BAB 17

Humor Completed 8772

Farahin menadah dulang dan berjalan terhencot-hencot menuju ke ruang tamu. Kakinya semakin membengkak sejak tadi. Sakitnya tidak terperi. Terpaksa juga Farahin gagahkan diri demi untuk menunaikan hasrat hati ibunya. Dengan pakaiannya yang serba hitam dan menutup seluruh tubuh di tengahari panas terik, memang panas tu tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata. Ini semua Dayana punya angkara!

Buat masa sekarang yang ada di rumah mereka cuma dia, ibu dan ayahnya yang menyambut kedatangan Asrol. Kakaknya dan keluarga telah pergi bercuti di Cameron Highland. Farahin yang nak mengikut serta pada asalnya terpaksa menunda hasratnya itu. Alasannya,.tentulah kerana kedatangan Asrol ini. Tak boleh tidak, Farahin mesti ada bila Asrol datang. Itu perintah dari Mak Midah. Pak Mad memang tak tau apa-apa. Mak Midah cakap Asrol tu anak angkat barunya sebab mereka tak ada anak lelaki. Haih! Mak Midah ni,.dengan suami sekali kena tipu?

Sebenarnya, dalam hati mak Midah, kalau Asrol dan Farahin tak berjodoh pun, tak apa. Nak buat macam manakan? Tak jadi menantu, jadi anak angkat pun boleh!

”Haih! Awat ni? Tengah hari rembang, yang panas terik di luar nu, boleh pulak hang dok kelubung satu badan. Dengan spek mata hitam. Bila masa hang sakit mata? Ayah tengok hang balik tadi elok ja?” sebaik Farahin muncul di ruang tamu Pak Mad dah menyoal. Alahai,. mak ni, mesti tak pakat dengan ayah dulu la tu?

Farahin tak menjawab pertanyaan ayahnya. Dia diam saja sambil cuba meletakkan dulang di atas meja sofa. Entah macam mana dulang itu terhempas agak kuat kerana Farahin cuba mengawal debaran hatinya. Dia memang tak berani nak pandang Asrol kerana dia pasti Asrol mesti sedang menilik dirinya dan merasa pelik akan penampilannya.

”Oh mak kau!” tak semena-mena Farahin termelatah. Habislah! Di mana bisunya aku? Farahin menjeling ibunya. Dia nampak bibir ibunya bergerak-gerak. Sah! Ibunya sedang menahan diri dari tersenyum.

”Asrol! Kata nak dok banyak hari di Kedah ni, nak bermalam di mana?” mak Midah cuba mengalihkan perhatian Asrol dari terus menumpukan perhatiannya pada Farahin. Sengaja topik di buka untuk memulakan sesi ujiannya.

”Asalnya nak bermalam di rumah kawan tapi dia kena balik ke rumah mertua dia di Kelantan sebab bapak mertua dia masuk hospital. Ingat nak cari hotel atau homestay mana-mana nanti,.” Asrol menjawab bersahaja. Pandangannya dialihkan ke arah mak Midah dan Pak Mad. Tadi, memang matanya asyik merenung Farahin. Rasa peliknya bertamu dalam hati, apatah lagi dengan bau minyak angin yang menyengat hidungnya sebaik Farahin masuk ke ruang tamu. Terpaksa menahan nafas buat seketika.

”Haa,..kalau macam tu,.tidur sinilah malam ni?” terkejut Farahin mendengar ibunya mempelawa Asrol begitu. Air yang dituang ke dalam cawan tersasar arah. Habis tumpah dan membasahi meja. Mengelabah pula Farahin. Sempat dia mengerling pemuda yang berada di hadapannya, Terbuntang matanya di sebalik spek hitam yang dipakai. Mamat ni?

”Ya Allah!,.” mak Midah bersuara,.ingin menegur sikap Farahin yang cemerkap. Farahin hanya mencebik di sebalik niqab. Tak senang hati bila menyedari pemuda yang menjadi calon menantu ibunya adalah pemuda yang menyebabkan kakinya terseliuh. Arghhh,.kalau aku tak bisu,.sudah ku seranah mamat ni! Erkk? Bila masa pulak aku bisu? Farahin berdialog di dalam hati.

”Dah la tu! Biar mak buat. Fara pi hidang nasi, satgi kita makan sekali. Dah nak masuk zohor tu,nanti kita sembahyang berjemaah. Mak pun teringin nak berjemaah dengan iman baru,.” mak Midah menyelamatkan keadaan lagi. Dia mengambil alih menuang air ke dalam cawan. Apa punya lambat la Farahin ni buat kerja. Nampak benor gabranya tu!

”Bolehkan Asrol?” Asrol tersentak. Apa yang boleh?

”Apa mak cik?” Asrol bertanya semula. Dia memang tak pasti, apa soalan yang telah diajukan tadi.

”Sembahyang berjemaah! Asrol jadi imam?” Mak Midah mengulang soalannya.

”Ooo,.boleh! Boleh!” Asrol bersetuju tanpa banyak soal. Kalau takat jadi Imam solat, dah selalu sangat buat. Di pejabat tu memang Asrol selalu jadi imam dan jumlah jemaahnya lebih ramai. Kalau takat mak Midah, Pak Mad dan anak daranya, apalah sangat. Asrol berbisik di dalam hati.

Err,.betul ke anak dara kak long (mak Midah) ni pekak,bisu,buta dan tempang? Mushkil pula aku. Kalau buta kenapa boleh bawa dulang air ke ruang tamu. Walau nampak macam kekok sikit tadi. Kalau bisu, aku rasa macam dengar dia cakap ja tadi? Kalau pekak,.rasanya kak long (nama fb mak Midah) cakap perlahan ja tadi kat dia,suruh hidang nasi. Kalau tempang pula,.aku tak nampak pula dia jalan tempang,macam jengket-jengket ja sikit? Banyak persoalan yang sedang membelenggu minda Asrol. Macam kompirasi nak kenakan aku saja? Tapi,.apa faedahnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience