BAB LAPAN

Romance Completed 8384

“Err … Fik. Fik buat apa kat sini? Kenapa tak call dulu?” Perlahan aku menghampiri Taufik yang masih menyinga. Rahangnya bergerak-gerak menunjukkan rasa marah yang memuncak.

“Kenapa? Kalau Fik call, dapatlah Firsaliana terus sembunyikan perangai sundal Firsaliana ni kan??!!” Aku terkejut mendengar kata-katanya yang aku rasa agak melampau. Sundal? Kenapa begitu keji dia menuduh aku?? Bukannya aku dengan Adam sedang berpeluk atau bercium pun. Hati aku sudah mula panas.

“Apa Fik cakap ni?” Suara aku sudah bertukar tegang.

Taufik ketawa sambil bercekak pinggang. Sinis sungguh aku rasa bunyi tawanya saat itu. Buat hati bertambah sakit. Aku mula berpeluk tubuh.

“Patutlah minta putus tunang. Rupa-rupanya, dah ada jantan lain! Cakap dengan Uncle dan Aunty, Fik yang cemburu buta, tapi sebenarnya, Firsaliana yang curang!!” Tepat jari telunjuknya menghala kemukaku. Aku mengetap bibir geram.

“Woooh, woooh, chill la bro. Tak payahlah nak tuduh-tuduh. Saya dengan Firsaliana tak ada apa-apa la. We just friend” Adam yang sedari tadi diam akhirnya bersuara. Dia menghampiri kami dan pandangan Taufik semankin menyinga. Dipandangnya tubuh lencun Adam dari atas ke bawah, dari bawah ke atas berulang kali. Kemudian pandangannya beralih kearahku.

“Just friend? Siap boleh bercengkerama sambil siram-siram air sampai lencun macam ni, you masih nak nafikan Firsaliana? Hurrmm?” Tajam pandangan Taufik padaku. Aku mula rasa serba salah. Melihat keadaan aku dan Adam ketika ini, aku akui, sesiapa pun yang melihat pasti akan memikirkan yang bukan-bukan. Apatah lagi Taufik. Nafas Taufik aku lihat turun naik, turun naik semankin laju apabila melihat aku mendiamkan diri macam orang bersalah.

“Cakaplah. Kenapa you diam?” Bahuku ditolak kasar. Aku masih mendiamkan diri. Tak pasti apa yang patut aku katakan.

“Cakaplah! You kan pandai beralasan. So, what is your excuses now? Hah?” Bahuku masih ditunjal oleh Taufik kasar.

“Relaxlah bro. Tak payah nak emo sangat. Apapun, we still can discuss this calmly right?” Adam sudah berdiri antara aku dan Taufik. Dia cuba mengajak Taufik untuk lebih berdiplomasi.

“Hei! Siapa bro kau hah?! Aku tengah cakap dengan tunang aku. Kau tak payahlah nak masuk campur!” Taufik bertambah berang. Kolar baju Adam sudah dicekak. Walaupun Adam lebih tinggi dan memiliki tubuh yang lebih tegap darinya, nampaknya Taufik langsung tidak gentar. Aku pula yang jadi takut.

“Sudahlah Fik. Sudah. Jangan salahkan dia. He is just my childhood friend. Lagipun, I minta putus bukan sebab dia atau sesiapa pun. Cuma kita yang dah tak serasi” Aku berdiri disebelah Adam dan Taufik. Cuba meleraikan cengkaman Taufik yang agak kuat.

“Bullshit!! After 2 years, baru sekarang you nak cakap kita tak serasi?! Ini mesti sebab mamat ni kan? Jantan tak guna!” Aku tak sempat hendak berbuat apa-apa sewaktu penumbuk padu Taufik melayang mengena tepat di rahang kanan Adam membuatkan lelaki itu jatuh terjelopok. Aku hanya menjerit sambil mendapatkan Adam. Cemas aku dibuatnya apabila melihat ada darah yang meleleh keluar dari penjuru bibir merah itu.

“You boleh putuskan pertunangan kita Firsaliana. Tapi, mark my word. I takkan biarkan you hidup senang! You takkan dapat hidup tenang lepas ni!!” Taufik sempat mengugutku sebelum berlalu pergi. Pandangan mataku sudah kabur. Airmata sudah merembes laju membasahi pipi.

“Awak ok ke Adam? I’m so sorry. Saya tak sangka Taufik akan tumbuk awak macam ni” aku membantu Adam untuk bangun. Ketara diwajahnya sakit yang terasa apabila bekas tumbukan Taufik disentuh. Rasa bersalah menyelubungi diri.

“Saya ok. Awak tak payah risau. But, are you ok?” Ada memegang kedua belah bahuku sambil menatap wajahku dengan riak kerisauan. Mungkin kerana aku yang sudah mula teresak-esak menangis.

“Yeah. Saya ok lah. No need to worry. Awak baliklah dulu. Ambil ais letak kat muka awak tu, Nanti lebam dah tak handsome” aku cuba berlawak supaya dapat menghilangkan raut kebimbangan diwajah Adam. Dia tersenyum kemudian mengaduh apabila senyumannya menyebabkan luka di pinggir bibir mula terasa sakitnya. Kasihan pula aku melihatnya yang menjadi mangsa keadaan.

“Awak baliklah Adam. Lagipun, tak elok kalau orang nampak awak lama-lama kat sini. Papa dengan Mama saya pun tak ada ni. Saya tak nak nanti saya kena kahwin free dengan awak” apabila pandangannya sudah mula redup semacam, aku meleraikan pegangan tangannya pada bahuku dan tubuhnyaku tolak keluar dari pagar Dia tertawa kecil. Pagar kembali kukunci apabila Adam sudah berada di luar.

“Ok. Tapi, kalau ada apa-apa, please let me know ok” aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum dan menghantar Adam pulang dengan pandangan mata.

Aku melepaskan keluhan berat apabila teringatkan ugutan Taufik tadi. Kereta yang sudah siap dibilas aku pandang kosong. Nasib baiklah siap juga aku mencuci kereta hari itu. Hurrmmm …

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience