Ayah..Fia tak sedap hati lah yah” Afia datang mendekati ayah nya yang sedang bersantai di serambi rumah, mengelak dari hiruk pikuk di dalam rumah yang sedang ramai dengan sanak saudara yanag sedang menghias rumah kerana seminggu lagi majlis pernikahan Afia dan Reza akan berlangsung di dalam rumah itu.
“Kenapa Fia? Apa yang buat Fia tak sedap hati?” Encik Dahlan menatap ke arah anak sulung nya yang sudah menjelma menjadi seorang gadis yang sangat cantik , berhidung mancung dan mempunyai warna kulit yang seputih susu. Sungguh sempurna makhluk di depan nya ini.
“Fia belum dapat khabar apa pun dari Reza yah, Fia risau..”
“Fia...jangan risau berlebihan ya nak. Biasa la tu, bila dekat dengan hari bahagia semua kita akan di uji dengan perasaan risau dan gemuruh nak. Ayah yakin...Reza tak kan sia sia kan Fia” Dahlan mencuba menyenang kan hati si sulung sedang kan diri nya sendiri juga di landa kerisauan. Mana tidak nya. Sepatut nya Reza sudah pulang ke tanah air tapi sampai saat ini calon menantu nya itu masih belum menampak kan batang hidung.
“Yah,, Fia masih simpan alamat rumah Reza masa dia minta Fia kirim serunding hari tu. Fia ingat Fia akan fly ke jakarta esok juga ayah.” Akhir nya gadis manis itu memutus kan untuk menyusul tunang nya Reza ke jakarta
“Kalau itu yang terbaik, ayah ikut je, pergi lah nak.” Dahlan mengizin kan Afia pergi
“Nanti ayah tolong Fia cakap dengan ibu ya..”pinta Afia sambil menggenggam tangan ayah tersayang nya
“Fia nak pergi malam ni ke nak?”
“Fia kena berangkat malam ni juga ayah, sebab esok flight Fia awal pagi”
“Nak bawa kereta ke malam malam ni? Baik pakai bas je ya..ayah risau Fia Drive malam macam ni” usul Dahlan kerana risau dengan keselamatan anak nya yang seorang gadis harus memandu malam malam pergi KL
“Baik lah..Fia pergi dengan bas.nanti ayah tolong hantar Fia pergi terminal boleh?”
“Hmm cepat la siap siap. Takut tertinggal bas pulak kang”
Tanpa mereka sedari dari tadi Marini, ibu nya Afia mendengar semua butir perbualan dua beranak itu. Hati nya bagai di cubit mengenang nasib anak gadis sulung nya yang seperti di permain kan oleh calon suami nya. Ada rasa menyesal kerana telah menerima lamaran dari Reza suatu ketika dahulu. Tapi terlajak perahu boleh di undur tetapi kalau terlajak perbuatan...
***
Pukul 11 WIB
Afia sudah berada di dalam perut taxi berbekal kan sekeping alamat yang pernah di beri kan Reza suatu ketika dahulu.
“Non..mau ke alamat ini ya?” pemandu taxi itu sekadar ingin beramah dengan Afia
“Oh...ya pak..” jawab nya singkat
“Nona bukan asli orang sini kan? Trus datang ke mari buat kerja gitu non?” ternyata pemandu taxi itu memang benar benar ramah.
“Ya pak...saya bukan orang sini. Datang untuk melawat saudara” bohong Afia
Keadaan di jalan memang teruk dengan jammed dan kebetaulan sedang berhenti di lampu merah.” Wah...jakarta memang padat dengan manusia” monolog Afia di dalam hati nya.mata nya melilau menyapu pemandangan yang masih baru bagi nya. Dan tanpa sengaja mata nya menangakap satu sosok manusia ayang sangat di kenali nya. “Reza”
“Pak...saya turun di sini ya..ini ongkos perjalanan saya. “ Ucap Afia sambil menyerah kan beberapa keping duit berwarna merah.
“Kebanyakan non...” pemandu itu mencuba mengembali kan sekeping duit berwarna merah kepada Afia tetapi gadis itu menolak nya “ buat bapak saja. Anggap rezeki bapak” ucap nya dan terus melangkah keluar dari perut taxi itu bersama travel bag nya dan berjalan separuh berlari menuju ke sebuah cafe yang tadi di masuki oleh Reza
Tanpa menghirau kan mata yang memandang nya, Afia terus masuk ke dalam cafe dan mata nya melilau mencari kelibat Reza yang di lihat nya masuk bersama dengan seorang perempuan.
Deg!!!!
Mata nya memang tidak salah orang. Memang betul Reza tunang nya yang sedang bergurau mesra dengan seorang perempuan yang sedang mengandung. Di samping mereka terilhat beberapa orang lelaki muda yang masih lagi dengan pakaian sekolah menurut pemahaman Afia sendiri kerana sering menonton sinetron bersama ibu nya ketika pulang bercuti ke kampung.
“Reza...” panggil Afia pelan dan seketika yang di panggil pun sangat terkejut dengan pemandangan yang ada di depan mata
“Fia...Fia bila sampai? Kenapa tak cakap dengan i dulu?” Reza sedikit gugup dan tergagap
“I nak penjelasan dari you sekarang Reza”
“Fia...kita duduk dulu ya.. i jelas kan perlahan”
“Reza..listen, i letih dari malam tadi i naik bas pergi KL dan sampai KL i terus naik flight. Trun dari flight i ingat nak cari tempat rehat dan sekarang i nampak semua ni depan mata i . apa maksud nya Reza?”
“Fia....i masih sayang kan you Fia. Betul..i sekarang dah menikah dengan Ayuna sebab dia tengah mengandung anak i. Dan ini semua terjadi tanpa sengaja Fia”
“Maksud you apa Reza, sampai sekarang you tak pernah berani nak berterus terang dengan family i, you tahu tak sebab kebodohan you ni..majjlis dekat kampung sana dah hampir 100 peratus siap Reza, dan majlis akad nikah kita juga tinggal menghitung hari.dan kalau i tak datang sini dan lihat semua ni dengan mata kepala i sendiri, i tak berani nak bayang kan betapa malu nya keluarga i. You betul betul selfish Reza” ucap Afia dengan linangan air mata tetapi nada suara nya tetap terlontar dengan lembut mengingat diri nya sekarang berada di tempat orang, di bumi asing tanpa sesiapa yang di kenali nya.
Mata mata para pengunjung mulai mengarah kepada drama langsung cinta segitiga mereka dan terlihat beberapa orang juga tengah mengambil gambar mungkin untuk di upload ke social media
“Mbak...tenang dulu ya. Kita bisa selesai kan dengan cara baik ya” wanita hamil itu turut bangun menghampiri Afia
“No...semua dah selesai.” Ucap Afia dan terus melangkah pergi dari cafe itu .hati nya hancur berkeping keping, selama setahun Reza telah menipu nya dan tanpa berniat untuk menjelas kan keadaan yang sebenar. Hati nya bertambah pilu mengingat persediaan majlis di kampung yanag sudah sempurna . mengingat senyum bahagia aadi wajah ayah dan ibu nya membuat Afia tidak mampu untuk berdiri lagi dan terus terduduk di bangku taman,
alam seolah bersatu dengan hati Afia, hujan turun dengann lebat nya seperti lebat nya air mata Afia yang keluar berkejaran dari kelopak mata cantik nya.
Tiba tiba Afia merasa teduh dan mendongak melihat ada yang memayungi nya “ Mbak..jangan nangis dong.,cewek cantik itu kalo nangis cantik nya ilang lho..gimana kalau gue aja yang gantiin mantan calon suami lo buat nikahi lo” ucap lelaki itu sambil tersenyum manis
Afia yang sudah kesejukan dan di tambah dengan hati nya yanag terlalu sedih, tidak mampu berkata apa apa. Dia terus menatap lelaki itu sehingga pandangan nya menjadi gelap dan tidak sedar kan diri.
“Yah...malah pingsan, gimana cerita nya ini” ucap lelaki itu yang masih dalam seragam putih abu abu.
“Kai!..eh monyet! Lo apain tuh anak orang sampe pingsan segala?” terlihat tiga lagi lelaki yang mengena kan pakaian yang sama datang menghampiri
“Nggak sempat gue apa apa in udah pingsan” jawap nya “ Bantu dong malah ngeliat doang”
“Iya iya ini juga mau di bantu nyet! “ sembur salah satu teman nya.
Share this novel