Setelah beberapa bulan menjabat sebagai Ceo di Gunarion Group, waktu Kai semakin tersita di antara pekerjaan dan juga kuliah nya. Setiap hari selalu nya Kai akan sampai di rumah setelah Fia sudah tertidur.
Hanya hujung minggu sahaja waktu yang terluang untuk mereka kembali seperti dulu. Kadang hujung minggu Kai juga terpaksa belajar demi mengejar mata kuliah nya yang tertinggal.
“Beb..aku tengok kau sedih semacam jer sekarang ni. Kau ada masalah ke? Tanya Baby saat kedua nya outing untuk meluangkan hujung minggu bersama. Kebetulan Kai dan Akbi ada aktiviti bersama mahasiswa lain, Fia jadi bosan duduk di rumah terus dan mengajak Baby untuk jalan jalan cuci mata.
“Tak lah..aku bosan jer.” Jawab Fia
“Eh!..tu laki kau kan?” tunjuk Baby dengan bibir nya ke arah salah sebuah café yang berseberangan dengan tempat mereka lepak sekarang.
Fia langsung menoleh ke seberang dan benar apa ada nya Kai berada di sana dengan beberapa orang mungkin teman baru nya.
“Beb..kau tak risau ke? Aku tengok perempuan sebelah dia tu kemain lawa lagi.”
“Aku nak risau apa beb..kalau benda nak jadi aku risau sampai ke bulan pun tetap akan jadi.” Sayu je suara Fia
“Kau tak cemburu langsung ke?”
“tipu kalau aku cakap aku tak cemburu, tapi apa aku boleh buat. Aku hutang budi dengan dia sebab dah selamat kan maruah aku dan keluarga aku masa Reza campak kan aku dulu. Lagi pula Daddy dan mummy layan aku dengan baik.”
“jadi?”
“Aku dah janji dengan diri sendiri nak bagi dia kebebasan, kau pun tahu dia tu masih muda lagi. Kalau suatu saat nanti tempat aku dalam hati dia terganti dengan perempuan lain, aku dah siap beb. Aku redha jer.”
“Beb…sedih aku dengar kau ni tau. Tapi kau jangan risau apa apa jadi kat kau, aku selalu ada kat belakang kau.” Baby mengusap halus belakang sahabat nya itu
****
“Kai….lepas ni awak balik terus ke? Damia yang duduk di sebelah Kai terus mencari perhatian nya
“kayak nya sih iya…” jawab Kai singkat
“macamana kalau kita pergi tengok wayang dulu boleh?” ajak nya
“kalo yang lain pergi kenapa gak sih?”
“Yeay….” Sorak Damia selepas mendapat lampu hijau dari Kai, lelaki idaman nya.
“Nyet…lo harus bilang dulu dong sama si mbak.” Saran Akbi
Kai menuruti saran dari sahabat nya dan mengirim kan pesan buat Fia mengata kan dia pulang mungkin sedikit lewat.
Sementara di seberang sana Fia sudah pun membaca mesej Kai dan melihat dengan mata kepala nya sendiri suami nya pergi lagi bersama rombongan nya dan terlihat wanita di sebelah nya bergelayut manja di lengan Kai dan sial nya Kai hanya membiar kan sahaja.
Mata cantik Fia terlihat berembun menyaksi kan drama di depan mata nya. “ beb…aku rasa aku akan terima tawaran dari Encik Haikal minggu lepas.” Ucap nya selepas berusaha menahan rasa sedih nya.
“Kau biar betul beb…Batam bukan dekat dekat beb…kau nak ke pindah ke sana? Tak nak pikir lagi ke?” tanya Baby
“sebab aku dh pikir la aku nak pindah beb..aku nak jaga jarak sebelum ada di antara kami terluka lebih parah lagi.” Jawab Fia
Mereka masih lagi duduk di tempat yang sama, tiba tiba Fia merasa perut nya sakit seolah diri nya mahu datang bulan dan rasa mual tiba tiba menyerang nya “ Beb aku pergi tandas jap”inta nya dan terus berlari meniggal kan Baby yang termangu
Di dalam sana Fia memuntah kan segala isi perut nya baru lah ada sedikit lega. “kenapa masuk angin pulak dah.”bisik nya
Setelah selesai dengan hajat nya, Fia kembali lagi ke meja tadi menemui Baby yang masih setia menunggu nya.
“Beb..kau ok ke tak ni?”
“Aku okey jer..Cuma masuk angin” jawab Fia “Jom kita balik sekarang, aku rasa pening la sekarang ni “Fia mengajak Baby pulang kerana kepala nya benar benar pening.
“betul ke kau okey ni, tak nak gi klinik dulu ke ni? “ tawar Baby dan Fia hanya menggeleng kepala cepat. “ dah jom aku hantar kau balik”
****
Setelah masuk ke dalam rumah kepala Fia semakin menjadi sehingga berjalan pun Fia terhuyung ke tepi
“Puan..puan sakit ke?” mak Mah segera menghampiri Fia yang sudah terduduk di atas sofa
“Saya Cuma pening jer mak Mah, jangan risau ya..lepas tidur nanti okey lah kot.” Fia menenang kan mak mah yang terlihat cemas duduk di samping nya.
“Kalau macam tu puan cepat cepat masuk bilik.” Pinta mak Mah sambil memapah Fia bangun dan menuntun nya masuk ke dalam bilik
Mungkin kerana terlalu pening dan sedikit letih Fia tertidur dengan mudah nya tanpa membersih kan diri terlebih dahulu.
Jarum jam terus berdetak, kai masih belum menampak kan batang hidung nya. Fia telah selesai mandi dan solat, sengaja Fia belum menjamah makan malam nya kerana menunggu Kai pulang dan makan bersama.
Setelah penat menunggu akhir nya Fia tertidur kembali. Setelah jarum jam menunjuk kan angka sepuluh baru lah Kai muncul.
“Tuan nak makan sekarang ke?” tanya Mak Mah setelah kai menduduk kan diri nya di atas sofa
“saya sudah makan di luar Mak Mah.” Singkat jawapan nya
Mendengar tuan nya sudah makan di luar hati mak mah menjadi risau memikir kan Fia yang belum menjamah makanan kerana menunggu Kai untuk makan sekali.
“Kenapa?” tanya Kai setelah menyedari raut kerisauan di wajah tua pembantu nya itu.
“Puan belum makan malam, tadi kata nya nak tunggu tuan untuk makan malam bersama” jawab Mak Mah
Mendengar jawapan pembantu nya hati Kai mendadak risau. Segera berlalu masuk ke bilik tidur mendapat kan isteri nya
Niat nya untuk membangun kan Fia jadi batal setelah melihat mata isteri nya sembab petanda kalau isteri nya menangis sampai tertidur. Rasa bersalah nya semakin besar.
“maafin gue, lo harus nya marah kalo gue udah nyasar dari janji gue sama lo. Gue masih sayang sama lo, tanpa sadar juga gue udah nyakitin lo.” Kai mendarat kan satu kecupan di pipi gebu Fia dan mengelus nya lembut. Sedar diri nya telah mengabai kan wanita yang susah payah baru dapat di miliki nya.
Share this novel