BAB 16

Humor Completed 8772

”Astaghfirullah!,.Awat ni ha?” terkejut Mak Midah bila Farahin yang nak keluar ke pekan pada asalnya sudah pulang kembali dengan keadaan basah lencun dan badannya di penuhi lumpur.

”Jatuh dalam bendang! Tak tau la jantan mana, bawa reta macam nak pi race. Tak tau nak beza jalan bandar dengan jalan kampung!” Farahin membentak marah. Beg sandang dalam raga motor yang turut basah diambil dan dibawa masuk ke rumah. Pada asalnya, dia nak keluar ke pekan kerana nak melarikan diri dari tetamu ibunya yang kononya datang untuk melihat dirinya. Alah!,.Asrol Mania yang ibunya jumpa dalam fac tu la.

”Tu la,.bantah lagi cakap orang tua-tua! Mak dah kata dah. Asrol tu nak mai rini, yang hang gatai nak keluar jugak tu pasai pa? Mak bukan nak suruh hang nikah rini pun. Nak suruh hang tengok ja pun. Tak sat dia telepon mak, dia dah masuk kampung. Hang pi mandi kaih! Pakai apa yang patut. Tu kaki awat?” sambil berleter, sempat mak Midah menyoal Farahin yang sudah terjengket-jengket masuk ke dalam rumah.

”Makkan suruh ceq berlakon jadi tempang? Tak payah nak berlakon dah, memang makbul doa mak! Sakit kaki ceq ni,.malam satgi mak urut ceq naa? Tu syarat, kalau mak nak ceq jumpa jugak bakal calon menantu mak tu!” sambil berjalan Farahin bersuara. Kaki dia dah terseliuh akibat terjatuh dari motor tadi. Sekurang-kurangnya nanti, tak payah nak berlakon bagai depan mamat tu. Semalam Dayana sudah menghantar jubah hitam dan niqab untuknya. Spek hitam, sarung tangan dan sarung kaki memang dia ada. Selalu dia pakai ketika keluar ke pekan. Rancangan terpaksa diteruskan. Sebab dia bisu jadi tiada dialog yang akan digunakan nanti. Yes! Bonus terbesar untuk aku!

”Ya Allah! Teruk ka jatuh? Mak ingatkan hang terjun dalam bendang ja. Ni sampai berjengket!,.Tak pa! petang sakgi kita pangge Tok Tam hang suruh tolong urut sat. Masuk angin satgi. Terseliuh ka apa tu?” mak Midah bernada risau.

”Demi mak! Sekurang-kurangnya ceq tak berdosa nak kena berlakon menipu orang satgi!” Farahin menambah kata sambil tersengeh. Mak Midah sudah mencebik geram dan dalam masa yang sama timbul perasaan bersalah dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience