" Aku dah ingatkan kau dah qyra , haish itulah kau ni degil .. kau nak buat baik aku faham .. tapi berpada pada lah .. kau tengok sekarang ni apa dah jadi ? " Marah celine sambil berdiri menghadap qyra yang sedang menangis di sofa .
" Aku tak sangka nak jadi sampai macam ni sekali , aku tahu aku salah "
" Aku dah agak dah ada benda tak kene dengan perempuan tu . Sangkaan aku betul .. at the end dia ex wife tajuddin "
Qyra hanya dia menuduk sahaja .. dia hilang kata kata ..
" Sekarang ni kau datang rumah buat apa ? kau nak biar taj dengan perempuan tu dekat rumah buat benda tak elok ke ? kau ni bodoh lah qyra "
" Biar lah ... aku kecewa dengan semua ni .. sampai hati taj cerita semua nya dekat dia "
"Aku tak rasa taj sebodoh tu nak buka aib isteri dia sendiri .. dah jom aku hantar kau balik .. kita selesai kan masalah ni malam ni juga " celine berlari naik ke bilik untuk mengambil kunci kereta dan barang yang penting .
****
" Termenung jauh nampak boss , okay ke tak ni ? " soal salah seorang pekerja nya.
" Eh mana ada .. saya okay je .. cuma lately ni penat sikit badan tak berapa larat " tajuddin kemudian nya memicit kepala nya yang terasa pening .
" Uish boss nak dapat baby lah tu " usik nya lagi kemudian berlari anak meninggalkan tajuddin disitu.
" Baby ? haish ada ada jelah " dia ketawa sendiri .
Tiba tiba ada panggilan masuk ke telefon bimbit nya .
" Hello ? laila ke "
" Ye abang .. abang balik sekarang .. qyra tolak laila jatuh tadi "
"What ? Kenapa qyra macam tu pula .. apa yang jadi ni ? "
" Saya cuma nak tolong dia dekat dapur tiba tiba dia nak marah "
" haish tunggu abang balik " tajuddin memutuskan panggilan itu .
" Wait .. kenapa aku panggil diri aku abang dengan laila ? .. kenapa aku risau sangat ni .." tajuddin hairan dengan tindakan nya yang spontan sebentar tadi .
Dia membuang jauh perasaan yang dia rasai ketika itu . Dia cuba memikirkan qyra sahaja . Beberapa kali dia cuba menelefon qyra tetapi tidak di jawab . Perasaan marah mula timbul .
Dia cuba lagi menelefon dan akhirnya di jawab .
" Qyra where are you ? kenapa tak angkat call dari tadi ?
" Hello , im sorry uncle qyra .."
"Pup ! " panggilan itu di padam . Alangkah terkejutnya tajuddin mendengar suara lelaki yang menjawab panggilan itu .
Perasaan marah nya semakin bertambah . Dia memandu laju ke rumah nya . Dia mula memaki hamun di dalam kereta .
****
" Celine ! did u see my phone ? " qyra menyelongkar beg tangan nya habis segala barang di keluar kan .
"Kau letak mana tadi " soal celine sambil memandu tangan nya juga meraba raba di kaki nya , takut terjatuh di kaki nya .
" aku tak ingat .. wait tadi aku masuk kan balik dalam beg .. and kita pergi rumah wana ...and .. "
" Tertinggal dekat rumah dia ? "
" Yeee ! its okay .. sekarang ni kita balik rumah dulu . And phone esok pagi boleh pergi amik "
"Alright , guna telefon aku beritahu wana pasal telefon kau tertinggal "
****
Tajuddin tergesa gesa masuk ke dalam rumah , keadaan rumah sangat sunyi . Dia berjalan ke arah dapur , kemudian dia ternampak susuk tubuh seseorang sedang terbaring di lantai . Tajuddin pantas berlari ke arah susuk tubuh itu .
Dia terkejut melihat puan laila tidak sedar kan diri . Dia cuba mengejutkan wanita itu tetapi tiada respon . Dia mengambil keputusan untuk mengangkat sahaja puan laila ke ruang tamu .
Tajuddin membaringkan puan laila di sofa ruang tamu . Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang . Tetapi tidak terjawab .
" Assalamulaikum " kedengaran ada yang mengetuk pintu rumah beberapa kali .
" Waalaikumsalam , sebentar ye " tajuddin menuju ke arah pintu rumah dan apabila pintu dibuka dia melihat beberapa orang lelaki .
" Kami dari JAIS ,encik tajuddin ke ? kami mendapat laporan encik berada di dalam rumah bersama seorang perempuan "
" Ye saya , saya duduk di rumah ini bersama isteri saya "
" Tetapi laporan mengatakan isteri encik tiada di rumah .. benarkan kami membuat pemeriksaan "
" Saya rasa kamu semua salah faham ni ..."
Mereka berempat terus masuk ke dalam rumah , dan apabila sampai di ruang tamu . Mereka melihat puan laila terbaring .
" Siapa wanita ni ? "
Sementara itu qyra dan celine baru sampai , mereka melihat rumah itu seperti didatangi orang luar . Qyra pantas melangkah masuk ke dalam rumah .
" Ye yang ini isteri saya .. semasa saya baru pulang dari kerja isteri saya jatuh pengsan didapur . Jadi saya bawa nya ke sofa " terang tajuddin pada mereka .
Qyra yang baru sampai di situ , apabila mendengar kata kata tajuddin hati nya seperti dihiris dan pedih sekali .Alangkah terkejutnya dia apabila tajuddin berkata begitu .
" Iye betul .. itu isteri dia saya anak saudara dia .. " katanya sambil menahan sebak di dada .
" Nampaknya kami salah faham disini , terima ye encik tajuddin kerana memberi kerjasama pada kami "
Selepas bersalaman dengan tajuddin mereka berempat beransur keluar dari rumah itu . Celine juga turut keluar dia tahu qyra ingin selesaikan masalah rumah tangga nya sendiri .
" What are you doing ? " soal qyra sambil berjalan menuju ke arah tajuddin .
" Patut nya soalan itu abang tanya pada qyra . Mana qyra pergi ? kenapa lelaki yang jawab telefon qyra ? " mendengar kata kta itu dia menggeleng perlahan .
" Itu bukan alasan abang nak buat macam ni pada qyra ! " suaranya agak tinggi .
" Awak tengah bercakap dengan siapa ni qyra ? kenapa awak tinggi kan suara awak tu " soal tajuddin dia masih menahan marah nya .
" Perlu ke qyra hormat abang ? suami yang buka aib isteri dia pada orang luar "
" Qyra jangan cabar abang "
Sementara itu wana dan ebal baru sampai di pekarangan rumah , dia melihat celine sedang berdiri di luar rumah dengan wajah yang gusah .
" What happend ? mama aku ada lagi ke dekat dalam ? " soal wana sambil mengitai dari pintu rumah .
" Aku rasa taj marah qyra sebab tadi aku yang jawab panggilan tu "
" What ! " terkejut celine mendengar kata ebal .
" Kita masuk sekarang tolong selesaikan salah faham dia orang " kata wana sambil membuka pintu rumah itu .. apabila mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah itu ..
" Yee memang kau perempuan murahan .. lelaki lain yang dapat sentuh kau dulu dari suami sendiri . Banyak aku tahan dengan kau .. kau yang nak aku cakap macam ni kan ? puas hati kau ? Puas ! " tengking tajuddin pada qyra .
" Jaga mulut kau taj , how dare you cakap macam tu dekat isteri kau depan orang luar " celine menolak tajuddin dia pantas menarik qyra . Qyra hanya terdiam , dia terkedu mendengar kata kata tajuddin itu .Dia tidak menjangka bahawa tajuddin akan berkata begitu .
Celine menarik qyra keluar dari rumah , tetapi sampai di muka pintu , qyra menoleh ke arah tajuddin .
" Betul cakap abang .. qyra memang teruk .. qyra tahu abang dah lama pendam semua ni kan .. " airmata nya yang ditahan akhirnya jatuh .
" takpe abang .. qyra faham .. rupanya qyra dah salah anggap pada abang .. sangkaan qyra betul abang masih sayangkan aunty laila .."
" Qyra .."
" Dah abang takpe .. qyra boleh pergi .. qyra ..qyra izinkan abang bernikah dengan aunty laila.. "
Qyra kemudian nya berlari keluar dari rumah itu . Dia terus masuk ke dalam kereta celine . Wana dan ebal yang berada disitu turut terkejut dengan apa yang terjadi . Wana melihat puan laila seperti baru bangun dari baring nya ..
" uncle ..semua ni salah faham , lelaki yang jawab panggilan tu ebal bukannya orang lain " terang wana .
" And uncle salah faham selama ni , kita orang tak pergi honeymoon pun . Wana dan mama ada salah faham sikit maybe sebab itu dia datang cari uncle balik "
Tajuddin masih mendiam kan diri ..
" So sekarang qyra tak salah apa pun and kami datang nak jemput mama balik .. harap uncle dapat berbaik semula dengan qyra " kata ebal sambil menghampiri puan laila .
" No .." Tajuddin kemudian tersenyum sinis ..
" uncle akan nikah dengan mama .. itu yang qyra nak kan . uncle akan buat .. jangan cabar uncle "
Wana dan ebal terkejut setelag mendengar kata kata tajuddin itu . Puan laila pula tersenyum gembira . kemenangan kini berpihak pada nya juga .
****
Celine menghantar qyra pulang ke rumah encik zikri . Dan apabila sampai dihadapan rumah ayah nya qyra meluru masuk dan menuju ke bilik encik zikri . Hanya lelaki itu sahaja yang dapat memahami keadaan nya pada masa itu . Hatinya sunggu kecewa . Perasaan benci mula hadir di dalam hatinya .
" Ayah .. " apabila pintu dibuka qyra melihat encik zikri sedang baring di katil . Qyra perlahan lahan menghampiri lelaki itu .
Qyra duduk disisi ayahnya , dia mencium dahi encik zikri . Walaupun ayahnya tidak sedar qyra tetap menceritakan segala apa yang terjadi padanya . Dia bercerita sambil ditemani dengan air mata . Qyra mengangkat kepalanya dari bahu encik zikri . Dia hairan melihat keadaan ayahnya yang tidak memberi apa apa respon .
" Ayah ... ayah qyra ada dekat sini .." qyra menepuk perlahan tangan ayahnya untuk mengejut encik zikri dari tidurnya .
" Ayah ..bangun ayah ..jangan buat qyra risau " qyra sudah mula panik . Dia meletak kan jari nya di bawah hidung encik zikri untuk merasa nafas nya .
" Ya Allah ayah bangunn ! " airmatanya makin laju membasahi pipi nya .
Ternyata encik zikri telah menghembuskan nafas terakhirnya di situ . Kini qyra kehilangan ayah nya yang disayangi . Masalah yang timbul tidak selesai ditambah pula dengan pemergian ayahnya . Cukup berat ujian untuk qyra pada ketika itu .
Selepas pemergian ayah nya , qyra tidak banyak bercakap . Dia hanya menangis dan duduk sendirian di rumah ayah nya . Mata nya yang sudah bengkak akibat selalu menangis .
" Berat nya ujian untuk ku ya Allah "
- bersambung -
(maaf update pendek je untuk sementara ni sebab kekangan masa harap masih setia menunggu )
Share this novel
kasiannyalah Qira..update banyak2 pleas..