BAB 9

Crime Completed 67720

Kehadiran Mukhlis agak lewat. Berlaku perbalahan antara mereka dan pihak polis. Saya nampak adik saya terkulai layu di meja tanpa seutas benang. Sekuat tenaga saya cuba melepaskan diri dan menyelamatkan adik saya.

Sayang sekali. Mereka lebih awal bertindak. Dua das tembakan terkena tepat di kepalanya. Dunia saya kosong. Kekecohan yang berlaku tak ada nialinya buat saya sekiranya saya juga menerima nasib yang sama dengan Maria.

Hampir saya jadi mangsa peluru mereka. Namun di halang oleh tunang saya. Semuanya hilang dalam sekelip mata. Hidup saya berubah sejak itu. Sehingga Tuan Mokhtar tidak membenarkan saya handle kes ni lagi. dan secara automatiknya, saya telah di keluarkan dari siasatan kes.”

“Kenapa mereka menggantungkan awak dari teruskan siasatan? Kita dah hampir ke penghujungnya.”

“Saya tak tahu. Pihak atasan memberi saya surat. Mereka bagi saya tempoh tiga minggu untuk bercuti selama mana kes sedang berlangsung. Tapi saya tak nak.”

“Jadi sekarang ni macam mana? Tuan bagi awak teruskan ke kalau awak tak nak terima cutinya?”

Ya Allah. Kenapalah si Syafiq ni slow sangat. Dah terang lagi bersuluh. Pihak atasan tak nak terima Auliya terus dengan kes ni. Syafiq!! Tak nampak ke???

“Saya takkan lakukkan ni. dengan awak lagi. tapi dengan Icam. Kami perlu halang mereka secepatnya.”

“Icam! Kenapa dia? Sayakan partner awak.”

“Saya tak kira. Walau apa pun, saya akan tetap di sisi awak. Walaupun awak bercuti ke, berhenti ke. Saya akan tolong awak tangkap mereka.”

“Thanks sebab sokong saya.”

“Saya takkan tinggalkan awak. Saya janji.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience