chapter 11

Short Story Series 9802

Sejak mereka pulang dari rumah encik zikri , tajuddin dan qyra tidak banyak bercakap . Mereka hanya buat hal masing masing . Bercakap bila perlu . Perkahwinan mereka hampir sebulan tetapi cara mereka melayan antara satu sama lain tetap lagi sama .

" Harini aku balik lambat , ada group discussion "

" Dengan tashriq ? pukul berapa awak nak balik "
tanya tajuddin sambil menhidang sarapan pagi .

" Ye lah dengan siapa lagi , celine pun ada . pukul berapa aku tak pasti lagi " katanya sambil menghirup secawan teh .

" Buat dekat cafe lah macamtu , senang sikit saya nak tengok kan awak nanti , saya nak awak hati hati dengan tashriq tu sebab tengok dia lain "

" Apa lah kau merepek pagi pagi ni , malas lah aku nak gaduh dengan kau "

Qyra mengambil beg sadangnya dan dia keluar dari rumah itu meninggalkan taj sendiri di meja makan . Tiba tiba taj ternampak kertas kerja yang agak tebal di dalam fail tertinggal di sofa .

" Lupa lah tu dia ni " taj mengeluarkan telefon bimbitnya kemudian mendail nombor qyra .

" Kenapa tak angkat pulak ni , haish dia ni "

Tajuddin mengambil keputusan untuk hantar kertas kerja itu pada qyra semula . Dia memandu sehingga ke tempat belajar isterinya . Dalam perjalanan dia seperti tidak sedap hati . Dia cuba menelefon qyra berulang kali . Apabila dia sudah sampai di tempat letak kereta dia terlihat perodua myvi biru milik qyra .

Tajuddin menuju ke arah kereta itu , apabila dia sampai di situ dia melihat pintu kereta tidak berkunci dan barang barang qyra masih berada di dalam kereta nya .. tiba tiba

" Tolongg , tolong " Dalam keadaan yang sunyi itu memudahkan taj mendengar suara itu .

"Qyra ? Qyra awak dekat mana "

"Pang ! kau diam , diam " tashriq menampar pipi qyra berulang kali dia menarik qyra masuk ke dalam semak yang jauh sedikit dari tempat letak kereta itu .

" awak nak apaa , lepaskan saya ..sakit " qyra menangis dia terasa sakit di pergelangang tangannya yang di gengam kuat .

" Aku nak apa ? hahaha aku nak kauu " tashriq mencium leher qyra sehingga ke dada nya .

" Kau memang binatang , lepaskan aku .. tolongg " qyra mencuba sedaya upaya melepaskan dirinya .

" jerit lah lagi .. jerit .. takde sape akan dengar suara kau " tashriq menarik rambut qyra dan menolak qyra masuk ke dalam semak dan kemudian dia menarik baju qyra sehingga terkoyak di bahagiaan bahu nya . perbuatan nya itu menambahkan ketakutan pd qyra .

" Tashriq ! " terdengar satu suara sergah dari arah belakang , tajuddin kemudian pantas memukul belakang lelaki itu sehingga dia jatuh .

" taj ! " melihat tashriq terbaring qyra pantas berlari menyorok dibelakang tajuddin .

Tiba tiba ebal datang di tempat sama melihat keadaan itu tajuddin memberi isyarat supaya dia menelefon pihak polis . ebal bergegas keluar dan menelefon polis .

" wow uncle buat apa dekat sini ?... ouhhh nak selamat kan qyra ye "

" Dia isteri aku .. kau jaga perangai kau sikit tashriq . "

" isteri ? ni isteri kau ni .. nah amik kau "

Tashriq menumbuk tajuddin sehingga dia terjatuh , dia kemudian bangun semula untuk lawan . Tajuddin lebih tinggi darinya dan itu menyenangkan dia membalas balik tumbukan itu dia memegang badan tashriq dengan kuat sekali . Apabila tashriq lepas dari pelukannya , tashriq mengeluar sesuatu dari poket seluarnya ..

" Taj hati hati "

Jeritan qyra mengejutkan tajuddin dia melihat ada sebilah pisau di tangan tashriq . Nasib baik dia sedari perkara itu . Dia cuba elak dari terkena pisau itu . hampir setengah jam mereka bergelut qyra jugak ada meminta pertolongan tetapi tiada yang datang .. Akhirnya pihak polis sampai di tempat kejadian .

" letakkan senjata , atau kamu kami tembak! " jerit seorang pegawai polis itu . tashriq yang terkejut dengan perkara itu cuba untuk melepaskan diri nya tetapi dia gagal .

Dia kemudian nya di tahan oleh pihak polis , semasa dia dibawa masuk ke dalam isi perut kereta dia sempat menjeling tajam ke arah qyra dan tersenyum sinis .

" Nanti encik boleh datang ke balai untuk buat laporan ye " kata pegawai polis itu pada ebal .

Qyra dan tajuddin menghampiri ebal yang baru selesai berbual dengan pegawai polis .

" Terima kasih ebal , sebab u tolong i tadi "

" Most welcome , perkara kecik je tu .. lagipun nasib ada uncle ni " qyra kemudiannya memandang ke arah tajuddin.

Tiba tiba tajuddin mendapati ada sekumpulan pelajar bersama dengan beberapa orang tenaga pengajar datang menghampiri mereka .

" Ebal qyra kamu berdua baik baik sahaja kan ? saya datang sebab terserempak dengan pihak polis sebentar tadi . " tanya prof zubir dengan keadaan yang cemas .

" Saya tak apa apa , qyra dia ..mungkin masih dalam keadaan terkejut lagi , lagipun encik ni yang selamat kan dia tadi " ebal menunjuk ke arah tajuddin di sebelah nya .

" Ya memang dia yang selamat kan saya ... sebernanya ni taj dan dia suami sayaa " qyra tiba tiba bersuara

Semua yang ada disitu terkejut dengan perkara yang baru diperkatakan qyra itu . Celine di belakang tersenyum melihat dia .

" Saya minta diri dulu ye , saya nak bawa qyra ke klinik "

Tajuddin memegang tangan qyra , dia berjalan beriringan menuju ke kereta . Sementara semua yang ada di situ hanya memandang ke arah mereka . Masih ada yang terkejut .

****
Di dalam kereta qyra hanya diam membisu , dia hanya termenung . Sejak mereka keluar dari klinik qyra masih tidak bercakap dan tajuddin jugak tidak menegur nya . Mungkin kedua dua mereka masih terkejut dengan kejadian itu .

Apabila sampai di rumah , selesai memakir kereta tajuddin terus sahaja jalan masuk ke rumah tanpa menunggu qyra keluar dari kereta . Qyra sedikit pelik dengan suami nya . Dia kemudian mengikuti langkah taj sehingga ke dalam rumah .

" Duduk dulu di sofa , saya amik air . biar awak makan ubat dulu "

Qyra duduk di sofa itu , dia membuka bajunya yang koyak itu dan dia hanya memakai singlet berwarna hitam sahaja . Apabila tajuddin sampai di ruang tamu dia terkejut tapi dia buat biasa sahaja .

" Awak makan ubat ni , lepastu naik bilik mandi dan rehat . " selesai makan ubat yang diberi tajuddin ingin bangun tapi di tahan oleh qyra .

" Marah ke ? " terkejut dengan soalan itu , dia menoleh semula ke arah qyra

" Saya ada hak ke nak marah awak ? kalau saya cakap awak tak pernah nak dengar .. awak tengok sekarang apa dah jadi .. saya ni lelaki , saya tahu apa niat tashriq tu pada awak sebab tu saya halang "

Qyra memandang nya kemudian dia menangis teresak esak tangan dia tiba tiba mengiggil .

" No qyra , saya bukan marah awak tapi saya .. " qyra pantas memeluk tajuddin sekuat hatinya . tajuddin dapat rasa kan gadis di hadapannya masih dalam keadaan yang takut . Dia membalas pelukan itu kemudian dia mengusap rambut qyra .

" Qyra .. minta maaf ... qyra banyak salah selama ni ..qyra tak jadi isteri yang baik .. qyra derhaka , qyra tak hormat langsung .. maaf kan qyra abang " kata kata nya dengan suara yang teresak esak itu mengejutkan tajuddin . senang hatinya mendengar luahan isterinya .

" Qyraa pandang abang .. abang sayang awak .. bila dah terlafaz nya akad , awak sepenuh nya tanggungjwb abang . Dah lama abg tunggu awak panggil saya abang . " tajuddin memberi ciuman di dahi qyra dia kemudian menyeka air mata yang jatuh di pipi qyra .

" Sorry " dia masih memeluk tajuddin , agak lama kemudian dia meleraikan pelukan itu .

" Sekarang ni awak naik atas mandi rehat dulu nanti makan malam dah siap abang panggil awak ye " Tajuddin dirikan qyra apabila qyra mendongak ternampak kesan luka kesan luka di bahu dan dada qyra

" Sakit ke ? " qyra mengangguk sambil senyum tawar .

" Nanti lepas awak dah siap , ada krim untuk luka dekat dalam bilik abang nanti awak ambil ye "

tajuddin kemudiannya memnpin qyra sehingga ke tangga . Senang hatinya apabila mendengar kata kata sebentar tadi . Tajuddin kemudian nya masuk ke dapur untuk masak kan makan malam .

Masuk sahaja di dalam bilik qyra baring terlebih dahulu . Dia terlentang sambil memandang syiling bilik nya . Apa yang terjadi pagi tadi itu masih ber main di fikiran nya . Dia tertanya kenapa dia menjadi sasaran tashriq , patutlah tashriq mahu ke mana mana dengan qyra sahaja . Dia seperti tidak mahu celine ada bersama .

Dia kemudian teringat saat tashriq mencium di leher dan dada nya . Tiba tiba dia jadi takut dan qyra menangis sendiri . Dia amat bersyukur tajuddin berada di situ . Dia berjanji dengan diri nya tidak mahu berkasar lagi dengan suami nya .

****
" Abang ? qyra nak ambil krim yang abg ckp tdi tu . qyra masuk yee " kata nya sambil mengetuk pintu bilik taj beberapa kali tetapi tiada respon .

Qyra menolak pintu perlahan lahan , dia tidak nampak tajuddin berada di dalam bilik . Dia melihat kecantikan bilik itu , katil bersaiz king dan berwarna biru . Di dalam bilik itu serba serbi nya berwarna biru . Mungkin itu warna kesukaan tajuddin .

Qyra menuju ke meja solek dia ternampak krim yang dikata kan tajuddin . Dia membelek kotak ubat itu dan dia mengambil nya . Apabila dia bangun tanpa sengaja dia tertolak sesuatu terjatuh .

" Gambar siapa ni ? .. L . A . I .L . A " nama yang tertulis di gambar itu . Dia kemudian melihat gambar itu dengan tekun sekali . Apabila melihat gambar itu dia seperti teringat kan seseorang .

" Eh ni macam .. "

" Awak buat apa tu ? " suara tajuddin itu mengejutkan qyra dia pantas menyimpan semula gambar itu .

" Erk saya .. saya ambil ubat yang abang suruh tu " Qyra bercakap tetapi tidak memandang tajuddin yang berada di hadapan nya .

" oh , tapi kenapa awak tertunduk tunduk ni ? "

" Saya .. segan nak tengok abang "

Rupanya tajuddin baru selesai mandi dan dia hanya memakai tuala sahaja . Qyra melihat ada six pack pada tubuh lelaki itu . Jantung dia seperti mahu tercabut melihat tajuddin yang tanpa pakaian itu .

" Erk saya keluar dulu lah macam tu "

" Eh nanti lah dulu " tajuddin tersenyum nakal memandang qyra .

Mereka bertentangan mata , qyra perlu mendongak sedikit untuk melihat tajuddin kerana lelaki dihadapannya itu agak tinggi dari nya . Tajuddin mengambil ubat yang berada di tangan qyra .

" Biar abang sapu kan ubat ni " qyra hanya mengganguk dia seperti terpukau melihat tajuddin . Ini adalah kali pertama dia melihat wajah lelaki itu dengan dekat . Sungguh kacak .

Tajuddin membuka satu persatu butang baju tidur qyra , dia membuka sehingga menampak kan dada isterinya . Dia meletakkan ubat di dada qyra dan mengusap dada nya dengan lembut .

" Aduh aku tak boleh duduk lama lagi dekat sini , kalau tak habis lah aku " katanya di dalam hati dia seperti tidak boleh bergerak kerana terpukau dengan suaminya sendiri .

"Lagi dekat mana ? bahu awak kan ? "

" hmm " qyra sudah takmampu mahu berkata kata .

Tajuddin menjatuhkan sedikit baju qyra di bahagiaan bahu nya . Dia mengusap lembut juga di bahu qyra .

" Cantik nyaa isteri aku ni " tangannya masih lagi di bahu qyra dan kemudian ..

" Ah abangg ... ha qyra tunggu abang dekat bawah . Nanti kita makan sekali eh " qyra kemudian berlari keluar dari bilik tajuddin .

Tajuddin hanya ketawa melihat gelagat isterinya .

" Fuh , tarik nafas hembus tarik nafas hembus "
Qyra sudah berpeluh peluh apabila di perlakukan begitu .

" Dia cuba goda aku ke .. oh no no .. eh mmg patut pun . Tu suami aku sendiri " katanya sambil menbutangkan baju nya dan turun ke meja makan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience