BAB 7

Humor Completed 8772

”Kak Tiha,.hang kena tolong aku kak!” ayat pertama Farahin setelah berbalas salam dengan kakaknya Fatihah. Hari ini sekolah sudah mula bercuti. Fatihah menelefon Farahin untuk memberitahu dia akan pulang bersama anak-anaknya untuk bercuti di kampung.

”Awat ni Fara? Dok tak dok nak mintak tolong? Hang kena apa?” cemas Fatihah bertanya.

”Mak ni,.dah buat hal pulak dah!”

”Laa,.mak buat apa?” Fatihah masih menyoal. Tak puas hati betul dia dengan gelagat Farahin yang bercerita separuh-separuh ni.

”Mak dok galak dok cari calon laki dalam fac!”

”Hah?? Habih tu ayah nak tauk pi tang mana??” Farahin tepuk dahi sendiri. Dia tergelak selepas itu.

”Cari laki kat aku la kak oiii!” masih bersisa tawanya. Fatihah dihujung talian sudah mengelengkan kepalanya berkali-kali.

”Baguih la tu! Hang dok risau apa,.hang pun bukannya muda lagi. Aku dulu umur hang dah ada anak dua dah.” skema ja kata-kata Fatihah. Jodoh dia sampai awal. Orang tua jugak yang jodohkan tapi bukan mak atau ayah yang cari. Orang-orang kampung yang tolong kenenkan. Tapi,.takdir penentu segalanya. Jodoh mereka tak panjang. Selepas anak mereka yang ke tiga berusia lima tahun mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. Ada orang yang tak merestui perhubungan mereka. Entah di mana silapnya dengan manusia itu? Busuknya hati mengalahkan busuknya bangkai. Tak suka melihat kebahagiaan orang lain. Fatihah bukan nak menuduh. Ada buktinya.

Bila dia sakit teruk hingga tak mampu nak bangun mereka berubat dengan seorang ustaz. Itu pun selepas puas berubat di hospital. Ustaz Azhar yang mengubatinya yang kata dirinya dianiaya dengan ilmu sihir. Itu pengalaman ustaz tersebut mengubati pesakit-pesakit lain. Lagi pun bila Fatihah berulangkali membuat rawatan di hospital, doktor tidak menemui punca penyakit Fatihah. Doktor pun buntu. Ada seorang doktor pakar yang memberi saranan agar Fatihah berubat kampung.

Apa yang Fatihah tak dapat lupa, bila Fatihah sudah tak mampu nak berjalan lagi. Fatihah terpaksa merangkak untuk bergerak. Seksa sungguh pengalaman Fatihah itu. Kaki Fatihah membengkak dan bernanah. Hanya Allah yang tahu betapa menderitanya Fatihah berhadapan dengan kesakitan itu namun Fatihah tidak pernah berputus asa. Fatihah kuatkan hati untuk menempuhi semua ujian itu. Allah Maha Mengetahui segalanya. Fatihah sembuh sepenuhnya bila dia bercerai dengan suaminya. Fatihah dapat merasakan ada ‘benda’ yang keluar dari tubuhnya selepas talak dilafazkan. Begitu juga dengan bekas suaminya Kamal. Menurut suaminya dia turut merasakan ada ‘benda’ yang keluar dari tubuhnya.

”Hang cakap senang la kak, tak kena kat hang!” Fatihah kembali ke dunia realiti. Suara Farahin di hujung talian mengejutkannya dari lamunan. Dia mengeluh perlahan. Sekarang mereka sudah dua tahun berpisah. Anak ke tiga mereka pun sudah berusia tujuh tahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience