BAB 12

Crime Completed 67719

SEMINGGU BERLALU…

Yassin.. Walkur’anilhakim.. Syafiq membaca surah Yassin buat arwah. Menitis bergenang airmatanya. Kesayuan mencengkam alam.

“Dahlah. Janganlah awak menangis. Semua ni suratan takdir.” Gadis itu cuba menenagkan Syafiq yang baru sahaja selesai menghabiskan bacaan Yassin.

“Baru sekarang saya faham segalanya.”

“Kenapa awak dan Icam begitu rapat. Maafkan saya. Selama ni saya salah faham tentang awak dan Icam.”

“Tak pa. Benda dah jadi. Apa yang penting, kita kena teruskan kehidupan ni. apa yang telah pergi, redha dan iringkanlah doa.” Auliya cuba memujuk hatinya juga.

“Jom kita balik. Icam dah tunggu kita dekat kereta tu.”

“Aku balik dulu. Ada masa aku datang sini ziarah kau dengan Maria.” Syafiq bercakap seolah Mukhlis ada bersama dengannya di depan mata.

“Jom.” Merek meninggalkan kawasan perkuburan dengan hati yang walang. Insiden seminggu yang lalu meninggalkan kesan yang mendalam buat Syafiq.

Alhamdulillah. Segalanya di permudahkan oleh Allah. Lizard telah pun di tangkap oleh pihak berkuasa. Cuma, ada beberapa orangnya sahaja yang mati semasa pihak polis menyebu bangunan itu.

“Bro.” Icam memanggil.

Syafiq tersenyum melihat Icam yang makin sihat. Kaki kiri dan tangan kananya cedera terkena peluru.

“Sorry dok. Pasal tu hari. Aku ingatkan kaulah tunang Liya. Sorry sngat salah sangka.” Syafiq memulakan biacara. Merek bertiga masih tidak berganjak dari kawasan perkuburan. Auliya dan Syafiq duduk di batu jalanan. Sementara Icam duduk di kerusi roda. Yang di tolak oleh adiknya, Puteri.

“Sokey. Kalau aku jadi kau pun aku akan fikir benda yang sama.” Icam hanya tersenyum.

“Lepas ni kau nak buat apa Liya?” Kali ini giliran Auliya pula yang di tanya.

“Aku ingat nak buka kedai. Kedai buku.” Jawab Auliya.

“Lagi pula, Puteri dah janji dengan aku nak tolong aku.” Auliya memandang wajah polos remaja Puteri yang berdiri di belakang kerusi roda Icam.

“Ceh! Aku tak tahu pun yang dia ni nak tolong kau.” Icam seakan menjauh hati.

Selama mereka kenal, tiada rahsia antara mereka berdua. Sejak di bangku sekolah menengah sehinggalah di zaman universiti.

“Kejap. Liya awak nak buka kedai buku? Lepas ni awak akan berhenti dari jadi polis?”

“Ha ha ha. Yep. Kenapa?” Auliya melihat krut seribu di wajah Syafiq.

“Habis siapa yang akan jadi partner saya?”

“Tuan Mokhtar lah..!” Serentak Auliya dan Icam menjawab.

Suasana pilu berubah ceria. Masing-masing seronok bercerita tentang Tuan Mokhtar yang suka menjerit dan cepat marah. Tetapi, dia baik. Sampaikan membantu Auliya di berikan kelonggaran sedikit dalam menangani kes ini.

Dan, itulah yang akan di buat oleh Auliya. Semuanya dah selesai. Apa lagi yang hendak dia tunggu lagi? janji telah di tunaikan.

“Awak tak boleh berhenti. Kami memerlukan awak dalam pasukan ni.” Itulah kata Tuan Mokhtar. Nadanya perlahan, namun cukup menyentapkan hati. Sedih..

“Tapi Tuan, saya dah janji. Selesai kes ini saya akan berundur. Saya di sini pun hanya kerana arwah Lans Koprel Mukhlis dan adik saya yang menjadi korban.”

“Saya dah tak ada apa lagi nak buat dalam jabatan ni. saya minta maaf Tuan.”

Kalau keputusan sudah dibuat, apakan daya kuasa Tuan Mokhtar untuk menghalang lagi.

Sebulan kemudian, terdengar siren polis menuju ke rumah agam milik keluarga Auliya. Pelik. Kenapa pihak polis ke sini? Ada penjenayah?

“Perhatian kepada Auliya Qaisarah!”

Papa dan mama Auliya memandang sesama mereka. Berlari mereka keluar menjenguk di luar pintu masuk. Liya yang masih blur menghampiri kedua orang tuanya.

“Liya.. Ada apa ni sayang? Kenapa polis datang sini?” Papa Auliya bertanya.

“Tak tahu.” Kelopak matanya mula bergenang.

Mereka bertiga jalan menuju ke pintu pagar yang sudah terbuka separuh. Hanya ada satu kerete peronda polis. Siapa yang memanggilnya dan masih lagi di dalam kereta. Tidak keluar.

Apabila pintu kereta itu di buka, Syafiq dengan pakaian rasmi anggota polis keluar. Dengan wajah yang serius memandang Auliya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience