BAB 12

Humor Completed 8772

Mak Midah online lagi. Kali ini pencariannya hanya tertumpu pada lelaki yang berumur 30 tahun ke bawah. Dia terpegun pada sekeping gambar yang di muat naik oleh rakan facnya. Seorang lelaki yang wajahnya nampak agak matang yang sedang mendukung bayi. Nampak bergaya saja. Memang sesuai sangatlah ni untuk dijadikan menantu.

Mak Midah membaca setiap komen yang diberikan. Mak Midah tak turut serta memberikan komennya. Rasanya, dia tak pandai sangat kot nak berchatting ni. Mak Midah klik pada nama Asrol Mania yang telah disebut dalam ruangan komen. Mak Midah menjadi stalker dalam wall Asrol Mania. Apa maksud mania tu ha? Mak Midah bersoal jawab dalam hati.

”Fara! Mania tu apa?” mak Midah menyoal Farahin yang sedang asyik membaca novel.

”Hah?” sepatah Farahin bersuara. Kurang jelas apa yang ibunya katakan kerana terlalu fokus pada cerita yang sedang dibaca.

”Mania! Apa maksud mania?” mak Midah mengulang soalannya.

”Kurang pasti,.rasanya kegilaan kot! Awat mak?” Farahin memanggungkan kepalanya. Berminat untuk tahu. Rasa muhskil tiba-tiba melanda fikirannya.

”Tak dak pa aih! Baca la balik buku tu!” mak Midah cuba mengelak dari menjawab.

Mania maksud kegilaan? Apa ke hal, nama tu yang dia guna? Macam tak ada nama lain dah? Mak Midah mengomel di dalam hati. Farahin perlahan-lahan menghampiri ibunya dan mengintai dari belakang. Mak Midah sedang membuka album gambar Asrol Mania. Macam-macam gaya yang Asrol aksikan. Ada sekeping gambar ketika Asrol membuat umrah di Mekah. Mak Midah klik dan save gambar tu dalam folder lappy.

”Buat apa mak simpan gambar tu?” sergah Farahin dari belakang. Mak Midah mengurut dada terkejut kerana kegiatannya mencuri gambar anak teruna orang telah terbongkar. Pandai pulak mak Midah ni curi gambar orang dari internet? Haih! terbaeeklah Mak Midah!

”Alah! Nanti senang mak nak pilih. Mana yang sesuai.” dalam rasa terkejut mak Midah tetap menjawab.

”Mak! Orang dalam fac ni bukan boleh percaya sangat mak. Lebih-lebih lagi gambar depa. Bukan semuanya betoi pun. Kadang-kadang banyak edit dari rupa asal!” Farahin cuba menjelaskan pada ibunya agar ibunya tidak salah membuat pilihan. Seram sejuk badannya bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin terjadi. Contohnya gambar yang dimuat naik punyalah hensem tapi rupa asal jauh dari yang dibayangkan.

”Mas Asrol Nizam bin Mas Hassan,.sedap jugak nama ni kan?” mak Midah membaca nama dalam gambar yang dijadikan gambar cover fac Asrol Mania. Farahin mencebik.

”Buat apa nama sedap? Bukannya boleh makan pun!” Farahin berloyar buruk. Mak Midah tak menghiraukan kata-kata Farahin. Mak Midah kembali ke wall Asrol. Dia membaca setiap status Asrol dan komen-komennya. Nampak ada unsur-unsur keagamaan dan bicaranya agak sopan sikit berbanding pemuda-pemuda sebelum ini.

”Boleh kot yang ni? Mak macam berpuas hati ja,.” mak Midah selamba menuturkannya. Farahin menarik laptop ke arahnya dan merenung gambar profil Asrol tanpa kata. Mak Midah hanya memerhatikan gelagat Farahin sambil tersenyum di dalam hati. Dalam hati ja tau! Kena buat-buat tak nampak. Nanti kantoi pulak!

”Apa yang okeynya? Macam biasa ja. Tak nampak apa-apa keistimewaan pun?” sengaja menguji ibunya Farahin menyoal mak Midah. Sebenarnya Farahin tak kisah pun cuma, nak mencari jodoh dalam fac ni banyak keburukan dari kebaikan. Status,.siapa-siapa pun boleh tulis yang baik-baik saja, tapi hati, macam mana? Bukannya boleh nampak,hitam ke putih?

”Mak nak add la budak ni!” tegas mak Midah mengungkapkan kata sambil laju jari jemarinya memainkan peranan. Friend suggest telah dibuat dengan sekelip mata saja. Tunggu pula Asrol Mania untuk menerimanya. Bila la boleh menemuduga bakal calon menantu ni? Mak Midah berdialog di dalam hati. Asrol Mania tak online agaknya sekarang ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience