BAB DUA SEBELAS

Romance Completed 8384

Semenjak pulang dari Australia, Adam seakan-akan dah berubah. Dia sudah tak sekerap selalu menelefonku. Malah, jika dulu, hampir tiap malam aku, dia dan Suzy makan bersama-sama di kedai makan. Tapi sekarang, cuma tinggal aku dan Suzy saja. Bila aku tanyakan Suzy, jawapan yang aku terima selalunya adalah ‘kau tanyalah dia sendiri’. Lepastu senyum-senyum. Macam ada ‘sesuatu’ saja dua beradik ini. Tiba-tiba aku terbau ikan.

Sudahlah asalnya kata cuma seminggu saja di sana. Walaupun dia ada mengatakan ‘atau lebih’, aku tak sangkalah pula sampai sebulan! Walau setiap hari dia menelefon, tapi tetap tidak puas kerana tidak dapat melihat wajahnya di depan mata. Ah! Aku dah macam angau dah ni! Dengan si Taufik dulu pun bercinta juga. Tapi, tak adalah sampai macam ni. Hati jadi sakit sebab merindu. Gila!

Ingatkan selepas Adam pulang, dapatlah lebih kerap kami berjumpa. Tapi tak sangka pula sampai saja di bumi Malaysia, Adam mankin sibuk dengan kerja dan masanya dengan aku pun sudah semankin berkurangan.

Kalau hendak difikirkan secara logik, memang tak patut aku hendak marah atau merajuk dengannya. Dia bukannya boyfriend atau suami aku pun. Selama ini, dia yang beriya mengucapkan sayang padaku tapi aku mana pernah serius membalas sayangnya itu. Kalau ada pun aku panggilnya sayang, sekadar hendak mengambil hatinya saja. Bukan bermakna aku tak suka padanya. Cuma, perbezaan agama antara kami menjadi penghalang bagi rasa cinta aku pada insan yang bernama Adam Ray Lim.

Petang itu, pulang dari kerja, Suzy mengajak aku menemaninya ke The Curve Kota Damansara. Hendak cuci mata sambil release stress katanya. Memandangkan aku pun sedang ‘bendera merah’ aku ikutkan saja.

Dari satu kedai ke satu kedai aku diheret Suzy. Macam nak tercabut dah kaki aku ni dibuatnya. Dari bangunan The Curve, kami melintasi jambatan penyambung ke bangunan Ikano Power Center pula. Cukup meletihkan.

“Jomlah masuk. Aku tak jumpa lagi kasut yang aku nak beli ni” tangan aku ditarik-tarik untuk memasuki kedai PADINI Concept Store. Aku memang sudah benar-benar tak larat.

“ Kau masuklah dulu. Aku nak duduk rehat kejap kat luar ni” aku sudah melabuhkan punggung di atas kerusi panjang yang tersedia di luar kedai. Mungkin melihat muka aku yang berkerut-kerut kepenatan, Suzy akhirnya membenarkan juga aku duduk di situ dan dia terus berlalu menuju ke ruang jualan kasut Vincci di PADINI Concept Store itu.

Aku mencapai telefon di dalam beg untuk menyemak sekiranya terdapat pesanan ringkas atau ‘panggilan rindu’ daripada Adam. Tak tahulah kenapa dengan aku ni. Setiap hari, mesej serta panggilan dari Adam lah yang paling aku nanti-nantikan. Hati jadi sangat sedih bila dia langsung tidak menghubungi aku. Ingin menghubunginya, takut menganggu pula. Hai lah hati. Janganlah begini. Buat aku terseksa saja.

Yes! Ada 3 missed call! Cepat-cepat aku periksa siapa dia yang menelefonku. Harap-harap Adam. Jadi, aku ada alasan kukuh untuk menelefonnya semula. Aku dah mula senyum lebar.

Tapi, lain yang diharap, lain pula yang dapat. Kesemua panggilan itu datangnya dari nombor milik Taufik. Eiii!! Menyampahnya aku!!! Apa lagi yang dia nak dari aku ni?! Hilang terus senyuman aku. Yang tinggal hanya rasa meluat dan benci yang menggunung.

Aku bangun dari duduk sambil mata aku melilau memerhatikan kesekeliling. Melihat orang ramai yang lalu lalang. Memerhatikan gelagat orang yang adakalanya mencuit hati. Untung-untung dapat menghalau rasa gundah yang bertamu dalam hati aku ini.

Sedang asyik memerhati gelagat orang, tiba-tiba mata aku terpaku pada sesusuk tubuh sasa yang sedang menghirup kopi di Dome. Macam aku kenal. Lelaki itu nampak santai dan cukup kacak persis seorang model dengan kemeja berwarna merah bata yang lengannya dilipat sampai kesiku dan butang baju di bahagian paling atas terbuka. Disebelahnya pula seorang wanita bertudung dan berjubah moden yang sangat cantik sedang ketawa sambil memandang kearah si lelaki. Nampak sungguh mesra.

Aku terus memerhatikan pasangan itu dengan lebih lama kerana ingin mengecam siapa lelaki itu. Lama-kelamaan, aku sudah dapat mengecamnya.

Adam!

Ya! Tak syak lagi, itu Adam. Tapi, siapa perempuan di sebelahnya itu? Wajah ada ala-ala seperti Mat Salleh. Jangan-jangan … Erk! Alamak! Aku sedikit terpempan apabila mata redup Adam sudah memandang tepat kewajahku. Sebelum dia membuka mulut, lebih baik aku cabut!

Terkocoh-kocoh aku menghampiri Suzy yang masih membelek-belek kasut dan tanpa sebarang kata, tangannya terus aku heret keluar meninggalkan kedai PADINI tersebut. Dalam kepala hanya terfikir untuk pulang saja. Aku tak mahu berhadapan dengan Adam.

Tapi, siapa perempuan yang bersama dengannya itu? Isteri dia ke? Eh, tapi, bila pula dia kahwin? Takkan sebulan dia berada di Australia dia sempat berkahwin? Tapi, perempuan tu kan bertudung. Takkanlah dia dah convert sebab nak berkahwin dengan perempuan tu? Tapi, kenapa Suzy langsung tak memberitahu apa-apa?

Terlalu banyak ‘tapi’ dan tanda soal dalam fikiranku saat ini. Tunggulah nanti. Suzy pasti akan aku soal siasat sampai aku dapat jawapan yang aku mahukan! Pasti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience