chapter 14

Short Story Series 9905

" Abang pergi cafe sekejap je , dalam pukul 3 macam tu abang datang sini balik . Anything call abang okay sayang " Sempat dia memberikan ciuman di pipi kanan qyra . Celine yang berada disitu tersenggih melihat mereka .

" Okay abang , celine ada teman qyra .. abang jangan risau okay "

" Dont worry taj , i dekat sini sampai u datang balik "

" Okay thank you celine "

Mereka berdua hanya melihat tajuddin melangkah keluar dari bilik itu .

" Babe , duduk sini " qyra beralih sedikit , dia menyuruh celine duduk di sebelah nya di atas katil .

" Thank you sebab tolong aku .. kalau kau takde mesti tashriq dah bunuh aku .. aku takut sangat ..aku .. " Dia tidak mampu menghabiskan kata kata nya ..

" Babe .. jangan macam tu .. tak perlu pun cakap macam tu .. bersyukur tuhan masih bagi kau peluang lagi .. apa yang jadi ke atas kau tak akan ada sesiapa pun tahu .. Aku dah uruskan semua tu kau jangan risau okay " Qyra kemudian memeluk celine di sebelah nya .

" You know what babe , i really love taj .. Aku dah buka hati aku untuk dia .. cuma aku je rasa diri aku kotor "

" Kenapa cakap macamtu qyra .. tak baik tau "

" Suami aku sendiri tak sentuh aku .. tapi orang lain .. " airmatanya mula menitis , sedih jika di ingat kembali .

" Jangan macamtu qyra , aku tahu semua ni susah untuk kau .. tapi aku nak kau ingat apa sekali jadi pun , aku , taj ayah kau sayang kan kau sangat . kitaorang akan jaga kau qyra "

Tiada kata kata yang mampu di ungkap kan hanya pelukan dan tangisan itu sahajaa yang mampu dilakukan . Dia lah orang paling tersakiti pada masa itu .

" Kau rasa taj akan tinggalkan aku tak ? " qyra kemudian menoleh ke arah celine .

Celine hanya menggeleng dan memeluk qyra .

****
Tajuddin temenung ke arah luar cafe , fikiran nya bercampur baur . pelbagai perkara bermain di minda nya . Sesekali dia teringat saat dia bertemu dengan perempuan semalam itu . Perempuan yang membuat nya separuh gila , cinta pertama nya .

Tiba tiba segala kenangan manis bersama laila di imbau kembali , dia tiba tiba terasa sebak di dada . Mana mungkin perkara itu dapat diulangi lagi . Kerana kebahagiaan nya yang sekarang hanya lah nurqyra sahaja . Apa sahaja yang jadi dia tetap memilih qyra .

" Harap tak jumpa lagi lah " Dia kemudian nya bangun dan menuju ke arah kaunter cafe nya .
Tiba tiba dia mata nya tertatap ke arah pasangan kekasih yang baru sahaja menlangkah masuk ke cafe itu .

" Kawan qyra and lelaki tu mungkin teman lelaki dia "

Tajuddin berjalan ke arah mereka untuk mengambil pesanan , sahaja dia ingin bertegur sapa dengan mereka berdua .

" Makan apa encik ? "

" Bagi saya orange juice .. eh uncle "

" Ebal ? " tajuddin kemudian nya senyum pada mereka berdua . Wana mengenali lelaki itu tetapi tidak tahu siapa kah dia .

"tajuddin qyra husband " kata ebal pada wana .

" ouh i see , wana nice to meet you " wana bersalaman dengan tajuddin .

" Ya nice to meet you too "

" How about qyra , dia okay ke ? "

"Alhamdulilah so far qyra okay , cuma terkejut and maybe trauma sikit lepas kejadian itu " Dia serba salah ingin menjawab soalan itu .Dia berharap agar tiada sesiapa yang tahu mengenai kejadian yang baru berlaku terhadap qyra .

Mereka berdua hanya mengganguk , selesai mengambil pesanan tajuddin langkah masuk ke arah dapur .

" What happend ? ada apa apa jadi pada qyra ke ? kenapa i taktahu "

" Budak baru nama tashriq , u kenal kan ? "

" Ya i kenal , satu class ... wait ouh jadi nya qyra lah yang kene ganggu dengan dia hari itu "

Ebal menggaguk sahaja . Kemudian mereka kembali senyap .

" So kenapa you nak jumpa i ? i ingat kita dah break up "

" Ye sepatutnya macam tu lah tapi i fikir kan diaa .. " wana mengusap perut nya yang semakin membesar itu .

" im sorry baby , i tahu i buat salah . i tak patut cakap macam tu pada you . "

" I nak kita kahwin , duit apa semua you jangan risau kita guna duit i dulu . "

" Hm , kita kahwin okay . Selepas kahwin i akan cari kerja sambilan . jangan risau i akan jaga you baby and our little baby " wana tersenyum mendengar kata kata ebal itu .

Tanpa mereka sedari sebernanya perbualan itu di dengari oleh tajuddin yang sedang mengambil pesanan di meja berhampiran . Dia hanya menggeleng sahaja .

****
Tajuddin memapah qyra masuk ke rumah , badan nya banyak kesan lebam dan disebabkan itu badan nya sakit dan tidak boleh berjalan seperti biasa ditambah tangan nya di simen kerana tulang nya retak .

" Sayang tunggu sini dulu , abang naik kemas bilik sekejap "

" Baik abang " qyra sandar pada sofa dan dia mencapai telefon bimbit nya , terdapat banyak panggilan masuk yang tidak di jawab dari kenalan nya serta mesej . Dia letak kan kembali telefon nya itu .

Dia memandang ke arah kolam di luar rumah nya .. tiba tiba dia teringat akan kejadian yang berlaku ..

" Lepas kan aku tashriq .. aku merayu " qyra meronta minta di lepaskan . tetapi tashriq mengendahkan sahaja .

" tashriq sakit .. lepaskan aku binatangg " dia mengetuk belakang kepala tashriq dengan sesuatu yang dapat dicapai .

tashriq terjatuh baring dan mengerang kesakitan . Qyra bangun perlahan lahan dan berlari ke luar rumah .. dia tidak mampu untuk berjalan dengan laju tiba tiba kaki nya tersadung di batu dan dia terjatuh di dalam kolam .

Apabila dia cuba untuk keluar dari kolam itu , tiba tiba tashriq datang dan lompat ke dalam kolam . Dia menarik rambut qyra dan dia menekan kepala qyra masuk ke dalam air . Berulang kali dia buat begitu .

" Tashh ..." qyra terbatuk batuk kerana hampir lemas .

" Aku merayu ...lepaskan aku .. "

" selagi aku tak puas jangan harap aku lepaskan kau " ....

" Ahhhhh , pergi pergi " qyra tiba tiba mengamuk dia mencampak semua bantal di sofa . Dia menjerit jerit habis semua barang di meja di campak ..

Qyra duduk di tepi sofa sambil memeluk lutut nya .. Dia menangis semahu mahu nya .

" Ya Allah qyra kenapa sayangg " terkejut tajuddin melihat ruang tamu nya dalam keadaan begitu . Dia mencari kelibat qyra .

" Qyra .. qyra kenapa ni " Tajuddin berlari ke arah qyra dia memeluk qyra dengan kuat sekali .

" qyra pandang abang , tengok abang sayang " Dia melihat anak mata isterinya yang mengenang denga air mata . Dia faham maksud air mata itu .

" qyra ... takut sangat abang ... tolong jangan tinggalkan qyra "

" Sayang abang adaa .. pandang abang .. abang jaga qyra abang janji tak tinggal qyra lagi . " tajuddin mencium dahi isterinya dan mengusap belakang isterinya itu .

Tajuddin mengangkat qyra sehingga masuk ke dalam bilik ..

" Qyra tidur dengan abang tau mulai sekarang " qyra memaut leher tajuddin hanya tersenyum dan mengganguk .

selesai meletakkan qyra di katil , dia mengambil air dan berikan qyra ubat . Dia mengambil sikat dan getah rambut . Di sikat lembut rambut isterinya itu dan di ikat kemas .

Dia mengambil krim dan di sapu dibahagian lebam pada badan qyra . kesan luka tempoh hari masih belum sembuh di tambah pula dengan lebam pulak . Sebak rasanya melihat keadaan qyra .

" Boleh abang sapu ubat ni , atau qyra nak buat sendiri "

" Abang sapu kan "

Tajuddin sapu kan di leher dada dan bahu qyra , semakin lama wajah mereka semakin dekat . tiba tiba mata mereka bertentangan . lama mereka dalam begitu . Tajuddin menaik kan tangannya di belakang kepala qyra , perlahan lahan mereka merapatkan wajah mereka .

Akhirnya tajuddin memberikan ciuman pada bibir qyra , qyra yang tadi hanya diam tiba tiba membalas ciuman itu . Lama mereka dalam keadaan begitu . Terasa seperti lama qyra kemudiannya melarikan wajahnya dari tajuddin .

" Erkk , abang minta maaf " dia terasa serba salah pula .

" Kenapa minta maaf , abang kan suami qyra " dia tersenyum manis .

" Hari ni sayang nak makan apa ? abang masak kan "

" Sayang ... nak .. makan abanggg ! " dia kemudian ketawa .

" Ey mengada dia yee " tajuddin mencuit hidungnya dan mengusap pipi nyaa .

" Qyra belum rasa nak makan lagi , apa masak je apa apa qyra makan . cuma sekarang qyra nak rehat sekejap "

" Okay sayangg "

****
Beberapa minggu kemudian ..

Wana dan ebal menjemput rakan rakan rapat mereka untuk menghadiri majlis pernikahan mereka di kediaman wana . Mereka berdua telah meminta maaf pada qyra , dan mereka mula merapatkan balik hubungan persahabatan mereka .

" Abang cantik tak sayang pakai macam ni " qyra berdiri di hadapan tajuddin yang sedang duduk di sofa . Qyra mengenakan abaya moden berwarna biru dan shawl satin berwarna putih .

" Sayang , cantik nyaa ! " tajuddin terpegun melihat kecantikan isterinya itu .

" Betul ke abang ? qyra nak belajar pakai tudung "

" Manis nya sayang bila bertudung " qyra tersipu malu mendapat pujian itu . Mereka kemudian nya berpimpin tangan masuk ke kereta .

Setelah sejam perjalanan , mereka akhirnya sampai di kediaman wana . Kelihatan ramai jugak tetamu undangan mereka . Qyra juga dapat berjumpa dengan rakan rakan nya semula . Ada yang bertanya kenapa dia behenti belajar . Qyra hanya senyum sahaja .

" Abang jom kita masuk jumpa wana dengan ebal " tajuddin hanya mengganguk dan mengikut langkah qyra .

Qyra kemudian nya menyapa wana dan ebal ..

"Wana sorry aku lambat sikit , dah selesai nikah ye "

"Takpe , yang penting kau datang "

" Cantik nya you bertudung qyra " kata ebal yang berada di sebelah wana .

Qyra hanya tersenyum sahaja .

" Sekejap ye aku kenalkan kau dengan mama aku , kau pernah jumpa mama dua kali je "

sememang nya qyra tidak terlalu mengenali keluarga wana , kerana sejak di bangku sekolah wana hidup berdikari . Dia tidak duduk sebumbung bersama keluarga nya .

" mama , ingat lagi tak qyra ? kawan wana masa sekolah dulu "puan laila bersalaman dan dia senyum pada qyra .

" mesti lah ingat makin cantik ye qyra sekarang , berseri seri "

" mesti lah mama , qyra ni pengatin juga hehe " qyra kemudian mencuit wana .

" Oh qyra dah bersuami , mana suami nya ? tidak ikut sekali "

" Ada " qyra menoleh ke belakang dia melihat tajuddin sedang berbual dengan ebal dan membelakangi mereka .

" Abangg .. abang " qyra memanggil tajuddin , kemudian tajuddin menuju ke arah mereka .

" ha aunty kenalkan ini suami qyra , tajuddin "

Tajuddin terkejut begitu juga puan laila . Mereka bertentangan mata seketika . Jantung tajuddin laju kembali . Tangan nya mula mengiggil semula .

" Tajuddin " Dia hanya senyum dan tunduk tanda salam .

Puan laila hanya senyum tawar dia kemudian meninggalkan mereka bertiga di situ dan menuju ke arah dapur rumah nya .

" Wana , boleh ke uncle pinjam toilet ? "

" Sure , cuma uncle kene turun dekat bawah . toilet ada dekat dengan dapur "

" Sayang sekejap ye " qyra mengganguk dia kemudian nya berjalan keluar dari rumah itu bersama wana .

" Tarik nafas , hembus " berulang kali puan laila mengulangi ayat itu . Air mata yang di tahan , akhir nya jatuh juga . Dia duduk dan menangis .

" 5 tahun laila .. 5 tahun " terkejut mendengar suara itu , puan laila terbangun dan menoleh ke arah tajuddin .

" Maaf kan laila abang .. laila tahu laila salah .."

" Maaf ? aku separuh gila cari kau .. kau buang aku macam tu .. apa kurang nya aku .. aku bagi segala gala nya untuk kau "

" laila tahu laila salah .. tapi kenapa dengan cara ni abang balas pada laila "

" cara apa ? "

" abang sengaja kahwin dengan dia sebab nak buat laila sakit hati kan " tajuddin tersenyum sinis mendengar kata kata itu .

" Dengar ni , aku kahwin dengan qyra sebab aku sayang dan cinta kan dia .. lebih dari kau .. kau ingat tu .. kau jangan nak panggil aku abang . nama aku tajuddin . kita dah takde apa apa "

Tajuddin kemudian berlalu pergi meninggalkan puan laila sendiri di situ ..

- bersambung -
( jika ada salah silap maafkan ye saya baru belajar nak menulis ni hihi ) stay tuned !

Share this novel

Angah Ajalah
2020-05-29 00:57:51 

tq..besok ..update lebih2 lg ye..haha


NovelPlus Premium

The best ads free experience