BAB 20

Humor Completed 8772

Seminggu selepas itu majlis bertunang pun berjalan dengan meriah. Pagi, Asrol dan Farahin bertunang. Malam pula majlis akad nikah. Mas kahwin hanyalah senaskah Al-Quran. Jumlah hantaran terpulang berapa pihak lelaki nak beri. Senang cerita semuanya terletak di tangan pihak lelaki. Farahin dan Asrol sudah terkunci mulut untuk membantah. Kaki Farahin pula sudah sembuh sepenuhnya. Anak dara dah tak capek dah. Asrol pun tak perasan isteri yang dinikahi cukup sempurna akhlak dan fizikalnya.

Farahin memang brutal kalau berada dengan orang lelaki. Prinsipnya,.biar dia dituduh brutal dari dikatakan miang. Bila Asrol sudah menjadi suaminya, dia berada dalam dilema sama ada nak melayan Asrol sebaik mungkin atau macam mana? Farahin memang tak dapat melupakan pertemuan pertama mereka. Kerana Asrollah kakinya terseliuh.

”Semuanya terpulang pada engkau enchek suami, kau layan aku baik,.aku layan kau baik jugak. Kau kasar, jangan harap aku nak layan yang sebaiknya!” Farahin berdialog seorang diri. Sekarang ni dia sedang berada di bilik peraduan mereka. Majlis tadi memang berjalan dengan meriah. Hanya majlis akad nikah yang dihadiri keluarga dan sanak saudara juga jiran-jiran berdekatan. Majlis bersandingnya mungkin bulan hadapan. Asrol sengaja ditinggalkan di kampung Farahin. Kononnya untuk Asrol dan Farahin saling mengenali antara satu sama lain sebelum majlis bersanding nanti.

Selepas masuk ke bilik Farahin menanggalkan semua pakaian pengantinnya. Memang panas gila seharian berniqab dengan pakaian yang berlapis-lapis. Farahin menyegarkan diri sendiri dan mengenakan t shirt lengan pendek dan kain batik. Pakaian ala-ala awek kampung tulen. Dia bersolat dengan kusyuk. Cuba dilapangkan dadanya sebaik mungkin walau jiwanya sedang gelisah. Panjang doanya malam ini. Memohon agar kesejahteraan rumah tangganya yang baru dibina ini akan berkekalan hingga ke Jannah.

Usai solat dia merebahkan diri di atas tilam empuknya yang telah dihias indah. Dia mengeliat bebas. Rasa urat badannya sudah lenguh seluruhnya. Ahh,..rasa lega sangat. Dia berbisik di dalam hati. Baru nak memejamkan mata, dia menyedari pintu biliknya dikuak orang. Terus Farahin berpura-pura tidur.

Sedetik kemudian dia mendengar pintu bilik air pula ditutup. Dia membuka mata perlahan-lahan. Rasa lega seketika kerana dirinya tidak diganggu. Terus dia menarik selimut dan menutupi seluruh tubuh. Jantung Farahin bergetar hebat. Mata yang mengantuk dan tubuh yang letih pun tak berdaya nak membuat Farahin terlelap. Macam-macam perkara yang menerjah mindanya. Beribu persoalan yang dia fikirkan.

”Perempuan! Kau dah tidur ke?” sedang Farahin berangan seorang diri terdengar suara seseorang bertanya. Farahin kenal suara tu. Suara seorang lelaki yang telah mengengam tangan ayahnya selepas maghrib tadi. Terus Farahin memejamkan matanya semula dan pura-pura tidur pulas. Telinga saja yang memainkan peranan.

”Aku nak tanya kau ni,.betul ke kau ni bisu? Hari tu aku dengar kau cakap okey ja?” Farahin yang sedang memejamkan mata di sebalik selimut sudah mencebirkan bibirnya. Apa la punya soalan? Kalau dah boleh bercakap, bisu apanya? Terasa bahunya dicuit sikit. Farahin keraskan badan. Dalam hati tak henti-henti berdoa bila menyedari katil sudah diduduki seseorang.

”Tadi pun aku nampak kau masuk ke bilik, kau jalan okey ja. Tak tempang pun?” Farahin masih membisu. Hatinya berdongkol di dalam. Kenapalah bengap sangat laki aku ni? Tanya soalan, langsung tak logik dek akal la!

”Weii,.aku tanya hang ni!” pulak dah,.kau dah bertukar jadi hang!

”Awatlah hang bengap sangat? Kalau dah boleh cakap tu tak bisu la,.kaki aku capek ritu sebab hang! Hang yang bawa reta laju mengalahkan peleset. Tak reti nak beza ka bandar dengan kampung?” Farahin bangun dan bersuara akhirnya. Dia duduk bersandar di kepala katil sambil menjarakkan sikit dirinya dari Asrol. Cermin matanya dicapai dan dia berpusing mengadap Asrol yang sudah melopong.

”Kau?” Asrol terpingga-pingga.

”Apa cow-cow,.aku bukan lembulah. Nama aku Nur Farahin bin,.eh binti Muhammad @mamat,.tu nama gelamer ayah aku!” sempat Farahin berseloroh. Asrol menutup mulutnya. Dia menampar pipinya tiba-tiba. Lucu pula Farahin memerhatikan gelagat Asrol lalu tangannya laju hinggap di pipi Asrol. Terbeliak mata Asrol dengan tindakan Farahin.

”Apa jegee-jegee(membeliakkan mata),.aku nak tolong hang ja!” Farahin pura-pura berwajah serius sedangkan hatinya sudah digeletek lucu. Mesti mamat ni terkejut gorilakan?

”Hang tak bisu? Hang tak pekak? Hang tak buta? Hang tak tempang?” Asrol masih menyoal walau kenyataan sudah ada di depan mata. Mindanya masih tidak dapat mencerna apa yang sedang ditayangkan di depannya. Isterinya yang berwajah comel,bermulut kecil dan berhidung tinggi dengan bulu matanya yang lentik juga berkening lebat mampu berkata-kata, melihat dan mendengar dengan baik. Subhanallah! Sempurnanya isteri aku!

”Dahlah! Hang jangan banyak songeh. Ni bukan sesi soal jawab. Aku nak tidoq. Letih,.” tanpa mahu terus berbual, Farahin menarik semula selimutnya dan tidur membelakangkan Asrol. Asrol termanggu tanpa kata. Dia begitu asyik memandang belakang isterinya itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.

Yeahooooooo! Isteri aku tak cacat pun! Isteri aku cantik. Tak kisahlah kalau bidadari itu cantik tapi aku bersyukur sebab Allah dah kurniakan isteri yang cantik ini untuk aku. Terima kasih Ummi. Terima kasih akak Ejan. Terima kasih ibu mertua dan ayah mertuaku kerana sudi menerima aku sebagai menantu, Alhamdulillah aku menjadi pilihan mereka, kerana ini adalah kebahagiaan yang aku impikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience