BAB 14

Humor Completed 8772

Asrol bersiap sedia untuk berangkat ke Kedah. Kebetulan dia ada seorang rakan sekerja yang berasal dari Kedah dan sedang bercuti kerana akan melangsungkan perkahwinannya. Biasalah,.dalam bulan Disember ni memang ramai yang mendirikan rumah tangga.

Asrol memasukkan beberapa pasang baju kesukaannya di dalam beg. Tak lupa dua pasang baju melayu dan sepasang jubah yang dibeli di Mekah beberapa tahun yang lalu. Sebelum ini Asrol sudah berchatting dengan mak Midah memberitahu kedatangannya ke Kedah. Mak Midah dah teruja sakan untuk menyambut bakal calon menantu. Farahin yang rimas perut bila ibunya memberitahu tentang hal ini.

Bila Asrol mula bertolak dari rumahnya di Klang, Farahin pula mula buat pakatan dengan teman baiknya Dayana. Mereka berjumpa di pangkin belakang rumah Farahin. Dayana yang nampak over dari Farahin, macam itulah masalahnya. Alah,.teman baiklah katakan!

”Aku ada cadangan baiiikkkkk punya!” Dayana sudah membuka kata. Farahin menunggu ayat-ayat Dayana yang seterusnya.

”Orang tu nak mai tengok hangkan?” Dayana masih menyoal soalan yang tak sepatutnya disoal. Farahin menjungkitkan keningnya memberi isyarat agar Dayana meneruskan kata. Banyak tanya pulak, kata nak bagi cadangan,bagi ja la! Farahin mengomel di dalam hati.

”Aku cadangkan hang pakai jubah hitam, dah tu hang pakai spek mata hitam,hang pakai niqab. Hang pakai sarung tangan dan sarung kaki. Kalau boleh kulit hang,muka hang,jangan bagi nampak langsung. Lepas tu kita bohong la dia. Hang ni hodoh yang amat!” Farahin sudah membeliakkan matanya. ‘Terbaeekk’ punya cadangan. Memang otak nak mengena serah kat hang!

”Aku ingatkan,.kita tambah sikit lagi cadangan hang ni. Kita buat macam filem cinta kolestrol tu. Aku pakai baju orang gemuk tu. Ha,.tu baru real nak bohong pun!” Farahin menambah kata sambil mencebik. Banyak cekadak pulak. Buat cadangan nak mengena aku ja, bukan nak mengena mamat yang entah sapa tu! Huh!!,.

”Aku setuju! Aku setuju!,.tapi kita nak cari mana baju tu?” Dayana meletakkan jari telunjuk di dagu, seolah orang yang sedang berfikir sesuatu. Farahin dah mendengus kasar. Aku cepuk jugak minah ni!

”Woiii,.hang nak pekena aku ka,.hang nak pekena mamat tu? Mendera namanya tu!” Dayana sudah tergelak besar. Dia bayangkan Farahin yang berbadan besar,berpurdah dan menutup seluruh tubuh dengan pakaian serba hitam. Imaginasinya terus mengembara dan ketawanya semakin menjadi-jadi. Wajah Farahin sudah cemberut. Hiesyyyy,.budak ni!

”Fara! Mak lupa nak bagitau,.mak bagitau kat Asrol,anak mak ni cacat,buta,pekak dan bisu. Tempang jugak,nanti Asrol sampai Fara pura-pura jalan tempang naa!” Mak Midah bersuara dari depan pintu dapur. Dia mendengar semua percakapan Dayana dan Farahin sebentar tadi. Sengaja dia mengintai dan memasang telinga diam-diam.

”Makkkkk!!” Farahin sudah terjerit kecil. Semakin galak Dayana ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Berhambur air matanya juga. Habislah hang Farahin!

”Terbaeekkk Mak Midah!!” Dayana menjerit kepada Mak Midah sambil mengangkat ibu jarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience