BAB DUA

Romance Completed 8384

“Ni gerenti ni konfem! Korang gaduh lagi ke?” Pandangan mata yang sedari tadi tertacap pada skrin komputer terganggu dengan suara lantang yang menegurku. Pantas aku menangkap wajah Suzy yang sudah melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapanku.

“Kau ni masuk memang tak reti ketuk pintu ek?”Mataku kecilkan sambil memandang kearah sahabat baik yang merangkap Setiausahaku itu.

“Aku dah ketuklah. Sampai nak tercabut jari-jemari runcing aku ni tau. Entah-entah, kalau ada gempa bumi pun kau tak sedar!” Suzy, gadis kacukan Cina India itu sudah mula memuncungkan mulutnya tanda rajuk. Aku hanya tersenyum. Manalah nak dengar kalau dalam kepala asyik fikir pasal masalah peribadi tak sudah-sudah Firsaliana oiii!

“Aku peninglah dengan Taufik tu Suzy. Cemburu mankin menjadi-jadi. Dengan si Adit tu pun dia nak cemburu. Bukan dia tak tau, si Adit tukan Marketing Officer macam aku juga. Sebelum aku kenal dia, aku memang dah rapat dengan si Adit tu apa” akhirnya semuaku luahkan juga pada Suzy. Hanya dialah kawan yang paling rapat denganku selain dari Adita Saputra. Jejaka kacukan Indonesia-Melayu-Belanda yang turut sama berkerja di pejabat yang sama denganku.

Keluarga aku dan Suzy duduk berjiran dan kami memang rapat dari kecil. Malah, kami juga belajar di Universiti yang sama. Cuma dalam bidang yang berlainan. Aku dalam jurusan Bussiness Study manakala Suzy pula dalam jurusan Mass Comm. sewaktu aku memerlukan Setiausaha yang baru setelah setiausaha lamaku berhenti mengejut dulu, Suzy lah orang pertama yang aku tawarkan jawatan itu. Memandangkan waktu itu, dia memang masih mencari kerja, akhirnya dia bersetuju dan kini sudah 3 tahun dia bekerja denganku. Semua kisah tentang aku dan Taufik memang sudah ada dalam poket seluarnya.

“Kalau kau rasa, kau dah tak tahan dan this relationship only make you suffer, so, just break it off”

Wah wah wah. Mudah sungguh amoi Cindian ini berkata-kata. Macamlah nak putuskan pertunangan tu semudah nak sebut 1,2 dan 3. Sesedap rasa, sesuka hati je dia bagi cadangan. Aku cepuk nanti kepalanya tu baru ada akal sikit agaknya.

“Aiyo Amoi. Lu ingat senang ka? Manyak susah wooo … Papa dengan Mama gua sudah sayang gila sama itu orang. Mahu nanti diaorang tak mengaku aku anak kalau aku putuskan pertunangan kiraorang ni” Tungggang-langgang dah bahasa yang aku gunakan. Lantaklah. Janji Suzy faham.

“Aiya. Kalau tak ada jodoh mau buat macamana mah? Lu tetap juga anak aunty Zura sama uncle Amat punya. Jangan takut la” Suzy sudah mula dengan slanga cinanya. Perli aku lah tu. Hampeh!

“Eii dahlah. Cakap dengan kau tambah pening aku dibuatnya. Pergilah sambung kerja tu. Kalau kau lama sangat kat dalam ni, siapa nak tolong angkat telefon yang berdering-dering kat luar tu? Takkan Makcik Leha cleaner kot kan?” Suzy bingkas bangun dari tempat duduknya apabila tersedar telefon di atas mejanya sudang menjerit minta diangkat. Tapi sebelum menutup kembali pintu bilik, sempat dia menjelirkan lidahnya pada aku tanda protes kerana menghalaunya. Aku tergelak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience