BAB 18

Humor Completed 8772

Kusyuk Asrol mengimankan solat Zohor tengahari ini. Mak Midah yang menjadi makmum sudah mengucap syukur kerana terlalu berpuas hati dengan apa yang dipersembahkan Asrol. Dalam hatinya bernekad kalau ujian seterusnya ini lulus, dia akan menyuruh Asrol masuk meminang Farahin dengan segera. Kalau boleh kahwin minggu ni pun dia tak kisah. Selesai doa diaminkan, Mak Midah sudah memasang sila kemas di belakang Asrol. Ready! Go!!!,.Hahaha,.macam nak pecut marathon ja!

”Asrol! Mak cik ada dua soalan nak tanya Asrol ni,.” mukadimah pertama mak Midah. Farahin sudah lari ke dapur selepas menyalami tangan ibu dan ayahnya, tapi bukan pergi terus. Farahin hanya bersembunyi disebalik pintu dapur yang menghubungkan dapur dengan tempat mereka solat tadi untuk mengintai kegiatan ibunya.

”Ya mak cik?” Asrol sudah berdebar-debar. Kalau tadi mak Midah dah marathon kini jantung Asrol pula yang sedang berlari marathon.1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,.Asrol mengira di dalam hati. Bukan apa, sekadar nak menghilangkan debaran yang sedang laju dalam dadanya.

”Betul ka Asrol boleh posa sepanjang tahun?” selamba mak Midah bertanya. Pak Mad dah memandang semacam ke arah mak Midah sambil mengerutkan keningnya yang memang sudah berkerut seribu.

”Wali Allah pun tak posa sepanjang tahun kot mak hang?” Pak Mad dulu yang menyoal. Asrol sudah tersengeh. Kalau setakat soalan dalam fac ni, kacang ja nak jawab!

”In Sha Allah mak cik!” tanpa menghiraukan soalan Pak Mad Asrol terus menjawab. Pak Mad mengalihkan perhatiannya ke arah Asrol pula. Biaq betoi budak ni? Mak Midah sudah melebarkan senyuman.

”Tadi Asrol minum dan makan?” Mak Midah bertanya tanpa keraguan lagi. Asrol tetap mempamerkan senyuman.

”Saya puasa enam tiap-tiap tahun mak cik, kan puasa enam tu ganjarannya sama dengan setahun puasa?” sambil menjawab Asrol juga menyoal. Tercenggang Mak Midah. Tak sangka itu pula jawapan yang akan Asrol beri. Pak Mad sudah tersengeh lebar. Kena sudah buku dengan ruas!

”Macam mana dengan khatam Al-Quran pulak? Betoi ka Asrol khatam Al-Quran hari-hari?” Asrol hanya menganggukkan kepalanya berkali-kali. Yang ni pun soalan kacang. Memang dia tak pernah terfikir soalan fac ni akan disoal sekali lagi. Mak cik ni cakap dua soalan ja, harap-harap tak ada soalan bonus. Kalau tak habislah aku!

”Hang ni Midah!,.aku nak habis satu juih(juzuk) sehari pun tak boleh, nikan nak khatam setiap hari. Agak-agaklah nak tanya pun!” Pak Mad merasa pelik dengan soalan-soalan mak Midah. Tak puas hati hingga panggilan manja mak Midah(mak hang) pun dah tak ada lagi.

”Abang diam! Ni Asrol,.mak cik bukan nak dera Asrol. Mak cik betoi-betoi nak tau ni!” mak Midah cuba menghalang Pak Mad dari menyampuk kerana soalan bonus yang ada dalam kepalanya lagi penting dari dua soalan yang terdahulu.

”Betul mak cik, bukan sekali saya khatam tapi enam kali saya khatam setiap hari.” mendengar jawapan Asrol mak Midah sudah melopong tidak percaya. Pak Mad nampak cool sikit sebab dia dapat mengagak Asrol ni seorang yang bijak dan berilmu. Hanya Farahin yang sudah mencebikkan bibirnya di sebalik pintu. Ceh!,.poyo ja jawapan! Macam la terror sangat? Itu yang terdetik dalam hati Farahin.

”Saya baca tiga kali surah Al-Ikhlas setiap kali selepas solat dan setiap kali nak masuk tidur. Sekali kita membaca surah Al-Ikhlas tu bersamaan dengan membaca satu per tiga Al-Quran dan tiga kali membaca surah Al-Quran tu sama dengan membaca sebuah Al-Quran.” lancar dan yakin Asrol menjawab. Mak Midah sudah menganggukkan kepalanya berkali-kali. Pak Mad sudah tergelak besar sambil mengusap-ngusap bahu Asrol. Bangga dia mendengar jawapan Asrol.

”Ooo,.macam tu ka? Mak cik pun penah dengar ustaz di surau cakap macam tu. Tak pa, ni soalan akhir mak cik, merangkap soalan bonus la,..” hati Asrol berdetup-detap lagi. Hah? Dah agak dah, mesti ada soalan bonus, kalau soalan bonus tu macam soalan dalam fac juga, macam mana? Asrol mengimbas kembali soalan lain dalam fac. Oh! Tidakkkk!!

”Soalan ni Midah harap sangat abang jangan gatai nak menyampuk! Ni perhitungan Midah dengan Asrol ja!” sempat Mak Midah memberi amaran kepada Pak Mad. Pak Mad sudah tergelak dengan gelagat Mak Midah. Macam-macamlah bini aku ni!

”Asrol sudi terima anak mak cik sebagai isteri? Anak mak cik yang pekak,bisu, buta dan tempang?” Pak Mad tersentak. Bila masa pulak mereka ada anak yang cacat macam tu. Anak mereka semua sempurna ja. Memandangkan Mak Midah sudah mencerlungkan mata ke arahnya supaya jangan mencelah, Pak Mad hanya mendiamkan diri. Farahin sabar menunggu jawapan Asrol. Harap-harap Asrol jawab, dia tak sudi. Itu harapan Farahin.

”Jodoh, ajal dan maut di tangan Allah mak cik. Kalau sudah takdir jodoh saya dengan anak mak cik, walau apa pun keadaan anak mak cik saya akan terima tapi kenalah buat solat sunat Isthikarah dulu.” jawapan selamat Asrol. Mak Midah mengeluh perlahan. Dia tak berjaya nak ‘mengkantoikan’ Asrol. Semua soalannya berjaya di jawab dengan tenang. Ikhlaskah Asrol menjawab begitu tadi Apa kata aku uji dia lagi?

”Mak cik berkenan sangat dengan Asrol ni la! Tak payah nak cakap banyak lagi, cepat telepon orang tua Asrol. Minggu ni jugak Asrol nikah dengan Fara! Abang jangan nak masuk campoq!” mak Midah nekad nak menguji keikhlasan Asrol, bila dia melihat Pak Mad nak mencelah sekali lagi, cepat-cepat dia memberi amaran tapi,..

”Hang ingat Fara dengan budak ni lembu ka Midah? Senang ja nak suruh nikah minggu ni jugak! Hang ingat nak nikah tu macam nak bilang satu dua tiga macam tu? Hang cuba pikiaq dengan akal logik tengok!” Pak Mad sudah membentak marah. Mak Midah pun terasa berbahang semacam saja. Geram betul dia kerana Pak Mad tak menghiraukan amarannya.

”Hiesyy,.abang ni awat? Bukan Midah suruh abang pun. Midah dah berkenan dengan Asrol ni nak buat menantu. Barang berkualiti macam ni, mana boleh lepas. Satgi terlepas kat orang lain rugi pulak!” selamba saja mak Midah menjawab. Asrol sudah tercenggang melihat kedua suami isteri di depannya ini bertikam lidah. Dia sendiri pun serba salah nak membuat keputusan. Jawapannya tadi sekadar untuk menyedapkan hati sendiri saja.

”Masalahnya,.budak ni bukan barang yang boleh hang nak jaja sesuka hati! Tu,.anak dara kita tu pun bukannya lembu, boleh dicucuk hidung. Depa berdua ni manusia. Ada hati, ada perasaan. Hang paham ka dak Midah?” Pak Mad berkeras menegakkan pendapatnya. Asrol sudah mengerutkan dahinya.

”Abang ni,.Midah dah bagi amaran jangan menyampuk,.menyampuk jugak!” mak Midah mengendurkan suaranya. Malu pulak bila menyedari Asrol yang sedang memerhatikan mereka suami isteri bertelingkah.

”Macam ni la mak cik, pak cik,.kebetulan dua hari lagi, mak dengan ayah Asrol nak turun mai Kedah. Ada hal keluarga sikit,mungkin Asrol boleh ajak depa mai sini lain? Nanti mak cik dengan pak cik tanya mak dengan ayah Asrol sendiri la. Asrol ikut mereka saja la,.” Asrol berkata dalam keraguan namun cuba dikawal nada suaranya agar tidak berjaya dikesan. Farahin yang sedang mengintai dan mendengar semua perbualan berlari masuk ke bilik dan menghamburkan tangis. Sampai hati mak! Huargghhh,.kalau kaki aku tak sakit, aku dah lari marathon keliling kampung, nak protes tindakan mak tu! Tergamaknya mak, buat anak bongsu mak macam ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience