BAB 5

Crime Completed 67718

Seperti kebiasaanya, hidup Auliya tidak banyak yang berubah. Hanya sesekali dia terasa kehadiran Syafiq di sini berbaloi.

Banyak maklumat yang di terimanya sejak pertambahan anggota untuk menangkap sindiket pemerdagangan manusia dan dadah di jabatannya.

Hubungan antara Syafiq dan Auliya juga semakin rapat. Namun, tidak melebihi ikatan seorang rakan kerja sahaja.

“Aku tengok, dia tu ada je mana kau pergi. Macam bodyguard kau pulak.” Icam bertanya. Serius wajahnya.

“Biasa je. Tak ada pun yang lebih mahupun kurang antara kami. Nama pun partner kan.” Auliya meneliti maklumat yang di berikan oleh Icam kepadanya tadi.

Terbaik punya Icam!

“Ye ke. Kalau biasa-biasa kenapa dari tadi dia dok tenug sini je. Macam tak kenal je aku siapa.” Icam masih terus bertanyakan soal Syafiq. Namun, Auliya lebih tertarik dengan maklumat dan gambar yang di print oleh Icam itu.

“Jangan nak mengarut.Biasalah, sekarangkan kami kena pantau. Dan dia juga sebahagian dari semua ini. Kenapa? Cemburu?” Kini Auliya beralih perhatian melihat Syafiq yang spontan mengalih pandangan melihat ke tempat lain. Auliya tersenyum.

“Biasa? Macam tu kau kata biasa? Oh come on lah Liya! Macam kau tak tahu taktik lelaki ni.”

“Aku dah malas nak ambil tahu.”

“Liya, kerja-kerja juga. Hiup must go on. Yang dah pergi biarkan dia pergi. Yang masih hidup ni kena teruskan.”

“Okey Cam. Thanks for the infomation. Macam biasa okey.”

Auliya menyimpan sampul surat bersaiz A4 berwarna coklet ke dalam beg selempangnya. Di keluarkan topi Quick Silver, hadiah dari tunangnya.

“Walau apa pun, jangan pernah seksakan hati kau kerana yang lepas. Bebaskan apa yang patut kau lakukan. Kita tetap keluarga Liya.”

Hari yang di nantikan telah tiba. Walaupun kelibat Udin masih lagi dalam pencarian, mereka yakin. Udin adalah kambing hitam untuk sindiket ini. Berhari jugalah anggota polis buat penyamaran menjaga serata kawasan rumah Udin.

Jangan harapkan dirinya, bayang wajah Udin pun mereka tak nampak. Atau mungkin dia tahu yang dia sekarang ni sedang di buru.

“Kenapa termenung sorang-sorang dekat sini?” Auliya kenal sangat suara sapa tu.

Diam seketika.

“Tepi sikit.” Syafiq dengan selambanya duduk sebelah Auliya di kerusi panjang di pondok rehat balai.

“Janganlah diam je. Tak pernah-pernah awak diam macam ni. ada apa-apa masalah ke?”

Bagai di awangan terasa di ambil berat sangat. Walaupun berat baru 65kg. Opss!

“Pelik betul awak ni.” Akhirnya, Auliya bersuara juga.

“Lah, ada suara rupanya. Ingatkan tadi Inspekter Auliya yang saya kenal bisu rupanya. Ha ha ha.”

“Saya tak da mood nak berbual. Jadi saya diam. Any masalah Syafiq?” Berterabur ayata Auliya. Apalah, tak kena betul.

“Hi hi hi .. Kelakarlah awak ni Liya.”

Aik? Sejak bila dia pandai panggil nama aku tanpa Au di depannya? Lantaklah. Cewah.. padahal dalam hati, riang berbunga!! Huhuhu..

“Jadahnya yang kelakar?” Auliya masih berlagak serius.

“Hem.. tak ada apa-apa. Awak dah makan malam? Awak shif pagi kenapa tak balik lagi? tunggu pakwe yang tu hari ambil ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience