chapter 19

Short Story Series 9802

Tajuddin dan puan laila telah selamat di nikahkan , selepas bernikah puan laila berpindah masuk ke rumah tajuddin semula . Dan rumahnya itu di berikan wana dan ebal diami . Majlis yang diadakan ringkas sahaja . Ada yang terkejut dengan perkahwinan itu .

" Tahniah aunty " sapa qyra sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman tetapi tidak sambut .

" Terima kasih " jawab puan laila lalu pergi tinggalkan qyra disitu .

Celine menghampiri qyra , dia memeluk bahu rakan nya itu kemudian mengusap belakang nya . Qyra menoleh sambil tersenyum tawar .

" Aku tak pernah tengok taj happy macam tu " kata qyra apabila melihat tajuddin bergelak ketawa bersama rakan nya dan juga puan laila .

" Jangan stress tau qyra , even apa pun jadi . Kandungan kau masih awal lagi . Aku tak nak apa apa jadi dekat kau "

" Dont worry , aku okay je . InshaAllah takde apa apa ...tengok baby aunty celine sayang sangat awak " kata qyra sambil mengusap lembut perut nya .

" Eh mestilahh ! hahaha " Mereka berdua ketawa kecil .

****
" Abang qyra ingat , qyra nak duduk dekat rumah ayah . Nanti malam esok abang boleh balik rumah ayah . Dekat sini abang duduk la dengan aunty laila " kata qyra sambil membuka butang baju melayu tajuddin .

" Kenapa pula ? Rumah ni kan rumah sayang juga . Sayang tak selesa ke ? " soal tajuddin .

" Bukan macam tu , qyra cuma nak habis kan masa dekat rumah tu saja "

" Macam ni lah sayang , qyra tu tengah mengadung tak elok duduk sorang . Nanti apa apa jadi susah nanti . Duduk sini kan ada abang , ada laila . "

" hm ye lah abang " wajah nya yang tadi tersenyum , kini monyok saja .

" Ala sayang abang merajuk ke ni " tajuddin memicit pipi qyra sambil mengeletek nya .

" ey abang geli geli .. stop ! " qyra mengelak sehingga terbaring di atas katil .

Tajuddin perlahan lahan merapatkan wajah nya pada qyra . Dia menyelak rambut yang menutupi wajah isterinya . Di belai pipi nya sehingga ke bibir . Tajuddin menurun kan baju di bahu qyra . Dia mula memberi ciuman di bahu dan akhirnya dibibir mungil qyra . Qyra membalas ciuman itu . Qyra kemudian nya memeluk tajuddin . Tiba tiba airmata nya jatuh tanpa dia sedar . Tajuddin melihat perkara itu terus baring di sebelah qyra .

" Kenapa sayang ?" soal tajuddin sambil menarik qyra ke dalam pelukan nya . Kepala qyra di letak kan di dada nya .

" Qyra minta maaf kalau ada buat salah pada abang .. qyra sebernanya berat hati sangat bila dapat tahu abang nak nikah lagi .. tapi qyra cuma mampu diam .. "

" sayang .. walaupun abang nikah lain ,abang tetap sayang dah cinta qyra . Tak kurang pun sayang . Tambah tambah sekarang awak berbadan dua lagi abang makin sayang dekat awak "

"Betul kee ?" qyra memadang ke arah tajuddin disebelah nya .

" Betul sayang .. awak tu takboleh banyak fikir nanti stress bahaya untuk kesihatan baby .."

" Hm okay abang ..abang abang "

" Alolo ye sayangg ..manja nya dia " kata tajuddin apabila qyra memanggilnya dengan nada manja .

" Malam ni qyra nak tidur dengan abang boleh ? qyra nak tidur peluk abang .. hm rindu "

" aik abang dekat sebelah pun rinduu "

" alaaa "

" Elehh okay lah yee abang teman qyra tidur ye ..tapi bagi abang jumpa laila dulu sebelum tidur tau "

" okay abang "

" abang mandi dulu .. ke qyra nak ikut sekali " tajuddin tersenyum nakal .

" eyy abang .. ngada eh dia " kata qyra sambil mencuit hidung tajuddin .

Apabila tajuddin masuk ke kamar mandi , puan laila mengetuk pintu bilik tidur mereka . Qyra bangun dan membuka pintu .

" Ye kenapa ? " soal qyra apabila melihat puan laila berdiri dihadapan muka pintu .

Puan laila tidak mengendahkan soalan itu , dia menolak qyra ke tepi dan terus masuk ke dalam bilik itu .

" Patut nya ini bilik tidur aku dengan taj .. bukan kau " katanya sambil duduk di birai katil .

" ye dulu ini bilik aunty .. sekarang tak lagi " sindirnya qyra sambil ketawa kecil .

" Hei malam ni aku nak tidur sini dengan taj ..aku nak kau keluar dari bilik ni sekarang . "

" excuse me ? ini bilik qyra . aunty yang patut keluar sekarang "

" eish kau ni kan .." tiba tiba tajuddin keluar dari kamar mandi . Terkejut dia apabila melihat puan laila juga berada di situ .

" Eh laila buat apa dekat sini ? "

" Ni ha qyra suruh laila tidur bilik ni malam ni .. dia nak suruh kita mcm dulu dulu " tajuddin memandang pelik ke arah qyra .

" betul ke sayang ? " soal tajuddin sambil mengelap rambut nya .

" ha ye betul lah tu bang .. qyra masuk bilik sebelah ye . Abang tidur lah sini dengan aunty "

Qyra membuka pintu bilik dan keluar dari bilik itu . Apabila pintu ditutup dia menghentak kaki nya tanda marah .

" eyy orang tua nii !! geram nya !! "

Qyra masuk ke bilik sebelah , apabila masuk di bilik itu . Dia teringat saat pertama kali tajuddin mengangkat nya serta menenung wajah nya . Senyuman mula terukir apabila dia teringat perkara itu . Rasa rindu nak menghabiskan masa berdua dengan tajuddin di rumah besar itu . Kini mereka bertiga mungkin tak sama macam dulu .

Perasaan cemburu mula hadir di dalam diri nya apabila teringat kan puan laila mahu tidur di bilik mereka . Qyra baring di katil , dia mengambil telefon bimbitnya . Gambar arwah ayahnya di tengok berulang kali . Tangan nya sebelah lagi mengusap lembut perutnya yang semakin hari semakin membesar itu .

Airmata kerinduan mula mengalir , lama dia melihat gambar itu . Akhirnya dia tertidur sambil memegang telefon bimbitnya .

Pintu dibuka perlahan lahan , tajuddin masuk perlahan lahan . Dia menuju ke arah qyra yang sedang lena tidur . Dia melihat telefon qyra ada gambar encik zikri . Dia tahu qyra mesti rindukan ayah nya .

" Tidur dah ye sayang " tajuddin naik ke atas katil dan terus membelai pipi qyra . Dia membetulkan pembaringan qyra . Tajuddin menarik qyra ke dalam pelukan nya .

" Sayang ..sayang .. " panggilnya perlahan . Qyra mula tersedar .

" Eh abang .. kenapa tidur sini "

" Tadi sayang kata nak tidur dengan abang .. jadi abang datang lah sini "

" sayang abang .. " terharu dia apabila tajuddin begitu .

" Meh sini abang peluk " qyra tersenyum lalu memeluk tajuddin , tangan tajuddin merangkul pinggang nya .

" Selamat malam abang "

" selamat malam sayang .. i love you " tajuddin sempat mencium dahi qyra .

****
Sudah masuk bulan ke empat tajuddin dan puan laila bernikah . Qyra pula sudah sarat . kandungan nya kini masuk 6 bulan . Puan laila selalu iri hati dengan qyra kerana dia lebih banyak dapat perhatian berbanding diri nya .

Pagi ini qyra dan tajuddin keluar bersama untuk ke klinik kesihatan . Puan laila di rumah sedang merancang sesuatu untuk qyra .

" Mesti kau akan rasa nak makan lah " puan laila sedang mengopek durian .

Puan laila menghidang durian itu di atas meja makan . Apabila qyra pulang dia terbau durian yang sangat kuat .

" Aunty siapa punya durian ni ? " soal qyra dia kemudian duduk di meja makan .

" Aunty beli tadi .. qyra nak rasa makan lah . abang mana ? "

"Abang dah pergi cafe lepas hantar qyra "

" oh "

" Aunty qyra boleh makan ke ? tak bahaya untuk baby ? " dia masih ragu ragu untuk mengambil durian itu .

"Takpelah kalau nak rasa rasa boleh je . Tak bahaya pun "

" ouh kalau macam tu .. okay lah qyra makan eh "

Puan laila tersenyum jahat apabila melihat qyra makan durian dengan selera nya . Sambil makan mereka berbual bual , tiba tiba ada yang mengetuk pintu pintu rumah mereka . Puan laila bangun dan menuju ke muka pintu .

" Hey i want to meet qyra , dia ada ke ? " kata celine ringkas apabila melihat puan laila yang membuka pintu rumah .

" Dia tengah makan , ada dekat dapur ."

" oh .. wait .. bau apa ni " Celine seperti bau sesuatu . Dia menolak puan laila dan berlari masuk menuju ke dapur .

" What ! qyra kau makan apa ni ? " terkejut qyra apabila dengar suara celine yang agak tinggi itu .

" Durian .. nak ke ? "

" Are you crazy ? kau mana boleh makan durian . Durian ni panas tak elok untuk anak kau dalam perut tu " celine menarik durian di tangan qyra . Dia kemudian menoleh ke arah puan laila .

" Kau memang sengaja bagi dia makan kan ? aku ni memang tak kahwin lagi takde anak tapi aku tahu durian ni tak elok untuk orang pregnant "

Qyra yang diam tiba tiba bangun dan menuju ke singki , dia termuntah kan balik ke segala isi perut nya . Durian yang di makan tadi juga terkeluar .

" Kau tengok ni apa kau dah buat .. aku akan beritahu taj " ugut celine dia kemudian pergi melihat keadaan qyra di singki

" aku taktahu pula durian takboleh makan .. "

" its okay , kita pergi klinik dulu "

" Tak nak aku rasa , dah okay ni .. bawa aku naik bilik "

" Okay jom ..slow slow jalan tu "

****
" Tapi kau tak boleh nak tinggi suara dekat wife aku sesuka hati kau je " marah tajuddin pada celine .

" Kau tak nampak ke laila cuba nak gugur kan anak kau ? buka mata kau sikit . aku marah bertempat .. bukan macam kau "

" Mulai hari ni aku tak nak kau ada kene mengena dengan isteri isteri aku ! kau keluar dari rumah aku sekarang !" Tengking tajuddin , qyra tersentak apabila tajuddin ber kelakuan begitu .

" Abang .. kenapa cakap macam tu dekat celine . Dia tak salah pun "

" Qyra diam .. biar abang cakap dengan celine "

" No .. betul cakap celine ..aunty laila cuba nak gugur kan anak kita .. abang masih tak nampak lagi ke ? Dia juga cuba nak porak peranda kan keluarga kita ! "

" Qyra dont start .. "

" Qyra tetap kene cakap .. setiap kali kita bergaduh mesti punca nya dari dia " qyra menunjuk ke arah puan laila .

" Qyra stop .. jangan sampai .."

" Jangan sampai apa ? abang nak tampar qyra ? tampar lah abang . Hati ni lagi sakit dari semua nya " Qyra mencapai beg tangan nya di sofa .

" Mulai hari ni .. abang dan laila boleh hidup bahagia berdua dalam rumah ni .. qyra boleh hidup sendiri .. qyra penat macam ni abang "

" Selangkah qyra keluar dari rumah ni ..abang tak izin kan awak balik lagi rumah ni " terkejut celine mendengar kata tajuddin itu . Dia pantas memujuk qyra untuk dengar sahaja kata tajuddin .

" Qyra akan keluar .. buat apa qyra duduk dalam ni kalau abang tak percaya cakap qyra .. abang dah banyak berubah sejak abang nikah dengan laila ! "

" Pang ! " satu tamparan terkene di pipi qyra . Terduduk dia . Qyra terus memegang perut nya .

" Kau ni bodoh ke ? kenapa sampai nak macam ni sekali "

Qyra bangun perlahan lahan dan dia tidak berkata apa apa terus keluar dari rumah itu . Celine mengikut langkah nya .

****
Beberapa tahun kemudian ..

" Mummy , laura nak makan speggeti tau hari ni ! " pujuk laura sambil menarik narik lengan baju ibu nya .

" Ye baby lepas laura balik dari sekolah .. mummy bawa laura makan . Nak ? "

" Nak nak ..yeayyy !"

" Mummy , bila laura boleh jumpa papa ? mummy cakap bila laura dah tujuh tahun laura boleh jumpa papa "

" laura .. kita dah sampai sekolah ni .. nanti petang macam biasa mummy amik okay " kata qyra sambil mencuit hidung laura yang comel itu .

" Okay mummy " selepas salam dengan ibu nya laura turun dari kereta dan terus berlari masuk ke dalam sekolah nya .

Qyra termenung seketika , dia teringat janji nya pada laura . Mahu anak nya itu berjumpa dengan ayah dia sendiri . Tajuddin dan qyra telah berpisah setelah laura di lahir kan . Saat itu adalah saat yang paling sukar untuk dia kuat semula . Dia bernasib baik celine tetap bersama dia sehingga ke harini . Membantu dia membesarkan laura medina .

Dia dan tajuddin ada juga berhubung tetapi tidak selalu , apa yang di tahu tajuddin masih lagi ada dengan cafe nya yang kini semakin maju . Dia juga masih bersama puan laila . Mereka tidak bermusuh berbaik semula tapi tidak rapat .

" Assalamulaikum abang .." qyra menelefon tajuddin .
" Waalaikumsalam "
" Abang petang ni abang free ke ?"
" Free abang ada di cafe saja , kenapa tu qyra ?"
" qyra ingat ..qyra dah sedia .."
" bawa laura jumpa abang ?"
" Yup betul ..dia dah mula nak jumpa ayah dia"
" Alhamdulilah macam tu , nanti bawa la dia ke cafe . Kita makan di sini"
" okay abang ..inshaAllah "

Qyra memutuskan panggilan itu , dia sempat menoleh ke arah sekolah laura semula . Dia ternampak seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari kereta nya dan memandang ke arah kereta nya . Terkejut dia melihat lelaki itu . Qyra terus memecut laju kereta nya .

-bersambung-
(stay tuned)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience