaki tersebut dan meneliti pula maklumat peribadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience