BAB EMPATBELAS

Romance Completed 8384

SUDAH seminggu peristiwa di Ikano itu berlalu dan seminggulah juga aku mengelak dari berjumpa dengan Adam. Malah, panggilannya sering aku reject. Suzy sudah puas aku soal siasat tapi, semua soalan aku dia jawab dengan jawapan yang paling annoying di atas muka bumi iaitu ‘tak tahu’. Menyampah betul!

“Wei, wei Firsaliana! Firsaliana! Kau sibuk ke? Aku ada gosip terbaru ni!”

Terpinga-pinga aku memandang kearah Suzy yang dengan selambanya menerjah masuk ke dalam bilik pejabat aku tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Terpamer jelas wajahnya yang penuh keterujaan. Sebiji macam reaksi muka Eep dalam filem animasi The Croods bila Guy bagi dia kasut.

“Isk kau ni. Dah macam Reporter majalah! Pantang ada gosip terbaru, mesti kau yang tahu dulu kan?” Aku menegur sambil tangan sibuk menekan tetikus untuk menyiapkan graf prestasi jualan syarikat untuk bulan ini.

Suzy hanya tersengih sambil mendekatiku dan menyandar dimeja kerjaku dengan muka masih teruja.

“Aku gerenti lepas kau dengar berita aku yang panas terhangat yang baru keluar dari oven ni, kau akan tersengih sampai ke petang” Suzy mengosok-gosok kedua belah tangannya sambil memandang kearahku.

Rasa ingin tahuku mula menunjukkan minat. Panas sangat ke berita yang hendak disampaikan Suzy ni? Beriya-iya benar dia.

“Ok. I’m listening. Cepat cakap. You got .. hurmmm … 5 minutes!” Aku berpeluk tubuh sambil memusatkan pandangan pada Suzy yang sudah bertepuk tangan gembira. Macam budak kecil pun ada aku tengok si Suzy ni. Aku tersenyum nipis.

“Ini pasal Taufik!”

Dengar saja nama Taufik disebut, hilang terus senyuman dibibirku. Tumpuan kembali aku palingkan pada skrin komputer.

“Isk kau ni. Dengarlah dulu apa beritanya. Aku tak habis cakap lagi ni” Suzy memusingkan kerusiku menghadapnya semula. Aku memandangnya dengan pandangan malas.

“Ok! Here goes nothing!”

Mata aku sudah berpusing. Bosan dengan gimik Suzy yang cuba membangkitkan rasa suspen yang langsung tak ada dalam diri aku saat ini.

“Cakap je la. Straight to the point please!” pintu ku acuh tak acuh. Suzy masih tersenyum melihat mimik wajahku.

“Taufik kena tangkap basah!”

Ha???? Biar betul si Suzy ni?? Suka-suka je nak buat cerita. Kawan perempuan pun aku tak pernah tahu dia ada, tiba-tiba kena tangkap basah? Hish! Tak mungkin kot. Setahu aku, Taufik bukanlah lelaki playboy yang suka melayan perempuan.

“Dengan janda anak dua!”

Rasa jantung aku terskip beberapa kali denyutan. Mujur boleh sambung lagi berdenyut. Kalau tak, sah-sah memang dah tujuh kaki ke dalam lah aku jawabnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience