Kabar Buruk

Romance Completed 23253

Beberapa hari bersama Kai membuat Fia melupa kan masalah hati nya, malah Fia mulai terbiasa dengan kehadiran Kai.

Suasana hati Fia saat ini tengah mendung, Kai menghantar nya terlebih dahulu ke pejabat sebelum Pak Abu menghantar Kaike airport. Sekuat hati nya menahan rasa sedih yang bermukim di hati nya sejak subuh tadi. Tak terasa air matanya lepas juga dari empangan.

“Mbak…hey..lo sakit?” kai sedikit cemas melihat keadaan Fia

“Tak Kai, saya tak sakit.”

“Jadi kamu nangis gara gara mau gue tinggalin gitu?”

Fia tidak mengiya kan tidak juga menafikan membuat kan Kai dapat meneka apa yang menjadi penyebab mood Fia jadi swing.

Kai memusingkan badan Fia untuk menghadap nya dan terus memegang kedua pipi gebu isterinya “ Gue pergi Cuma sebentar. Kalo gak gara gara ujian, gue gak akan pulang ke sana tanpa lo mbak. Harus lo ingat, gue tuh sayang banget sama lo. Perasaan gue juga sama. Gue sakit rasanya mau pisah sama lo. Tapi gue harus pergi demi bisa bersama lo lebih cepat lagi.” Jemari panjangnya segera menghapus air mata Fia yang sudah mengalir laju.

“ma-ma-maaf kan saya Kai.” Fia bercakap terbata bata. Sementara itu Pak Abu sudah turun dari kereta untuk memberi peluang kedua nya melepas rindu sebelum berpisah nanti nya.

“Lo gak salah..ngapain minta maaf hmm…gue janji tiap malam gue akan VC sama lo ya, . dan kalo lo kangen sama gue samperin aja gue ke Jakarta tapi lo harus janji gak boleh nangis nangis kayak gini lagi. Gak boleh sakit pokok nya ya.” Nasihat Kai lagi dan di sini peranan mereka terbalik. Seharus nya Fia yang lebih dewasa mampu untuk mengawal keadaan, tetapi malah Kai yang terlihat lebih dewasa dari usia nya.

“okey…awak pergi je lah. Lama nya kang tertinggal kapal terbang. Saya janji saya tak kan menangis lagi.” Fia mengesat air mata nya lembut dan meraih tangan Kai untuk di ciumi. Ini pertama kali nya Fia menyalami Kai semenjak mereka bergelar suami isteri “ hati hati…nanti dah sampai bagitau .” ucap Fia lagi sambil menguntum kan senyum manis.

Kai tidak menimpali ucapan Fia dan malah memeluk gadis itu dengan erat dan mendarat kan satu kucupan hangat di dahi Fia.” Jaga hati lo buat gue mbak.” Pinta nya.

Fia hanya mengangguk lemah dan terus keluar dari kereta untuk mengelak kecurigaan teman teman pejabatnya nanti.

“Puan balik nanti jam berapa? Pak Abu sudah bersiap untuk masuk kembali ke dalam kereta kerana masih ada satu lagi tugas iatu menghantar Kai ke airport

“Pukul lima Pak Abu.” Jawab Fia

Pak Abu hanya mengangguk faham dan terus masuk ke dalam kereta takut tuan nya terttinggal penerbangan.
***
HR DEPARTMENT GG
“Morning…” sapa Fia kepada salah satu pekerja junior yang baru sahaja masuk kerja beberapa bulan yang lalu

“Morning Kak Fia…eh lupa…selamat pengantin baru kak Fia” ucap gadis itu yang tertulis Balqis di tag nama pekerja nya.

“Thanks Qis maaf kak Fia tak dapat jemput Qis datang.” Serba salah menatap gadis cantik itu

“it’s okey kak…yang penting saya dah doakan rumah tangga kakak berkekalan sehingga ke hujung nyawa.” Jawapnya sambil tertawa perlahan.

Fia terus bergerak menuju ke kubikel nya dan terus menyala kan pc nya. Setumpuk dokumen yang agak tebal sudah landing cantik di atas meja Fia.
Kesibuka nya terus menyita semua perhatian Fia dan seketika melupa kan kepergian Kai yang akan berangkat pulang ke Jakarta
Drrt…drrt…drrt… (notifikasi whatsapp)

Hubby : Gue udah mau boarding mbak..hape gue matiin ya.
Fia is Typing….
Fia : safe journey ya..sampai chat.
Hubby : baik mbak sayang…( di sertai emoji hati)

Fia tersenyum sendiri membaca pesanan singkat itu dan terus membayang kan wajah tampan Kai yang selalu tersenyum menggoda.

“Woi!!! Kena sampuk ke! “ belakang nya di tepuk kasar oleh Baby, sahabat tergila nya

“Astagfirullahaladzim……….Baby!. dah bosan pakai nama baby ke? Ke nak tukar huruf belakang tu.” Fia mengucap panjang dan balas menepuk bahu si pembuat onar.

“Haha…sorry pengantin baru…teringat kat cik abang ke sampai aku datang pun tak sedar.? Baby sama sekali tidak ambil hati dengan bebelan Fia sebentar tadi.

“His! Sibuk je awak ni.” Jawab Fia singkat

“Eits…I ada gosip panas, nak dengar ke? “ Baby memang kebetulan di tempat kan di kubikel sebelahnya

“malas lah nak mengumpat Beb…tambah dosa je tau.”

“tapi aku nak cakap jugak kat kau.”

“Ikut engkau la beb..dosa tanggung sendiri kan?”

“Kau tau tak..? ex tunang kau dulu di pindah kan kembali ke sini dan sudah masuk kerja dua hari yang lalu.” Ucap Baby dan darah Fia tersirap mendengar kabar buruk itu.

“Maksud kau Reza sekarang bekerja di sini.?” Mata Fia terbelalak tidak mahu mempercayai kabar itu

“Eleh..tadi tak nak dengar kan, sekarang sibuk dia bertanya.” Perli Baby

“Sorry beb….bagitau la aku.” Rengek Fia lagi

“Yep…Reza sekarang adalah Head Accounting di Gunarion Group. Dan kemungkinan kau akan selalu terjumpa dia tu besar sangat beb,” tambah Baby lagi sambil tangan nya sibuk mengemas dokumen atas meja.

Fia menarik nafas dalam dan menghembus nya kasar. Cukup Raisa anak mak cik Kiah yang dia selalu hindari dan sekarang bertambah lagi seorang dalam senarai hitam nya.

“Sabar beb…aku tau kau tak salah jadi kau tak payah nak elak sangat. “ Baby memberi kan kata kata semangat untuk Fia, sahabat terbaik nya.

“ Thanks beb sebab kau dah bagitau aku.” Fia menarik tangan Baby dan menggenggam nya erat.

“It’s okey.. kita kan teman beb..eh by the way…hidung kau ni kenapa aku Nampak dah macam hidung badut je..mata pun sembab. Kau menangis ke? Tanya Baby

“Tak lah..aku selsema je.” Bohong Fia

“Raisa datang kacau kau lagi ke?” Baby masih tidak percaya dengan jawapan Fia

“Ehem!!!”

Suara deheman dari belakang terus menghenti kan celoteh Baby dan Fia. Itu ialah Encik Haikal Head department untuk HR.

“Sorry encik Haikal” ucap kedua nya serentak

“Nak sembang tunggu time lunch nanti, sekarang waktu kerja “ ucap nya dengan wajah garang “ Fia, selamat pengantin baru untuk awak” sambung nya lagi dan teus berlalu pergi

“Terima kasih Encik Haikal” seru Fia dan yakin masih mampu di dengar atasan nya itu

Sementara itu Baby yang tadi terlihat begitu semangat bercerita kini telah memasang muka cuak dan terus berubah menjadi lipas kudung. Siapa yang tak kenal Encik Haikal, lelaki yang yang tak pernah senyum sama sekali dan setiap berkata pasti akan pedas.
Fia tertawa tertahan melihat perubahan Baby yang tiba tiba. Dan bukan tanpa sebab Baby sangat takut dengan Enck Haikal. Setiap hari Encik Haikal pasti akan selalu mencari kesalahan nya sehingga berhujung dengan Baby harus menemani lelaki bongkah ais itu lunch sebagai hukuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience