BAB EMPAT

Romance Completed 8384

DAH seminggu berlalu sejak peristiwa ‘perbincangan’ antara aku dengan Mama dan Papa. Dah seminggu la juga Papa masih melancarkan perang dinginnya pada aku. Tak boleh langsung nak pandang muka aku. Cuma bila makan saja kami bertembung. Itupun,masing-masing asyik tengok nasi kat pinggan masing-masing. Habis makan, terus je buat haluan masing-masing. Mama yang pening dengan perangai kami berdua. Puaslah Mama pujuk tapi tak seorang pun layan. Nak buat macamana. Dah dua-dua pun keras kepala.

Walau keadaan di rumah serba tegang, namun kerja aku di pejabat berlalu seperti biasa. Taufik, semenjak aku berjumpa dengannya selang dua hari aku berbincang dengan Papa mengenai perihal putus tunang, langsung tidak menghubunginya. Merajuk barangkali. Ah! Biarlah dia. Tak kuasa dah aku nak pujuk.

“Wei! Macamana kau dengan Taufik? Jadi ke nak putus?” Panggilan intercom dari Suzy yang tiba-tiba berkumandang di ruang bilik pejabatku membuatkan aku sedikit terkejut. Nak marah sebab tak bagi salam dah dia memang bukan Islam. Hish! Busy body betullah minah sorang ni!

“Kau ni kan. Kalau aku kena heart attack macamana? Main terjah je. Huh!” Marahku. Suzy hanya tergelak. Memang tak makan saman betullah. Aku marah bukannya nak takut. Seronok ada lah.Dah mental agaknya.

“Yela, yela. Sorry. Aku excited ni. Kalau betul kau dah kembali single and ready to mingle, boleh lah Abang Adam aku masuk jarum” Suzy bersuara ceria. Aku sudah menarik muka masam. Kalau lah dia boleh nampak muka cemberut aku masa ni!

“Sorry ye Cik Suzy. Abang Adam kau tu aku dah pangkah awal-awal. Eeiiii !! Tak nak aku jadi Kakak Ipar kau!” semankin galak Suzy mentertawakanku. Hampeh sungguhlah minah ni!

“Kau ni suka tau jual mahal. Kesian aku tengok Abang aku tu. Dari zaman sekolah dia sukakan kau. Tapi. Kau langsung tak layan. Masa kau bertunang dulu, frust gila dia. Tu yang terus minta transfer kerja kat Australia” suara Suzy agak serius kali ini. Dia masih tak berputus asa untuk mendekatkan aku dengan Abangnya.

Tiba-tiba kepala terus berputar teringatkan satu-satunya Abang Suzy, Adam Ray Lim. Berbadan tegap dan sasa macam Daddynya yang aku panggil Uncle Raymond. Berkulit sawo matang. Lain benar dengan Suzy yang berkulit putih melepak. Mungkin hasil kacukan kulit Mummy dan Daddynya. Bermata redup berwarna hazel dan memiliki deretan gigi yang cantik hasil dari pemakaian brass di zaman sekolah rendah. Aku tak nafikan yang Adam memang tergolong dalam golongan jejaka idaman wanita.

Tapi, entah kenapa, aku memang tak boleh nak terima dia. Bukan sebab dia tak cukup kacak atau tak cukup baik. Tapi, aku rasa aku tak layak pun nak bergandingan dengannya.

Aku ni dahlah tak cukup ketinggian. Harapkan kasut tumit lima inci yang aku pakai tu jela. Kalau buka, memang nampak sangat kekurangan kalsiumnya. Dengan Suzy pun paras telinga dia saja. Kalau dengan Adam, memang paras bahu je la.

Lagi satu. Walaupun aku ni takdalah hodoh sangat pun tapi, aku ni bukanlah secantik Aishwarya Rai masa zaman anak daranya tu. Mana nak padan kalau nak digandingkan dengan lelaki sekacak Adam Ray Lim tu. Lagipun, aku ni Islam, dia pula beragama Hindu slash Buddha. Mahu bergegar bukit kat belakang rumah dengan amukan Papa dengan Mama kalau aku bagitahu aku nak kahwin dengan Adam. Hish! Tak pasal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience