BAB 19

Humor Completed 8772

Hasrat Mak Midah termakbul akhirnya! Setelah keluarga Asrol datang bertandang, mereka berkenan dengan Farahin. Mereka tak kisah kalau Farahin tu buta,pekak, bisu dan tempang, yang penting Farahin seorang wanita solehah kerana, bagi pendapat mereka sekurang-kurangnya Farahin boleh membimbing Asrol yang brutal menjadi seorang lelaki yang berhemah. Lebih-lebih lagi kakak Asrol yang bernama Mas Roshaizan, dia paling menyokong kalau Asrol dinikahkan dengan Farahin.

”Asrol setuju atau tak, ummi tak kira! Ummi dah berkenan sangat dah dengan budak perempuan tu. Terima sajalah Asrol! Jangan nak memilih sangat!” keputusan nekad Puan Sarimah, ibu Asrol.

”Apa ummi ni,.baru sekali jumpa budak tu, ummi dah buat keputusan macam ni,.ummi tak kesian ke? Ummi sanggup ke tengok anak kesayangan ummi ni hidup menderita?” Asrol cuba memujuk ibunya. Sesekali dia membayangkan dirinya hidup di sisi Farahin yang akan berhijab dua puluh empat jam dalam rumah. Asrol juga cuba membayangkan dirinya yang berjalan di sisi seorang isteri yang berjalan tempang. Dia mengelengkan kepala berkali-kali. Mustahil aku sanggup!

”Sejak bila anak ummi ni pandai tengok masa depan? Kalau pandai sangat cuba bagitau ummi berapa hantaran mereka nak letak. Senang ummi nak keluarkan wang dari bank. Boleh kita segerakan majlis nikahnya,.” selamba saja Puan Sarimah membidas kata-kata Asrol. Mencuka wajah Asrol mendengar kata-kata ibunya. Memang takkan makan pujuk punya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience