Wana teragak agak ingin masuk ke dalam rumah mewah itu . Dia menekan loceng beberapa kali . Kemudian keluar perempuan pertengahan umur .
" Siapa tu ? Saya tak berani nak buka pintu pagar waktu malam macamni " katanya dari muka pintu rumah .
Wana hampir menangis mendengar suara itu . Dia seperti hilang kata kata sebentar . Dia memberani kan diri nya itu bercakap .
" Mama .. ni wana datangg .. "
" Wana ? Wana tunggu sayang mama buka pintu " perempuan itu berlari membuka pintu pagar .
Dia melihat keadaan wana yang pucat lesi , dan tidak bermaya . Apabila dia memeluk wana , gadis itu terjatuh dalam pelukan nya .
"Wana bangunn ! wana ! "
Wanita itu kemudian memanggil orang gajinya untuk membantu dia mengangkat wana . Mereka berdua memapah wana sehingga ke dalam rumah dan baring kan dia di sofa .
" Bik , kamu tolong ambil kan air dengan kain " arahnya .
" Baik pn laila " orang gajinya berlari ke dapur untuk mengambil air dan kain .
" kenapa dengan wana ni " Pn laila mengusap gusap rambut anak nya itu .
****
" Aku kalau aku nak sesuatu tu aku akan dapat kan dia macam mana sekali pun .. kau faham " dia membelai pipi lembut wanita itu .
" Kau nak apa lagi ? Tolong lah lepas kan aku " rayu wanita itu dalam keadaan takut .
" Apa ? aku tak dengar .. nak lepas ye .. nak lepas .. amik ni " Lelaki itu menampar pipi nya berulang kali sehingga terluka di bibir nya .
"Kau ni gila ! gilaa !! lepaskan aku " lelaki itu menarik rambut wanita itu sekuat hati , dia bawa wanita itu sehingga ke balkoni yang luas .
" kalau nak lepas biar kita mati sama sama " dia terjun dari balkoni itu sambil menarik tangan wanita itu ..
" Tolongggg !! " qyra terjaga dari mimpi nya , wajah nya berpeluh peluh . Tangan nya kembali menggigil . Dia kemudian menangis ketakutan .
" Qyraa ? Qyra kenapa tu ? " tajuddin bergegas masuk ke dalam bilik nya dan dia mendapatkan qyra .
" Qyra awak kenapa ni ? Pandang abang " dia mendongak kan qyra . gadis itu betul betul dalam ketakutan .
" Qyra .. takut abangg "
" Jangan takut , selagi abang ada .. abang akan jaga qyraa " Tajuddin memeluk qyra dia menenangkan gadis itu ..
Tajuddin membaringkan qyra , dan dia menarik selimut itu semula . Dia melihat qyra sudah terlelap dia bangun untuk keluar dari bilik itu .Tetapi apabila dia melangkah bangun qyra menarik tangan nya .
" Abang teman qyra tidur malam ni boleh ?" pinta qyra dengan riak wajah yang manja itu .
" Tak takut ke abang teman kan awak tidur "
Qyra menggeleng , dia menepuk bantal di sebelah nya dan menyuruh tajuddin baring di sebelah nya . Tajuddin tersenyum melihat gelagat isterinya malam itu .
" Okay sekarang tidur , abang ada dekat sebelah jangan takut tau "
Qyra pusing ke arah tajuddin disebelah , kini kedudukan mereka baring sambil bertentangan mata . Dia tersenyum manis pada suaminya .
" Apa lagi awak nak ni ? " tajuddin ketawa kecil sambil mencuit hidung qyra .
" boleh tak qyra nak tidur sambil peluk abang .. qyra takut mimpi buruk lagi "
" Manja rupanya isteri abang ni , alaa qyra ni .. okay dekat sikit " qyra meletakkan kepalanya didada tajuddin , tangan tajuddin menlingkari pinggang isterinya .
" Goodnight abang " qyra kemudian nya memelelapkan matanya .
" Goodnight sayangg " tajuddin memerhatikan qyra yang sedang tidur . Dia mencium dahi isterinya .
Tajuddin memerhatikan wajah isterinya sedang lena tidur . Dia kemudian perlahan lahan mengangkat qyra dan baringkan dia di sebelah . Dia membelai pipi lembut itu , dan dia menberi ciuman di pipi isterinya . Kemudian tajuddin melangkah keluar dari bilik tidur qyra . Sempat dia mengitai isterinya yang nyenyak tidur itu .
Dia cukup memahami perasaan qyra ketika itu , dia masih dalam keadaan takut dan terkejut . Dia akui dia sudah mula sayang pada qyra , tetapi cintanya pada gadis itu belum hadir lagi . Dia tak mahu memaksa qyra untuk sayang dan cinta pada nya kerana itu pilihan qyra sendiri .
****
Wana perlahan lahan membuka mata nya , dia cuba untuk bangun tetapi kepalanya terasa berat sangat . Dia mencuba untuk duduk dan bersandar .
" Wana dah bangun ? Ni mama ada buat breakfast untuk wana " Wana tersenyum melihat pn laila berjalan ke arah nya sambil membawa dulang .
" Terima kasih mama " Qyra menghirup secawan teh yang masih panas .
" Anak mama kenapa sebernanya ni ? Muka pucat lesu badan lemah sekejap lagi nanti kita pergi klinik ye ? "
" Eh takpelah mama , wana cuma penat je lately ni , lepas makan ubat sikit okay lah ni . Jangan risau tau mama " puan laila hanya senyum melihat wana . Dia kemudian naik ke katil dan duduk di sisi anak nya .
" Wana ada masalah ke sayang ? "
Wana hanya diam dan menggeleng , tiba tiba telefonnya berbunyi dan panggilan itu dari ebal . Dia memandang ke arah puan laila ..
" Siapa tu ? angkat lah "
" Kawan , tak nak lah ..wana nak rehat "
" Biar mama jawab kan , mama bagi tahu dia wana nak tak sihat " terkejut dengan kata kata mama nya wana terus mengambil telefonnya dan terus menjawab panggilan itu .
Melihat tindakan itu , puan laila bangun dan keluar dari bilik itu . Dia sempat senyum pada wana dan menyuruhnya berehat sahaja .
" Hello , kenapa u call i ni ? "
" Hey wana , where are you ? i cari u dari semalam lagi ."
"kenapa u nak cari i pulak ? kita dah takde apa apa lagi u faham tak ? " wana terus memutuskan panggilan itu .
Dia duduk memeluk lututnya sambil menangis di atas katil . Dia menyesal dengan semua yang terjadi apabila dia teringatkan kata kata ebal padanya membuatkan dia kecewa . Wana buntu dia ada meminta bantuan celine tetapi celine enggan menolong nya . Kerana kesilapannya dia membuat dua orang sahabat nya benci pada diri nya . Mungkin ini karma untuk nya .
****
Qyra mengeliat di sambil menraba raba bantal disebelah nya . Dia melihat tiada tajuddin di sebelahnya . Dia pantas bangun dan menuju ke bilik mandi . Semasa di bilik mandi dia , qyra melihat luka pada leher nya . Melihat luka itu membuatkan dia trauma .
Selesai mandi dia turun ke bawah , keadaan rumah sunyi . Dia pusing pusing mencari tajuddin , tetapi tiada . Dia duduk di sofa dan mendail nombor tajuddin .
" asslamulaikum .. abangg "
" waalaikumsalam , qyra dah bangun ? " tersenyum dia apabila dapat mendengar suara tajuddin di talian .
" Dah , abang pergi mana ? "
" oh abang minta maaf tak kejutkan qyra , abang pergi cafe . Hari ni nita takde so abang kene masuk "
" oh takpelah macamtu "
" Sarapan abang dah siapkan atas meja makan , and lagi satu qyra jangan keluar pergi mana mana ye . Gate rumah abang dah lock tadi . kunci ada dekat tepi pasu bunga "
" Okay abang "
" takecare ye qyra , ada apa apa call abang "
selesai berbual dengan tajuddin qyra tersenyum senang . Tajuddin betul betul sayangkan nya . Dia pantas menuju ke meja makan untuk bersarapan .
Selesai bersarapan , qyra duduk di ruang tamu sambil membuat kerja nya yang masih belum siap . Semua email yang di kirim oleh celine dia periksa satu persatu . Sedang sibuk membuat kerja tiba tiba dia terdengar seperti ada orang berjalan dia bahagian belakang rumah . Tersentak dia mendengar bunyi itu .
Dia bangun perlahan lahan dan menuju ke arah pintu dapur dia melihat pintu berkunci , qyra berlari ke seluruh tingkap , pintu kaca untuk memastikan ianya berkunci . Tiba tiba ada yang mengetuk pintu rumah dengan kuat sekali . Qyra panik dia mencapai telefon bimbitnya dan berlari naik ke bilik .
"Angkat la abang , please " berulang kali dia menelefon tetapi gagal . Qyra cuba lagi mendail nombor tajuddin .
"Hello hello abangg ! abang balik sekarang ada orang cuba nak masuk rumah kita " tiba tiba panggilan terputus ..
****
" Qyraa ? hello qyra ?" tajuddin pantas bangun dan meninggalkan ruang pejabtnya , dia berjumpa dengan beberapa orang staff nya dan memaklum kan kepada mereka yang dia perlu bergegas balik .
Tajuddin berlari masuk ke dalam kereta nya , dalam keadaan panik . Dia tidak melihat kenderaan lain . apabila dia ingin mengundurkan kereta nyaa ...
" Pinn !! " keretanya telah berlanggar dengan sebuah kereta .
" Shit ! " tajuddin bergegas keluar dia melihat keadaan keretanya .
" ah sikit je ni " apabila dia ingin masuk semula ke dalam kereta tiba tiba ada satu suara .
" Saya minta maaf encik , saya tak sengaja ."
Mendengar suara itu , jantung tajuddin berdegup laju . Suara yang sudah lama dia tidak dengar . Dia menoleh ke arah suara itu ..
" saya minta maaf sekali lagi " wanita itu juga seperti terpaku melihat lelaki dihadapan nya itu .
" Tajuddin "
Tajuddin tersedar dari lamunan nya ..
" Tolong alihkan kereta awak , saya nak cepat ! " tajuddin terus masuk ke dalam kereta nya . Dia memegang dada nyaa , dia terasa seperti bermimpi . wanita yang selama ini dia cari dan cintai berada di hadapan mata nya .
Wanita itu menuju ke arah pintu kereta tajuddin dia mengetuk cermin kereta tajuddin . Tajuddin mengendahkan nya sahaja . tetapi dia masih disitu .
" awak nak apaa ! " suaranya agak meninggi apabila dia menurunkan cermina kereta
" abangg laila minta maaf .. tolong maafkan laila abangg " wanita itu sudah menangis dan merayu pada tajuddin
" Tepi kan kereta awak sekarangg ! saya tak kenal awak siapa " dia menaikkan semula cermin itu . melihat tindakan tajuddjn itu wanita itu pantas menuju ke arah keretanya .
- akan ada sambungan :) -
Share this novel