BAB SATU

Romance Completed 8384

“Tolonglah! Dah berapa kali I kena merayu dan jelaskan pada U yang I dengan Adit tu tak ada apa-apa. We are just friend” wajah Taufik yang masih keruh aku pandang dengan mata yang redup. Kalau ikutkan hati, memang dah lama aku buat bodoh saja dengan rajuknya. Bukan baru sekali. Dah kerap sangat dia berperangai sebegini. Pantang tahu aku keluar atau rapat dengan mana-mana lelaki, pasti cemburunya naik ke kepala. Bosan!

“Yelah tu! Kawanlah sangat! U nak tahu ke kawan I cakap, you siap berpegang tangan, bertepuk tampar lagi dengan si Adit tu, apa cerita?” Nada suara Taufik masih sekeras tadi. Dari mula kami masuk ke dalam restoran Kenny Rogers itu, tak habis-habis dengan cemburu dan curiganya. Makanan yang ada di hadapan kami pun sudah sejuk masih tak terusik. Tengok muka cemberut Taufik buat selera makan aku lari entah kemana.

“You ni kan. Balik-balik dengar cakap kawan. Sekarang ni, yang jadi tunang you, kawan you tu ke, atau I?” Aku sudah mula hilang sabar.

Taufik yang aku kenali 2 tahun yang dulu bukan begini. Entah dimana silapnya, semenjak mengikat tali pertunangan setahun yang lalu dia semankin paranoid. Pantang terdengar atau ternampak aku dengan lelaki lain, pasti akan dijadikan bahan pertengkaran. Tapi, kerana memikirkan Papa dan Mama, aku cuba juga untuk bersabar. Yela. Mama dengan Papa suka sangat dengan Taufik. Kebetulan Ibu dan Ayah Taufik teman mereka sewaktu bersekolah dulu.

Taufik mendengus kuat. Makanan yang terhidang di hadapannya dijamah penuh lahap. Ayam panggang quarter meals dihiris-hiris kasar. Seolah-olah dia cuba melepaskan rasa marahnya yang tak terluah pada aku. Malas aku hendak bersuara. Tangan terus menyuapkan kepingan ayam yang sudah kupotong kecil ke dalam mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience