BAB ENAM

Romance Completed 8384

PAGI Ahad itu aku malas hendak kemana-mana. Daripada duduk terperuk dalam bilik, aku merajinkan diri untuk membasuh kereta Honda Jazzku. Lagipun Papa dengan Mama awal-awal pagi lagi dah keluar.

Malam tadi Mama ada beritahu yang anak Pak Su Manaf, adik bongsu Mama baru lepas bersalin. Mereka hendak pergi melawat. Mama ada mengajak aku sama. Tapi, memandangkan perang saraf antara aku dan Papa masih lagi belum reda, pelawaan Mama aku tolak dengan alasan aku ada janji temu dengan Suzy. Padahal Suzy awal-awal sudah bagitau yang dia hendak ke Cameroon dengan David, tunangnya. Biarlah. Takut kalau aku ikut, nanti dalam kereta pun Papa dengan aku masih bertekak. Mama juga yang pening.

Baldi yang sudah separuh terisi air aku tuangkan satu penutup sabun basuh Top ke dalamnya. Selepas itu, bermulalah sesi senaman ringkasku di pagi Ahad dengan mencuci kereta. Badan sihat, otak cerdas dan duit jimat. Itu alasan yang sering aku beri tiap kali Mama persoalkan kenapa aku tak hantar saja keretaku ke kedai untuk dibasuh.

“Rajinnya anak dara ni basuh kereta”

Aku yang sedang memanjat kerusi sambil terjengkit-jengkit membasuh bumbung kereta terkejut mendengar ada suara garau yang menyapa. Terhinjut juga bahuku kerana terkejut. Nasib baik aku tak melatah dan terus melompat dari kerusi. Siapalah yang ramah sangat pagi-pagi ni? Hish! Dahlah tak reti bagi salam.

Aku terus menoleh kearah suara yang menegur. Niat dihati ingin menyembur gerangan siapakah yang menganggu konsentrasi aku membasuh kereta.

Tergamam aku apabila melihat sesusuk tubuh tegap sedang menongkat dagu di atas tembok sambil tersenyum menampakkan sepasang lesung pipit yang kerap ,membuat jantungku bergendang tanpa irama. Aku telan air liur yang tiba-tiba rasa kesat macam kertas pasir.

“Adam …” nama yang hampir dua tahun aku tak sebut akhirnya meluncur keluar juga. Si empunya nama masih tersenyum kacak. Aduh … Boleh cair aku dibuatnya. Kenapalah dia ni handsome sangat?!

“Hai Fir … Lama tak jumpa. Mankin cantik” dan seperti selalu, Adam masih memuji aku. Kulit muka dah mula rasa terbakar. Panas. Mesti dah merah padam punyalah. Aku tersenyum sebelum mengalihkan semula pandangan pada kereta yang sedang aku cuci.

“Bila Adam balik sini?” Soalanku tanya tanpa memandang kearahnya. Aku cuba berlagak tenang. Tangan kembali ligat mencuci semula kereta.

“Malam tadi dalam pukul 12 sampai. So, Firsaliana macamana sekarang? How is your life?” Dari ekor mata aku nampak Adam masih lagi tersenyum sambil masih asyik memandang aku.

“Owh … Firsaliana ok je. Life is good. Adam macamana? Lama duduk kat Australia tu. Mesti lagi seronok kan? Ke balik kali ni ada bawakan Aunty Rani calon menantu?” Aku senyum sekilas pada Adam. Bertanya sekadar untuk memecahkan kecanggungan antara kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience