Beb..betul ke you nak pindah ni? “ Nina menghampiri Fia yang sedang berkemas dan menyimpan semua barang barang nya.
“Sorry beb..aku tak boleh nak teman ko lagi tengok cerita seram..”jawab Fia sambul menguntum senyum
“Hua…….nanti aku rindu kat ko macamana beb?”
“Kan tiap hari jumpa kat pejabat nak rindu tara mana nya wei..” Fia menepuk kening Nina lembut.
“Betul juga, eh Fia..tu kat depan tu sapa?” tanya Nina
“Aku juga dari tadi tahan nak tanya kau . tu siapa yang kat depan tu?” sampuk Misha
Fia memandang dua sahabatnya silih berganti, untung masa dia nikah dua ekor ni tak dapat datang. “Tu adik aku la beb” jawab Fia yang masih lagi belum bersedia memperkenal ka Kai sebagai suaminya.
“Bukan adik ko sorang saja ke Fia , tu pun perempuan kan.” Misha menatap sahabatnya itu dengan rasa penuh curiga
“Maksud aku adik angkat aku.” Kilahnya lagi.
“Beb…adik ko ensem..boleh mintak no phone tak? Mana tau….” Nina tersenyum nakal
“Hah!...jangan…tak boleh. Adik aku tak single lagi tau. Jangan main main.”
“Alah…baru je nak usha sikit. Tapi serius beb kalau adik ko tak de yang punya aku akan kejar sampai hujung dunia..sapa yang tak nak muka ensem tinggi lampai macam tu.” Nina Nampak bersungguh dengan ucapan nya.
Sementara Misha tidak merasa begitu, sebab Misha pernagh mendengar desas desus Fia telah menukar pengantin lelaki di saat saat akhir. Misha memilih untuk diam dan ada suatu saat nanti dia pasti akan meminta penjelasan dari Fia.
“Ni aku dh siap, sorry tau kalau selama ni aku selalu menyusah kan korang.” Fia memeluk satu persatu teman nya. “ aku pergi dulu, kirim salam kat Baby. Salah satu housemate nya yang sekarang tengah outstation.
“Sering sering datang kemari tau.” Ucap Nina dan Misha serentak. Ketiganya beriringan menuju keluar rumah di mana Kai setia menanti. Terlihat lelaki itu sedang bersandar di kereta sambil mengena kan sunglasses dan melipat tangan nya di dada.
“Misha…aku betul betul jatuh…!!!” jerit Nina tertahan
“Kau masih berdiri elok aku Nampak. Jatuh macamana nya?” Misha berpaling dan menatap Nina yang sudah tersengih macam kerang busuk.
“Aku jatuh cinta beb…” jawab Nina lagi sambil bergelayut manja di lengan Misha.
Misha mengakui kalau lelaki di depan mereka ini memiliki seribu pesona dan semuanya serba serbi perfect dari pandangan luaran. Bukan setakat Nina malah diri nya juga mengagumi lelaki yang tiba tiba menjadi adik angkat sahabat bertuahnya.
Tanpa banyak cakap, Kai segera menghampiri Fia dan mengambil alih luggage besar yang di heret isterinya lalu menyimpan nya ke bonet kereta.
“Aku jalan dulu beb…nanti aku sent location terbaru senang korang nak datang” Fia meminta diri dan terus masuk ke dalam kereta sementara Kai sempat mengangguk kan kepala nya kea rah Misha dan Nina tanda terima kasih.
“Bye…handsome….” Seru Nina dan hanya mendapat balasan senyum dari Kai dan terus masuk ke bahagian pemandu.
Fia betul betul blank dan tidak tahu kemana kai akan membawa nya. Nak bertanya pun segan. Sehingga kereta yang di pandu Kai menuju ke jalan persiaran Hampshire.
“Kai!...ni kan Penthouse?”
“trus…?”
“Kenapa datang sini? Kenapa tak cari rumah? Saya nak rehat la Kai…letih tau” rengek Fia
“Yuk…turun yuk…gue juga udah capek.” Ucapnya dengan wajah tanpa dosa setelah memarking kan kereta di tempat private parking. Terlihat juga sebuah Lambhorghini hitam di tempat yang sama.
Fia hanya sanggup melongo dengan sikap Kai yang sangat susah untuk di teka, biar pun merungut Fia turut keluar dari kereta dan mengikuti langkah Kai.
“Mbak…slow banget jalan nya, tadi bilang capek. Apa mau gue gendong.” Kai menatap Fia yang masih bingung untuk mencerna keadaan.
Sepanjang perjalanan Fia hanya membatu seolah dirinya kini berada di tempat asing. Selama ini Fia hanya mampu melihat sahaja dari jauh dan sekarang bagai kan mimpi Fia berada di sini bersama lelaki asing yang menurutnya masih bawah umur dan sekaligus suaminya. Kerana terlalu banyak termenung sambil berjalan kini Fia sekali lagi di buat terkejut saat mereka betul betul berada di depan sebuah pintu dan ternyata Kai mempunyai akses masuk.
“Kai…”
“Masuk sayang….dari tadi manggil terus. Kangen ya.” Usik Kai sambil mendorong tubuh kecil Fia untuk masuk kedalam rumah.
Fia di buat sekali lagi terkejut dengan segala perhiasan mewah yang tersaji di depan matanya. Terlihat seorang wanita dan lelaki tua bergegas datang menghampiri mereka.
“Tuan….kenapa tuan muda datang tak bagitau terlebih dahulu. Kalau bagitau Mak Mah pasti mintak Pak abu keluar cari bahan masakan untuk makan malam tuan muda.” Ucap Wanita tua itu
“Gak pa pa kok mak Mah…nanti bisa delivery aja, gampang. Oh ya..kenalin ini stri saya Fia dan dia akan menetap di sini. Tolong Mak Mah sama Pak Abu jadi mata, tangan dan kaki bagi pihak saya buat menjaga beliau.” Kai memperkenal kan Fia kepada pembantu rumahnya.
“Puan Muda…saya Mak Mah dan ini suami saya Pak Abu. Apa apa yang puan perlu kan jangan segan bagitahu saya atau Pak Abu.” Ramah pembantu Kai menyambut kedatangan Fia
“Bagasi nya masih di bawah. Tolong Pak Abu bawa naik ya. Sekalian pesan makan malam buat kita. “ perintah Kai sementara Fia masih terdiam seribu Bahasa. Bukan nya sombong tetapi ini benar benar kejutan luar biasa baginya. Tidak menyangka kalau suaminya bukan orang biasa dan selama ini Fia ternyata terlalu memandang rendah Kai walaupun Cuma dalam fikiran nya. Rasa bersalah terus menghambat Fia sehingga merasa kan diri nya tidak layak untuk lelaki sebaik dan sekaya Kai.
Faham dengan dilemma di dalam hati Fia, akhirnya Kai menarik tangan Fia masuk ke dalam bilik tidur mereka.
“Mbak…gue harap lo betah ya di sini, karna lusa gue udah harus pulang ke Jakarta. Gue Cuma minta satu sama lo..biar pun lo belum cinta sama gue, tolong jaga hati dan mata lo buat gue mbak..karna gue bukan tipe cowok yang suka berbagi.” Lembut sekali intonasinya sehingga mengundang rasa sedih di hati Fia.
“Kamu mahu balik lusa?” tanya Fia kembali sedangkan soalan itu sudah di jawab Kai sebentar tadi. Kai hanya mengangguk kan kepala sebagai jawapan.
“Terus…kamu bila balik sini lagi?” tanya Fia seolah trauma dengan kejadian nya dengan Reza. Di tinggal kan sekali lagi mungkin Fia tidak akan pernah sanggup biar pun dalam hati nya belum ada rasa cinta buat Kai.
“Habis ujian gue pasti akan terbang ke mari mbak..gak pake lama. Atau…mbak mau ikut gue pulang ke Jakarta?” pelawa Kai
“Saya kerja Kai…lusa saya sudah mulai masuk kerja.” Tolak Fia
“lo gak kerja juga gak pa pa kok mbak…gue masih mampu kasih nafkah buat lo”. Usik Kai tetapi bukan sekadar usikan sebenarnya kerana Kai memang betul betul mampu untuk menyara hidup Fia.
“Ish!...dia nak menggatal lagi la tu.” Geram Fia lalu menarik muka empat puluh empatnya, di sambut ketawa Kai yang terdengar nyaring kerana Berjaya mengubah mood Fia yang tadi nya banyak mendiam kan diri.
“Lo kerja di anter sama Pak Abu ya.” Ucap Kai lagi
“Jangan Kai…saya boleh bawa kereta sendiri.”
“Nope….tiada bantahan atau lo gue boyong ke Jakarta sekalian.”
“Kai……”
“Gak ada protes ya…sama pak Abu atau gak kerja..ngelawan suami itu dosa lo Mbak…emang gak takut dosa?”
“Mulai…….” Ucap Fia sambil memutar bola mata nya. Siapa yang tak takut dosa? Walau pun sangat berat bagi nya tetapi Fia akan berusaha menurut perintah Kai.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik di ketuk dari luar “ tuan makanan sudah siap tuan.” Panggil Mak Mah melalui intercom yang ada di tepi pintu kerana bilik mereka memang kedap suara.
“Yuk nyonya Gunarion..” ajak kai sambil menggengam tangan Fia dan mengajak nya keluar untuk menyantap makan malam mereka.
“Ternyata sweet juga budak ni.” Monolog Fia di dalam hatinya sambil menyembunyikan senyum nya.
Share this novel