chapter 9

Short Story Series 9802

" Ye ayah , qyra ingat pesan ayah tu . Lagipun sekarang ni pun qyra rushing nak pergi clss . Ayah tu jaga diri okay . Anything terus bagitahu qyra atau taj okay " qyra turun ke bawah dia melihat tajuddin sedang menyiapkan sarapan .

" Taj nanti kau tolong tengokkan ayah boleh ? Aku habis clss lambat hari ni ada group discussion "

" Okay nanti saya pergi lah , awak sarapan lah dulu saya dah siapkan ni "

" Aku dah lambat lah lenkali jelah "

"Ha takpe saya dah letak dalam bekal ni , nanti sambil drive awak boleh makan "

" Kau ingat aku budak budak ke " qyra pantas jalan meninggalkan bekal itu di meja .

Apabila sampai dihadapan muka pintu , dia rasa serba salah dengan sikapnya itu . Dia masuk semula dan mengambil bekal yang disediakan oleh taj .

" Thanks pakcik , aku pergi dulu " Tajuddin tersenyum melihat qyra mengambil bekalnya itu .

****
Qyra dan celine fokus ketika waktu pembelajaran bermula , sesekali celine menjeling ke arah wana yang berhampiran dengan mereka .

" Babe cuba kau tengok wana tu , muka dia pucat je lain macam lah " celine berbisik pada qyra . Qyra kemudiannya menjeling ke arah wana .

" Tak sihat maybe , ala biarlah celine . Ebal ada boleh jaga diaa .. eh dah dah prof dah masuk "

" Okay attention please , harini saya nak perkenalkan kepada kamu semua pelajar baharu yang akan sertai kita , kenal kan tashriq "

Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik itu , lelaki yang tinggi lampai bahunya yang lebar itu serta wajahnya persis lelaki korea dek kerana kulitnya yang cerah itu . semua pelajar wanita mula tumpukan perhatian kepada pelajar baru itu .

Selepas memperkenalkan diri , Prof zubir menyuruh tashriq mengambil tempat duduk di sebelah celine .

" omaigad babe , hot guy tu duduk sebelah aku lah " celine agak teruja apabila tashriq mengambil tempat disebelahnya

Qyra hanya menggeleng melihat telatah rakannya itu . Tashriq bersalaman dengan celine , apabila dia melihat qyra yang berada di sebelah celine dia seperti terpaku melihat kejelitaan wanita itu .

" Hi tash " tashriq menghulurkan tangannya pd qyra .

" Hi qyra , nice to know you " dia menyambut tangan tashriq yang dihulur itu .

Semasa pembelajaraan bermula , tashriq asyik melihat ke arah qyra yang tekun membuat kerjanya . sesekali dia melihat wanita itu tersenyum sambil menyelak rambutnya ke belakang telinga . Qyra seorang yang sungguh manis dan dia sebernanya tidak lah sombong cuma ego sahaja ..

" Jadi saya nak tengok our last assigment ni ada di atas meja saya or email before cuti . Awak semua ada banyak masa untuk siap kan . Boleh pilih sendiri ahli kumpulan masing masing . So see you guys our next clss " Selesai memberi penerangan Prof zubir keluar dari bilik itu .

" So celine , lagi seorang sahaja "

" Boleh saya join awak berdua ? " tashriq tiba tiba mencelah .

" Boleh boleh takde masalah , kitaorang memang tak cukup ahli pun " qyra menyiku celine kerana rakannya itu terlalu teruja dari tadi .

"Kita taktahu dia macam mana lagi , kau senang je amik dia masuk group kita "

" Saya boleh buat assigment ni dengan baik , jangan risau . korang tak menyesal pilih saya " tashriq sempat senyum pada qyra .

" haish okay lah , asalkan boleh kerjasama "

" sure "

" So kita pergi cafe then terus pergi library lah untuk discuss , okay ? " celine memberi cadangan . kedua dua mereka setuju sahaja .

Apabila mereka ingin keluar dari bilik itu tiba tiba wana berlari dan terlanggar qyra dia kemudiannya termuntah pada baju qyra .

" Ewyyy , kenapa dengan kau ni wana ? " qyra mula panas hati dia ingin marah tetapi di tahan celine .

" im really sorry , aku tak sengaja tak tahan nak muntah "

" haish kau ni menyusahkan orang betul lah , tepi lah " qyra menolak wana ketepi . qyra berlari ke arah tandas untuk mencuci muntahnya itu .

" Qyra .. amik ni . Its okay awak boleh pakai hoodie saya tu "

" Thanks tash , awak pergi lah cafe dulu dengan celine nanti saya datang "

Tash senang hati dapat berikan qyra pinjam baju nya , dia kemudiannya menuju ke arah cafe bersama celine ..

Qyra membetulkan rambutnya dihadapan cermin , selesai menukar baju dia ingin keluar dari tandas tiba tiba ada panggilan masuk .

Dia melihat nama tajuddin tentera disitu ..

" eish apa dia nak ni ? dah cakap dah kalau aku kt Uni jangan call takfaham bahasa betul " qyra tidak menjawab panggilan itu .

Qyra , celine dah tash sibuk berbincang , qyra masih tidak menjawab panggilan dari suaminya itu . Dia membiarkan sahaja . Lebih kurang 2 jam kemudian mereka berehat sebentar . Qyra melihat 10 panggilan masuk yang tidak jawab dan 1 mesej yang tertulis ..

" Kenapa tak jawab call , ayah sakit saya di hospital sekarang "

Qyra terkejut melihat mesej itu , dia berbisik pada celine dan menunjukkan mesej itu .

" I have to go now , nanti kita sambung discuss lagi " qyra pantas bangun dan berlari keluar dari perpustakaan itu .

" Kenapa dengan qyra ? "

" Ayah dia sakit , so dia kene pergi hospital sekarang "

" ouh i see " tashriq hanya mengganguk .

" So kita discuss dulu then nanti i update dekat qyra "

****
Qyra menyalahkan dirinya tidak menjawab panggilan tajuddin dari tadi , dia terlalu risau . Sejak ayahnya memberi tahu nya mengenai penyakit kanser yang dihidap oleh ayahnya , qyra tidak senang hati .

Sampai dihospital dia melihat tajuddin sedang menunggu dia luar bilik pesakit . Dia menuju ke arah suaminya .

" Macam mana dengan ayah ? ada apa apa serius ke ? " qyra begitu panik .

" Qyra calm down , duduk dulu doc tengah buat pemeriksaan . Dari tadi lagi saya tunggu dekat sini doc masih tak keluar "

" kan aku suruh kau tengok ayah , kau buat apa ? menggatal dengan nita ke ? "

"Apa awak merepek ni ? "

" eish dahlah , takboleh harap langsung "

Tajuddin diam dia tidak mahu berdebat dia tahu bagaimana sikap isterinya itu makin di cakap makin dilawannya .

Sejam kemudian , seorang doktor perempuan keluar dari bilik rawatan itu . Riak wajahnya mendebarkan mereka berdua .

" Macam mana dengan ayah saya doktor ? "

" Awak anak dia ke ? "

" Ye saya , ada apa apa yang serius ke doktor ? "

" Okay begini cik , ayah awak masih dalam rawatan apa yang kami dapati sel kanser yang ada sudah semakin merebak . Kami akan buat yang terbaik untuk ayah awak . Harap awak terus berdoa ye . Lagi satu buat masa ni sesiapa tidak dibenarkan masuk melawat encik zikri "

" Baik doktor , terima kasih "

Begitu sedih hatinya mendengar berita itu , dia belum bersedia untuk kehilangan ayahnya pula . Dia rasa serba salah tidak datang mengenjuk ayahnya pada hari ni , dia melihat tajuddin berdiri dihadapan pintu . Dia juga rasa serba salah memarahi lelaki yang tidak bersalah itu .

Airmatanya gugur apabila teringat akan keadaan ayahnya . Dia jalan perlahan ke arah tajuddin .

" Doktor cakap apa ? macam mana dengan ayah ? "

" Ayah .. sel kanser tu .. " qyra tidak dapat menghabiskan kata kata nya .

" hey jangan nangis qyra sabar " Tajuddin menarik qyra ke dalam pelukannya , erat sungguh pelukan itu .

" Kita kene banyak doa okay , dah jangan sedih kalau sedih kesian dekat ayah " perlahan lahan qyra membalas pelukan suaminya itu ..

Tiba tiba seseorang datang dan menegur mereka berdua .

" Hey qyraa " Qyra dan tajuddin terkejut dan mereka terus meleraikan pelukan itu .

"Hey tash , what are you doing here ? "

" Erm just now yang u sedang bercakap tu actually my mom " tashriq menunjuk ke arah doktor yang berbual dengan qyra sebentar tadi .

" Ouhh .. but the way ni uncle i "

" uncle tajuddin " taj menghulurkan tanganya pd tashriq

" Tashriq "

" So qyra uncle nak pergi solat dulu , nanti apa apa call ye , okay uncle minta diri dulu " tajuddin meninggalkan mereka berdua disitu dan berjalan terus keluar dari hospital itu .

" What uncle ? heshh " marahnya sendiri apabila qyra memperkenalkan dirinya sebagai pakcik .

" So how about your dad ? "

" duduk lah dulu "

Qyra dan tashriq berbual bual disitu , tashriq begitu mengambil berat mengenainya . Mereka bukan sahaja berbual malah sambung berbincang mengenai project mereka itu .

Hari semakin lewat qyra masih belum dapat melawat ayahnya , doktor meminta dia datang semula ke esok kan hari nya . Tashriq masih menemani nya .

Qyra keletihan dia tertidur di situ , tashriq yang berada di sisinya itu menenung wajahnya yang sedang tidur itu . Dia cuba merapatkan wajah perlahan lahan .. tiba tiba

" Erhmm erhmm " dia terkejut mendengar suara itu . Dia lantas pusing menoleh ke arah suara itu .

" Ouh uncle , qyra dia dah tidur . saya ingat nak kejutkan dia "

"Its okay , uncle boleh kejutkan dia . tashriq kalau nak balik boleh balik . Terima kasih teman kan qyra sampai malam ni "

" ouh okay uncle , saya minta diri dulu " tashriq bangun dan mencapai beg sadangnya .

Tajuddin menggeleng melihat tindakan tashriq sebentar tadi . Dia kemudian melihat ke arah isterinya yang sedang tidur itu . Dia mengemas kertas kerja yang ada di situ dan masukkan ke dalam beg qyra .

" Qyra bangunn , kita balik ye . Awak tidur dekat rumah ya. " tajuddin cuba mengejut qyra tapi masih tidak bergerak .

" Qyra bangun , kita balik "

" Hm tak nak , nak tidur nak tidur " tidak sengaja qyra memeluk lengannya secara tiba tiba .

" haish dia ni mula lah ni , kalau tidur memang takboleh nak bangun langsung "

Tajuddin mengambil beg qyra terlebih dahulu , dia kemudiannya mengangkat qyra pulak . Dia berjalan keluar dari hospital , sempat jugak jururawat jururawat di situ melihat ke arah nya .

" Nampak macam dah berumur tapi , kuat lagi tu . hensem pulak " kata salah seorang dari mereka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience