BAB 8

Humor Completed 8772

”Sejak bila pulak aku gagap?” sengaja Fatihah berloyar buruk.

”Hang ni kak,. sengaja buat-buat tak fahamkan? Bila nak balik kampung ni?” Farahin segera mengubah topik.

”Aku telepon hang nak habaq aku nak balik kampung la ni. Esok lusa aku balik kot. Hang masak specel naa!” Fatihah membuat permintaan. Dia tahu Farahin memang boleh diharap untuk memasak. Farahin pernah bekerja di restoran sebelum mendapat kerja di taska tempat dia mengajar sekarang ni. Musim cuti sekolah ni Farahin pun sedang bercuti. Niat Fatihah balik kampung pun sebab nak berpakat dengan Farahin, ibu dan ayahnya untuk pergi bercuti di Langkawi atau tempat-tempat perlancongan yang lain. Bukan selalu pun nak bercuti bersama keluarga. Mereka cuma tiga beradik dan kesemuanya perempuan. Kak Faridah tinggal di Penang kerana suaminya bekerja sebagai pegawai penguat kuasa di sana. Kak Faridah pula suri rumah yang membuat kerja sambilan, menjual barang-barang kosmestik,tudung dan sebagainya.

”Hai! Buat permohonan nampak? Kena isi borang dulu la kalau nak suruh aku masak specel.” seloroh Farahin di hujung talian. Farahin sedang merangka masakan kegemaran kakak dan anak-anak saudaranya.Hmm,.kalau buat laksa tentu mereka suka ni. Farahin tersenyum sendiri.

”Aii,.sejak bila kena isi borang pulak? Mentang-mentang la mak dok tengah cari calon laki kat hang, sampai nak masak pun kena isi borang. Dah terjangkit ka apa?”

”Agak-agaklah kak Tiha oii,.nak kata kat aku pun! Hang ingat ni penyakit berjangkit ka apa? Hang tak tau,.mak ada fac dah la ni,.habih orang bangla,orang burma semua dia add buat friend,.naik seriau aku!” Fatihah sudah tergelak di hujung talian mendengar bebelan Farahin. Dia cuba membayangkan apa yang diceritakan Farahin.

”Awat yang hang seriau pulak? Hang takut mak bercinta dengan depa ka?” dalam ketawa yang masih bersisa, Fatiha menyoal.

”Hang tau kak Tiha,.mak suruh aku buka akaun fac kat dia sebab nak cari calon menantu,.maknanya, dia nak cari suami kat aku,.lain la kalau nak cari laki kat hang, aku tak seriau sangat laa. Oppssss,..soriiiiii,.” Farahin terlanjur kata, cepat-cepat dia meminta maaf,mana tahu kakaknya akan terasa.

”Mula dah la tu!,.jangan gatai nak kenen-kenen kat aku pulak. Tak terbuka lagi hati aku ni. Aku ada reja ni, assalamualaikum!” Fatihah terus memutuskan talian. Farahin diserang rasa bersalah. Ditampar mulutnya berkali-kali. Agaknya trauma kak Fatihah masih belum habis lagi walau sudah dua tahun dia berpisah dengan abang Kamal? Bukan mudahkan nak menjadi ibu tunggal tanpa suami di sisi? Siapalah yang sudi menjawab soalan Farahin ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience