BAB 4

Crime Completed 67719

Tiba-tiba Auliya memberhentikan keretanya di tepi jalan. Menantikan seseorang.

“Kenapa berhentikan kereta?” Syafiq pelik.

“Tunggu orang.” Auliya melihat telefon bimbitnya dari tadi. Tidak menoleh langsung dengan Syafiq di sebelahnya.

“Sapa? Boypren ke?” Serkap jarang Syafiq buat Auliya rimas.

‘ “A’ah. Asal? Menyesal ikut saya?” Kali ini Auliya tidak mahu diam lagi. dari tadi asyik suara dia aja yang membebel dalam kereta ni. semak! Tahu tak serabut kepal otak!

“Tak lah. Apa nak menyesalkan. Layankan jelah.” Tersenyum-senyum Syafiq melihat Auliya yang ralit melihat telefon bimbitnya.

“Mana boypren awak ni? dah nak dekat sejam duduk dalam kereta.” Keluh Syafiq.

Selang beberapa minit, telefon Auliya berbunyi. Mesej berhgambar masuk.

“Ya Allah!” Serentak dengan itu, cermin kereta Auliya di baling dengan batu. Dari arah mana dia tak pasti.

Mereka berdua keluar dari dalam kereta. Melihat kalau-kalau ada yang mencurigakan. Namun, segalanya nampak biasa. Tiada orang di sini. Hanya mereka berdua.

“Kita pergi hospital sekarang!” Arahan dari Auliya membuatkan Syafiq blur kejap.

“Nak ikut tak?”

“Dengan kereta ni? awak gila ke?” Komplen Syafiq.

“Awak nak mati dekat sini ke? Atau nak ikut saya je?” Syafiq terus masuk ke dalam kereta Auliya tanpa banyak cakap.

Sebelum ke hospital, sempat lagi Auliya balik ke rumahnya. Rumah milik kedua ibu bapanya.

“Awal Liya balik.” Tegur Datin Lidya di taman mininya bila melihat kelibat anak sulungnya pulang ke rumah.

“Nop mama. Liya cuma nak tukar kereta. Kereta Liya cermin pecah.” Kunci di capai sekejap sahaja. Terkedu Syafiq melihat Auliya. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya. Namun itu lebih kepada peribadi bukan kerja. Jadi dia hanya mendiamkan diri sahaja.

“Kita naik Preve ni ke hospital.” Auliya sudah pun bersedia di dalam kereta untuk bergerak ke hospital sesegera yang mungkin.

“Awak nak tunggu dekat sini sampai esok pagi ke?” Petanyaan Auliya membuatkan Syafiq seolah baru tersedar dari lena yang panjang.

Berlari Syafiq masuk ke dalam kereta Auliya. Peh! Wangi siot! Sedap gila bau minyak wangi kereta dia ni.

Sesampai di hospital, Auliya terus ke wad kecemasan. Menunggu dengan debaran yang terkira lajunya.

“Dokter, Icam macam mana?” Dokter yang baru sahaja keluar dari wad itu terhenti bila di soal oleh Auliya.

“Dia sudah selamat. Alhamdulillah. Awak ni siapa ye?”

“Saya kakak Icam.” Auliya kelentong.

Selesai berbicara dengan Dokter Hilmi, Auliya terduduk di kerusi yang tersedia di situ. Meraup wajahnya menahan debaran jiwa yang menggoncang.

“Awak okey?” Soal Syafiq. Kali ini nadanya amatlah lembut. Tidak seperti tadi. Pot-pet, pot-pet macam burung kak tua.

“Saya okey.”

“Awak nampak macam tak okey.”

“Saya okey Syafiq. Kalau awak nak balik ke balai, awak boleh gunakan kereta saya. Nah.” Kunci keretanya di hulurkan kepada Syafiq.

“Tak. Saya stay sini dengan awak.”

Auliya tidak berkata apa. Hanya mendiamkan diri dan terus mendiamkan diri. Kepiluan datang bertambah-tambah. Sehinggakan apa yang dia rasakan waktu ini, seolah sama dengan apa yang pernah terjadi kepada tunangnya sewaktu handle kes yang sama.

Diam tak diam, Auliya tertidur di sebelah Syafiq. Lenanya mimpi indah yang datang bertamu.

“Liya..” Auliya memandang wajah tunangnya. Bersih.

“Liya kena janji dengan Is, yang Liya akan bantu mereka yang di tipu.” Mukhlis duduk menghadap Auliya. Senyuman yang sama seperti pertama kali saat jatuh cinta.

“Liya janji.” Mukhlis hilang perlahan-lahan dari matanya. Auliya menjerit sekuat hati. Berlai mencari di mana Mukhlis berada. Namun sia-sia.

“Auliya! Auliya. Bangun!” Bahunya tergoncang-goncang.

“Auliya bangun. Awak bermimpi.” Auliya tersedar dari lenanya. Di buka mata yang ada hanyalah Syafiq yang cuba mententeramkannya.

“Auliya awak bermimpi. Awak menjerit. Kenapa?” bertubi soalan yang ajukan. Namun, satupun tidak di jawab.

Auliya meraup wajahnya. Mengucap perlahan dan beistigfar mengingati Allah. Subhanallah. Astagfirullah hal’azim-x7.

“Liya, kau okey?” Tanya Icam yang sudah sedarkan diri. Ternyata, Auliya tidak perasan Icam dah sedar.

“Aku okey. Sorry, tertidur pulak. Sepatutnya aku berjaga.” Kesal di hatinya bila tertewas dalam pesedihan hati.

“Sokey. Sikit je ni.”

“Sikit? Dah hampir patah tulang kau kata okey? Bagus betul. Bak sini biar aku patahkan terus.” Auliya sudah mula membuat aksi ganasnya, seolah igin mematahkan betul tangan Icam.

“Eh, eh, eh. Aku gurau je.” Icam menjerit. Agar Auliya tidak meneruskan rencananya itu.

“Tahu takut.”

“Sapa ni Liya?” Tanya Icam. Sejak dia tersedar sejam yang lalu, dia ,melihat lelaki itu meminjamkan bahunya untuk Auliya beradu. Sama seperti apa yang pernah di lakukan oleh abangnya.

“Oh lupa nak kenalkan. Ni Syafiq. Partner baru aku.”

Syafiq dan Icam bersalaman walaupun tangan Icam tidak boleh bergerak bebas seperti sedia kala, tetapi jarinya masih lagi boleh menyambut salam dari Syafiq.

“Partner keje jekan? Bukan partner Mukhlis?” Icam berseloroh. Tetapi dalm lawaknya terasa luka yang di simbah cuka dan di perahkan limau sakitnya!

Syafiq membuat muka blur. Auliya dan Icam pura-pura ketawa. Seterusnya di ikuti oleh Syafiq yang tidak tahu hujung pangkal cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience