BAB SEPULUH

Romance Completed 8384

Sudah dua bulan aku tinggal bersama Meera. Teman sekerja Adam yang kebetulan memang sedang mencari housemate. Semuanya diuruskan oleh Adam.

Pada malam selepas Papa menghalau aku keluar, setelah berkemas apa yang patut, aku terus menuju ke kedai mamak berdekatan untuk menenangkan hati sebelum memikirkan tempat dimana aku perlu tidur malam itu.

Aku menelefon Suzy supaya bertemu aku di situ. Semuanya aku ceritakan padanya ditelefon sambil menangis-nangis. Tanpa pengetahuanku, Suzy telah mengajak Abangnya, Adam, untuk turut serta berjumpa denganku.

Walau agak terkejut melihat Adam yang ada sama tapi aku tak mampu hendak memarahi Suzy. Sebaik saja tubuhku dipeluk Suzy, aku terus menghamburkan semua kesedihan aku padanya.

Adam yang rasa bersalah dan merasa dia juga turut menyumbang di atas apa yang berlaku, lantas mengaturkan tempat tinggalku di rumah Meera.Nasib baik Meera tak kisah diganggu walaupun waktu itu memang sudah lewat malam.

Jadi, sejak itu, buat pertama kalinya sepanjang aku bekerja, aku belajar untuk hidup sendiri. Mula-mula rasa sebak juga memandangkan aku memang anak manja Mama. Tapi, masuk bulan kedua, segala-galanya rasa lebih mudah dan tenang.

Kepada Mama aku beritahu dimana tempat tinggal baruku tapi aku menyuruhnya supaya merahsiakan dari pengetahuan Papa. Aku tak mahu nanti, Papa beritahu Taufik dan seterusnya dia terus-terusan menganggu hidupku.

Bunyi telefon yang menyanyikan lagu Happy dari Pharell William mengembalikan aku ke masa kini.

Lebar senyumanku apabila melihat nama Adam sebagai pemanggil. Semenjak dua menjak ni, selain Suzy, dialah insan yang paling dekat dihatiku. Selalu ada di sisi bila aku memerlukan. Kadang-kala aku pelik juga. Tak ada kerja agaknya mamat ni. Aku tahu dia bekerja sebagai Consultant. Tapi tak tahulah pula Consultant untuk apa. Entah. Tak pernah terfikir untuk bertanya.

“Hello Firsaliana ?Kenapa lambat angkat telefon? Fir ok ke? Fifr buat apa tadi?” Ambik kau! Tak sempat aku nak menjawab, dia dah menyoal macam bertih jagung. Aku tergelak kecil.

“Eh dia ni. Orang tengah risau, dia boleh pula gelak-gelak” ada nada kurang puas hati pada suaranya. Aku tersenyum senang. Ah Adam. Entah kenapa apa saja yang dilakukan olehnya sering membuat hatiku senang. Ya. Aku senang dengan dirinya. Aku senang kerana dia sangat prihatin pada diriku. Dengan Adam, rasa diri sangat-sangat disayangi dan dihargai.

“Saya ok la. Baru lepas sejam kot awak call saya. Sekarang ni, awak nak apa pula wahai Encik Abang sayang?” Aku tergelak lagi. Semankin akrab hubungan kami, semankin sebati perkataan sayang untuk dirinya.

“I want you to marry me my lovely Firsaliana”

Gulp! Terus lenyap tawa dari mulutku. Lidah serta-merta jadi beku. Dada sudah mula bergoncang hebat. Niat dihati tadi nak mengenakannya. Alih-alih, aku pula yang terkena. Arrgghhh!! Hampeh sungguh la Adam ni!

“Gila!”
“Yes! I’m crazy over you!”
“Tapi, saya tak nak kahwin dengan orang gila!”
“Jadi, awak ubatkan la saya. Lepas tu, awak kahwinlah dengan saya”
“Siapa nak kahwin dengan awak? Eiii … Tak naklah saya”
“Tapi, saya nak juga!”
“Mengada-ngada”
“Dengan awak je”

Akhirnya tawaku pecah. Begitu juga Adam. Ada saja jawapannya kalau dengan Adam. Dari seserius-serius perkara sampailah kesemengarut benda, semuanya kami boleh bualkan. Dia rajin melayan dan aku sangat suka dilayan.

“Oklah. Saya banyak kerja. Nanti-nantilah kita sembang lagi ye” segera aku menamatkan sesi perbualan kosong antara kami. Letih sudah mulutku asyik tergelak saja sedari tadi.

“Ok dear. Take care. Oh ya. Esok awal pagi, saya kena balik Australia. Nak uruskan hal-hal kerja sebelum fully transfer ke Malaysia semula” tiba-tiba terasa sayu mendengar kata-kata Adam itu.

“Berapa lama?” Mendatar saja aku bertanya.

“Mungkin seminggu atau lebih. Tengoklah kerja itu cepat ke lambat siapnya” rasa nak menangis saja bila dia bakal meninggalkan aku. Seminggu atau lebih? Waaaa!!! Lamanya!! Serta-merta aku sudah rasa kehilangan.

“Lamanya …” tanpa aku sedari perkataan itu meluncur laju. Aku tersedar bila terdengar Adam tergelak.

“Hai, saya belum pergi, awak dah mula rindu ke?” Adam menyambung tawanya. Aku mengetap bibir. Malunya!!!

“Kalau Taufik kacau saya lagi macamana?” Sengaja aku lari tajuk. Tak mahu mendengar lagi perliannya. Sudahlah selama ini kalau dia meluahkan kata-kata cinta padaku, semedang kena gelak. Sekarang ni, nak cakap yang aku bakal akan merinduinya pula? Apa kes kau ni Firsaliana? Sengaja nak kena bahan setahun?

Adam terdiam. Dia memang begitu. Pantang nama Taufik aku bangkitkan. Pasti angin kus-kusnya datang. Semuanya gara-gara dia terserempak dengan aku dan Taufik sedang bergelut di kawasan tempat letak kereta di tempat kerjaku di bahagian basement. Taufik berkeras supaya aku mengikutnya masuk ke dalam kereta tapi aku berkeras menolak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience