BAB 6

Crime Completed 67719

Sekali lagi serkap jarang Syafiq buat Auliya jadi rimas! Rimas sesangat rimas. Ada jugak kang aku tumbuk ni.

“Apa guna bawak kereta lepas tu nak suruh orang ambil? Apalah. Dahlah. Bai.” Auliya sgerakan langkahnya untuk berlalu meninggalkan Syafiq terkontang kanting sorang-sorang di kerusi panjang itu. Tak faham.

Hari ini Auliya tidak terus masuk ke balai. Tetapi terus berjumpa dengan Icam untuk mendapatkan maklumat Udin di mana sekarang. Mujur ada Icam, yang sudi membantunya mencari kebenaran di sebalik puzzel.

“Satu kad hilang kita kena cari juga walaupun susahkan. Thanks a lot Icam.”

Auliya teramat berpuas hati dengan kerja Icam sebagai detektifnya. Memudahkan lagi kerjanya untuk menangkap jerung besar.

“Well. Demi cinta yang pernah bersemadi di antara kita. Aku takkan tinggalkan kau selagi mana kau masih perlukan maklumat ni.” Senyuman Icam kali ini teramat manis. Mungkin hari ini dia tertelah gula pasir banyak sangat kut.

“Asal lain macam je ayat kau ni. ada apa-apa?” Auliya menyimpan semua dokumen yang di berikan oleh Icam di beg selempangnya.

“Ada benda mungkin boleh di kategorikan sebagai kebetulan. Tapi kalau asyik ‘kebetulan’ jumpa, masih sama ke maksud kebetulan tu?” Icam bermaik teka teki.

Berkerut muka Auliya mendengarnya.

“Ni lagu rep mana kau kebas? Ke sajak kau yang terbaru?” Geli hati Auliya mendengarnya. Ketawa di buatnya.

“He he he. Lawak ea? Habis yang dekat belakang kau tu apa, lawak jugak ke.”

Auliya menoleh ke belakang. Sentak dia di buatnya. ‘Apa dia buat dekat sini?’

“Oh, tu. Dia nak jumpa orang dia kut. Biarlah dia. Let’s continue.” Auliya malas nak bersoal jawab lebih-lebih.

“Herm. Yelah tu. Kalau nak jumpa orang dia kenapa dari kita sampai, duduk sini dia tak blah-blah lagi. Aku tak nampak pun ‘orang’ yang dia nak jumpa tu.”

Sengaja Auliya buat muka blur.

“Okeylah. Malam nanti kita jumpa lagi. aku nak ke sini. Atau kau boleh bawak aku ke tempat Udin ni?”

“As you want to do. I will. Anything untuk cinta kita.”

Mereka berdua bergelak sakan. Entah apa yang di borakkan, membuat hati Syafiq galak berlaga dengan akalnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience