BAB ENAMBELAS

Romance Completed 8384

Terkebil-kebil aku memandang kearah Papa yang sudah tersenyum lebar sambil mengerling kearahku. Menyunting dara sunti? Eh, aku ke tu? Yela kan. Takkan la nak sunting Mama pula. Tapi, siapa Pak Aman ni? Kenapa aku tak pernah nampak? Dia nak sunting aku untuk siapa? Takkan untuk dia kot? Ligat kepalaku berfikir. Satu persatu wajah tetamu aku pandang. Tak ada seorang pun yang aku kenal.

“Cantik si gadis berkebaya nyonya,
Tengok lenggoknya sampai teralpa,
Hajat disambut dengan gembira,
Tapi, boleh kami tahu untuk siapa?”

Pandai juga Papa aku ni berbalas pantun. Dalam kehairanan aku masih boleh tersenyum. Mama pun sama. Yela. Siapa sangka, Encik Amat Shah, Arkitek yang nampak sangat moden rupanya ada bakat dalam berpantun.

“Kami nak menyunting si dara untuk teruna kami bernama Mohamad Adam Lim Abdullah”

Sebaris ayat dari Pak Aman serta-merta membuatkan aku sesak nafas. Rasa macam tak cukup oksigen. Mama dan Papa sudah berkerut muka memandang kearahku.

“Err … Kami kenal ke Encik Mohamad Adam ni?” Bila melihat wajah aku yang terpinga-pinga Papa terus bertanya pada Pak Aman.

Pak Aman tersenyum tenang.

“Encik Amat sekeluarga rasanya kenal sangat dengan Encik Adam kita ni. Dia anak kepada Encik Raymond Lim dan Puan Rani Lim”

Mankin bulat mata aku jadinya. Adam?! Adam Ray Lim ke yang dimaksudkan oleh Pak Aman ni?? Setahu aku, anak Uncle Raymond dengan Aunty Rani memang dua orang sahaja. Suzy dan Adam. Tapi, kenapa namanya ada ‘Mohamad’ dipangkalnya? Sudah Islamkah dia? Arggghhhh!!! Kenapa Suzy langsung tak beritahu aku apa-apa?!! Rasa nak pengsan sekarang juga!!

***

CINCIN emas putih bertatah permata zamrud berwarna biru yang tersarung cantik dijari manis, aku tatap dan belek untuk kesekian kali. Merahnya inai di jari jemari runcingku juga ku pandang tanpa jemu.

Rasa macam dalam mimpi pula apabila aku, Firsaliana Binti Mustapha, dengan sekali nafas pagi tadi, telah selamat dinikahkan oleh Papaku sendiri. Dan yang paling buat aku rasa nak tampar muka sendiri banyak sekali sebab nak sedarkan yang ini betul-betul kenyataan bukannya cubaan apabila insan yang ditakdirkan Allah untuk menjadi suamiku merupakan insan yang tak pernah aku jangka sebelum ini. Dialah suamiku yang sah, Mohamad Adam Lim Abdullah.

Ya! Orang yang sama dengan pemilik nama Adam Ray Lim. Dia adalah Adam yang sebenarnya aku cinta selama ini. Dia adalah … Adamku.

Bezanya sekarang, Adam sudah menjadi seorang Muslim. Dan dia menganut agama suci ini adalah di atas sebab yang sepatutnya. Iaitu berkat hidayah dari Allah. Bukan kerana ingin mengahwini aku semata-mata.

Sebulan dia kembali ke Australia rupanya bukan atas urusan kerja semata. Di sana, dia mula belajar mengenali Islam dengan lebih mendalam dari Ammar dan juga isterinya, Iman. Perempuan yang aku nampak sedang ketawa mesra bersama Adam di Dome. Rupa-rupanya, waktu itu, Ammar ada bersama cuma sewaktu aku ternampak mereka, Ammar ke tandas. Hurmm … Kalau dalam hati ada cinta dan cemburu memang begitu. Cepat sangat berburuk sangka. Firsaliana, Firsaliana

Ammar merupakan anak Pak Aman yang memang dikenali Adam sejak dari zaman belajar lagi. Selama belajar dulu pun, Ammar ada juga menceritakan pada Adam tentang Puasa, Solat dan Zakat.

Paling aku tak sangka, rupa-rupanya sejak tinggal di Australia, Adam yang kebetulan duduk serumah dengan Ammar memang sudah cuba menjalani kehidupan seperti seorang Muslim. Dia belajar berpuasa dan juga cara bersolat dari Ammar. Malah, dia kerap mengikut Ammar menghadiri program-program agama yang diadakan di sana.

Aku betul-betul bersyukur kepada Allah kerana Islamnya Adam bukannya di atas sebab dia ingin mengahwini aku semata-mata. Tapi, dia betul-betul ikhlas untuk menjadi seorang Muslim yang sebenar.

Uncle Raymond dan Aunty Rani yang kini aku panggil dengan panggilan Daddy dan Mummy juga begitu supportive terhadap pilihan yang dibuat oleh Adam. Apa yang penting bagi mereka adalah kebahagiaan anak-anak mereka.

Suzy pula antara insan yang paling gembira dengan penyatuan antara aku dan Adam. Seronok bukan main dia. Siap planning nak tinggal sekali dengan aku dan Adam apabila kami berpindah ke rumah sendiri yang dibeli oleh Adam nanti di Putra Height. Kacau daun sungguh! Nak menempel saja dengan aku. Tapi … Aku tak kisah pun. Bagus juga. Bila Adam sesekali terpaksa ke Australia, adalah juga teman aku di rumah.

“Assalammualaikum” terasa deruan hangat nafas ditelingaku beserta dengan salam yang dihulur dalam nada yang cukup romantik. Pantas aku menoleh dan terpampang wajah kacak Adam yang sedang tersenyum menggoda di sebelahku. Perlahan salamnya aku jawab. Dada sudah mula mengalunkan irama yang tak senada.Dub dub dab, dub dub dab, bunyinya.

Entah bila masanya dia masuk ke dalam bilik aku pun tak sedar. Tahu-tahu dia sudah duduk di atas birai katil di sebelahku dengan hanya bersinglet dan berkain pelekat. Terasa panas mukaku apabila melihatnya dalam keadaan begitu untuk kali pertama.

“Sayang buat apa senyum sorang-sorang ni? Hurm? Sampai Abang masuk pun tak sedar” lembut pipiku dielusnya. Irama jantung semankin tak keruan dibuatnya.

“Err … Kerja kat luar dah selesai ke? Biar Fir tengoklah kejap” kelam-kabut aku bangun dan niat dihati hendak keluar dari bilik itu supaya rentak jantung yang semankin kuat ini dapat aku redakan sedikit.

Baru hendak melangkah, tanganku sudah ditarik oleh Adam dan hasilnya, elok saja aku landing di atas pangkuannya. Apalagi! Mankin merah padam la muka aku jadinya!

“Tak payahlah nak sibukkan dengan kerja kat luar tu. Sayang ada kerja yang lebih penting lagi kat dalam bilik ni dengan Abang” Adoi! Terasa nak tercabut dah jantung aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi dengan panahan mata Adam yang tersangatlah menggoda malam ini.

Aku kaku bak mumia apabila pipiku dikucup lembut. Kemudian perlahan-lahan beralih pula di dahi, hidung dan akhir sekali di bibir. Aku terus terpaku tak berkutik barang satu milimeter sekalipun. Hangatnya kucupan Adam mula membuai perasaannku. Terasa macam berada diawang-awangan.

“Kalau dari dulu lagi Firsaliana terima Abang, dah berderet agaknya anak kita kan. Jadi malam ni, Abang nak balas dendam untuk beberapa tahun yang kita dah wasted kan tu. Are you ready Sayang?”

Erk! Terasa lidah tergulung dalam mulut. Langsung tak ada jawapan. Adam tersenyum lalu mencempung tubuhku dan diletakkan perlahan-lahan di atas katil.

“Ready or not, here I come!”

‘’JANGAN LOVE JANGAN! GELIIII!’’ Teriak Firsaliana.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience