BAB 8

Crime Completed 67720

Kereta Proton Preve Hitam di pandu laju. Meninggalkan kawasan balai polis. Di tujunya tempat yang biasa di perginya tika kelapangan.

Mati. Satu-satunya hal yang pasti terjadi kepada sesiapa jua. Tidak kira siapa, dimana, bagaimana dan kenapa.

Jasad yang tiada nyawa, tetapi tanda kubur sebagai ingatan dia tiada. Auliya membacakan surah Yassin kepada kedua arwah dan almarhumah orang yang di sangat cinta.

“Maria, akak janji. Akak akan tuntut bela keatas kau sebelum kau pergi menghadap Ilahi. akak janji. Walau akak terpaksa menggadaikan nyawa demi Maria.”

“Seperti kita baru sahaja berkenalan semalam. Dan hari ini awak telah pergi menemu Pencipta awak. Saya rindukan awak. Saya takut untuk cari pengganti. Takut dia juga akan menerima nasib yang sama dengan saya.

Saya minta maaf. Kerana saya, awak pergi selamanya. Saya minta maaf Mukhlis. Maafkan saya.”

Guruh berdentum kilat sabung menyabung. Hujan membasahi bumi seolah turut sama menangisinya. Kepedihan yang harus di telan walau tak rela.

“Liya..”

Guruh berdentum di langit menghalang pendengaran yang jelas buat Auliya mengenal pasti suara yang memayunginya.

“Liya, jom kita balik. Nanti awak demam kalau terus berada dalam hujan.” Syafiq menyangkung memayungi Auliya yang menangis memeluk kubur Mukhlis. Tunangannya.

Kasihan. Itulah yang berada di benak hatinya. Melihat gadis ini menangis di depan dua kubur yang dia tak tahu siapa mereka dengan Auliya. Mungkin mereka yang rapat dan ahli keluarga mungkin. Tidak dia terus bertanya lanjut dalam keadaan Auliya sebegini.

Di pondok usang ini mereka berteduh sementara menantikan hujan berhenti mencurahi bumi Ilahi.

“Saya tak tahu siapa mereka dengan awak. Tapi kalau awak tak keberatan, ceritalah dengan saya apa sebenarnya terjadi sehinggakan awak membawa diri ke sini.”

Suara Syafiq berselang seli dengan dentuman guruh di langit.

“Maria dan Mukhlis.”

Syafiq menanti cerita seterusnya dari Auliya tanpa sebarang pertanyaan lagi. biarlah Auliya meluahkan segalanya dahulu.

“Maria adik perempuan saya. Kami dua beradik. Dia meninggal sewaktu kami cuba menyelamatkan dia dari perkosaan Mr.Lizard.”

“Mr.Lizard?” Syafiq bersuara.

“Dia adalah ketua bagi komplot yang di sertai Udin.”

“Dia menangkap adik saya semasa adik saya baru selesai menjawab soalan paper akhir SPM masa dia tunggu saya ambil dia di bustop sekolah.

Udin telefon saya. Memberitahu saya Maria di culik. Sekiranya saya mahukan adik saya selamat, mereka minta pihak berkuasa membiarkan mereka terus dengan aktiviti mereka tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa.”

“Malam tu, segalanya berubah. Mereka tidak menepati janji. Malam itu mereka menelefon saya dan mahu berjumpa dengan saya. Saya sampai dulu dari pihak polis di bangunan lama sekitar Johor. Depan mata saya, Maria di perlakukan tak ubah seperti binatang. Namun, apakan daya saya. Di ikat kedua belah tangan di belakang kerusi bila saya tertangkap oleh ahli mereka.”

“Kesakitan yang di rasakan adik saya tak sama dengan apa yang mereka gambarkan. Macam mana depan mata sendiri maruah adik saya di rampas oleh syaitan yang bertopeng manusia itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience