BAB 11

Crime Completed 67718

KAWAN KAU ADA DENGAN AKU.

LOKASI : TEMPAT AKU NIKMATI KEENAKAN ADIK KAU!!

Bergegas Auliya berlari ke bangunan yang di katakan. Lokasinya hanya dua kilometer sahaja dari tempat dia berada. Icam dalam bahaya!

Satu persatu anak tangga Auliya naiki dengan berhati-hati. Sehinggalah dia tidak sedar apa-apa dan dunianya menjadi gelap.

Matanya terbuka satu persatu. Kepalanya terasa sakit sangat. Seakan ada benda berat yang menghenyaknya.

Tangannya lenguh. Di ikat tepat pada kerusi kayu. Pandangannya samar. Hanya gelak tawa lelaki yang nyaring kedengaran di sini.

“Liya!” Macam pernah dengar suara ni. dia masih tak apat nak fokuskan apa-apa.

“Liya! Bangun Liya!!” Sekali lagi suara itu memanggilnya.

Beberapa ketika, barulah Auliya dapat kembali pendangannya yang samar. Syafiq?!! Kenapa dia dan kenapa bukan Icam?

“Ha ha ha ha! Jangan terkejut. Simpan dulu muka terkejut kau untuk melihat kematian seterusnya di depan mata kau. Kemudian, banyakkan lah berdoa, supaya kau mati dengan kenikmatan. Ha ha ha ha !!” Lizard! Jahanam!!

Kesukaran untuk Auliya membuka mulut dan menjerit. Mulutnya telah pun di tekup dengan kain yang tebal. Menyukarkan segalanya!! Oh Tuhan!

“Kacak jugakan kawan kau ni. lebih kacak dengan leleki dulu yang pergi ke syurga bersama peluru aku.” Di telek wajah Syafiq dengan jarak yang kurang satu sentimeter.

“Hei, jangan menjerit. Aku tahu apa yang aku buat. Kau jangan risau. Aku takkan menikmati teruna dia. Cumanya, jantung dia terlalu berharga buat aku. Kan?”

“Kau nak apa hah bodoh!” Syafiq di ikat di bangku satu lagi. jarak antara Auliya dan Syafiq hanyalah kurang sepuluh meter.

Kuncu-kuncu Lizard terlalu ramai. Peristiwa lampau di ulang tayang. Sebagaimana arwah di perlakukan.

Auliya cuba bangun namun gagal. Dia terjatuh dengan kerusi.

“Liya! Awak nak ke mana? Jangan buat benda gila!” Jerit Syafiq.

“Hei perempuan. Kau pun nak jadi sama macam adik kau ke?” Kali ini giliran Auliya pula.

Ikatannya di buka, dan tidak menunggu lama Auliya terpaksa melawan mereka. Walaupun dia tahu dia akan tewas. Tapi dia puas!

Kekecohan berlaku sektika. Beberapa orang Lizard mengambil tempat berlawan dengan Auliya. Pada mulanya, kemenangan berpihak kepada Auliya, namun di hujung perlawanan Auliya tetap tewas.

Dia di heret ke meja. Seakan bermain di mindanya apa yang akan terjadi kemudian. Kesakitan adiknya terasa meusuk di jantungnya.

“Liya!!!” Jerit Syafiq. Dia cuba meloloskan diri dan menyelamatkan Auliya, tapi sayang. Dia sendiri yang kena pukul separuh mati oleh kuncu-kuncu Lizard!

“Cantik juga kau ni kan. Makan free lagi aku malam ni.” Lizard berkata dengan ketawa yang di buat-buat.

Satu persatu butang baju Auliya di buka sehingga ke paras dadanya. Belum sempat segalanya terjadi, bunyi siren polis kedengaran dari bawah.

“Shit! Siapa yang call polis?!” Auliya menjeling Lizard dan kuncunya. Mereka kelam kabut mempersiapkan diri menghadapi pihak polis.

“Serah diri! Tak guna lagi awak semua nak bersembunyi di bangunan ini.” Suara dari pembesar suara polis kedengaran.

“Kawasan ni telah di kepung!! Sila serah diri! Tak guna awak semua bersembunyi lagi!” Pihak polis memberi amaran.

“Argh!!!” Satu hadiah tendangan dari Auliya berikan kepada Lizard. Tepat mengena sasaran! Puas hatinya.

Kekecohan berlaku sekali lagi untuk kali ke dua. Dan kali ini berdas-das peluru mencari mangsanya. Terutama Auliya. Dia sempat menyelamatkan diri di sebalik meja besi itu.

Pihak polis juga membuat serbuan terus ke atas bangunan itu. Tembak menembak terus terjadi. Auliya berlari untuk menyelamatkan Syafiq dan membuka ikatan pada Syafiq.

“Awak okey?” Sempat lagi Auliya bertanya.

“Saya okey. Jom kita keluar dari sini.”

Beberapa orang anggota polis cuba memberi perlindungan kepada mereka berdua. Merngkak dari terus menjadi habuan peluru berbisa.

“Yahhhh!” Berdas-das tembakan di arahkan kepada mereka berdua. Dan Auliya rebah sebelum sampai ke tangga.

“Liya!!!!” Jeritan Syafiq makin sayup kedengaran di pendengaran Auliya. Yang dia nampak hanyalah Maria adiknya dan Mukhlis, tunangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience