BAB LIMA

Romance Completed 8384

“Woi! Berangan! Penat aku membebel sendiri. Rupa-rupa kau dok seronok berangan ye” bahuku terhinjut sebaik sahaja terdengar Suzy menepuk meja sambil berdiri bercekak pinggang di hadapanku.

“Ni mesti teringatkan Abang aku kaannnn?” Tebak Suzy. Senyuman nakal sudah terukir dibir nipisnya. Cepat-cepat aku tersedar.

“Eh! Ma … Mana adalah! Pandai-pandailah kau buat cerita!” Beriya-iya aku menafi. Muka dah mula rasa panas macam kena bakar. Sah-sah dah tukar warna punya. Lagilah seronok Suzy mentertawakan aku. Dia sudah duduk sambil menekan-nekan perutnya. Aku sudah menarik muka masam.

“Firsaliana, Firsaliana. Aku peliklah kau ni. Perempuan lain punyalah berderet nak jadi Kakak Ipar aku, kau pula mentah-mentah taknak. Memang tolak rezekilah kau ni” Suzy menyambung selepas tawanya reda.

Aku buat tak tahu saja. Tumpuanku kembali pada kerja-kerja yang melambak. Dahlah esok nak meeting. Semua kertas kerja yang aku kena siapkan masih banyak lagi yang belum aku sentuh. Ditambah dengan usikan Suzy yang tak sudah-sudah, mankin serabut kepala aku jadinya.

Apabila melihatkan aku yang tayang muka ‘tak kuasa nak layan’, Suzy akhirnya mengalah juga. Dia bangkit dan terus keluar menuju ke meja kerjanya semula. Muka tak payah nak cakaplah. Berkerut-kerut semacam dengan muncung yang dah panjang sedepa. Tanda protes dengan sikap acuh tak acuh yang aku tunjukkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience