BAB 7

Crime Completed 67719

Sesampai sahaja di balai, Auliya tidak banyak bercakap. Melakukan rutin harian seperti biasa. Dan kelibat Syafiq juga tak ada di meja sebelah Auliya. Mungkin belum balik dari perjumpaan orang penting.

“Auliya. Masuk ke bilik saya sekarang.” Tuan Mokhtar berlalu dan masuk ke pejabatnya.

Seperti biasa, pintu di ketuk dan Auliya di beri kebenaran untuk duduk di hadapannya.

“So, setakat ni sampai mana pencapaian maklumat yang awak peroleh?”

“Sekarang saya dah tahu di mana keberadaan Udin dan kuncu-kuncunya. Mereka bukanlah dalang yang besar di sebalik semua ni. mereka hanya anak ikan. Tapi dengan bantuan informer saya, insya Allah. Segalanya akan selesai.”

“Bukan itu yang saya nak tahu. Saya nak tahu lebih. LEBIH Auliya!” Tuan Mokhtar angin.

“Baiklah. Pertama, Udin berada di sekitar kawasan hutan di bandar ini. Di situ hanyalah tempat dia memproses bahan kimia dan beberapa bahan yang lain untuk membuat dadah.

Kawalan mereka terlalu ketat. Sehinggakan, kami memerlukan jarak anatara lima kilometer hingga tujuh kilometer dari paras bukit untuk melihat kegiatan mereka.

Pemerdagangan orang dan pembedahan ke atas manusia untuk di ambil organ tidak di lakukan di situ. Dan tempatnya masih lagi dalam siasatan kami.”

“Informer awak tak tahu ke di mana mereka buat pembedahan organ tu?”

“Kami sedang berusaha untuk mengesannya.”

“Sampai bila?”

“Sampai saya tahu dimana lokasi mereka bawak semua anak gadis yang mereka culik dan rogol itu. Dan saya akan pastikan mereka semua ke tali gantung! Menerima hukuman yang setimpal!”

“Awak bercakap macam ni sebab awak nak balas dendam atau awak nak bantu siasatan kami ke atas kes?”

“Dua-dua.”

“Auliya, kalau macam nilah keputusan awak yang tak rasional, lebih baik awak undur diri dari terus mencari maklumat ini.

Saya takkan biarkan anggota saya buat kerja di bawah rasionalnya. Hanya mengikut perasaan yang tak stabil hanya untuk balas dendam.”

“Tapi Tuan. Mereka memang patut terima semua balasan ni. dengan apa yang mereka buat, tak setimpal dengan apa yang mereka terima. Ini tidak adil Tuan.”

“Auliya!”

“Saya minta maaf. Ini adalah arahan dari pihak atasan. Awak tidak di benarkan mengikuti terus perkembangan kes dan awak tidak di benarkan lagi terus mengetuai kes ini. Saya minta maaf. Ini suratnya. Berkuatkuasa serta merta.”

Tuan Mokhtar menghulurkan satu keping sampul surat berwarna putin bersih kepada Auliya. Tidak di ambilnya. Hanya di biarkan kosong di meja.

“Kami beri awak tempoh cuti selama tiga minggu. Lepas tiga minggu, awak boleh datang semula ke sini. Buat kerja awak semula. Boleh?”

Auliya tidak banyak bercakap. Namun terus merampas surat yang berada di meja Tuan Mokhtar. Di hempaskan badannya ke kerusi empat roda. Fikirannya serabut sangat.

“Awak okey? Kenapa ni.” Suara yang terlalu di kenalinya.

Entah kenapa, airmatanya laju mencurah membasahi pipi.

“Hei, kenapa ni. jangan lah menangis. Liya okey tak ni?” Syafiq melutut melihat keadaan Auliya seakan berserabut.

“Liya.. Liya, pandang saya. Awak kenapa? Cuba ceritakan dekat saya. Awak kenapa?” Syafiq masih lagi cuba memujuk.

“Saya nak balik.” Tanpa menjawab soalan dari Syafiq, Auliya terus berlalu meninggalkan Syafiq di mejanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience