BAB 10

Crime Completed 67718

Tiga minggu Auliya tidak menghadirkan diri ke balai bermula hari ini. Dia perlu mengikut rentak yang di rancang oleh Syafiq. Mujur, dia masih nak membantu Auliya. Sekurangnya, kami bertiga dapat membantu pihak berkuasa dengan cepat.

“Syafiq, awak ada jumpa Auliya ke kebelakangan ni?” Tiba-tiba soalan itu yang terpacul dari mulut Tuan Mokhtar semasa mereka makan tengahari bersama dua anggota lain.

“Tak ada Tuan.” Wajahnya di tunduk melihat makanan yang masih belum terusik. Hilang seleranya bila di soal mengenai Auliya yang melarangnya berjumpa untuk memudahkan kerja. Katanya.

“Herm. Soal hati dan perasaan jangan sesekali di campurkan dengan urusan kerja. Ibarat, nasi ni jangan sesekali di tuangkan dengan air Milo ni hanya kerana inginkan kuah. Tak sedap rasanya. Air Milo untuk di minum. Dan nasi untuk di makan. Atau, pilih salah atu di antara dua. Segalanya akan mudah.”

Tersedak Syafiq di buatnya. Dia faham apa yang cuba di sampaikan oleh Tuan Mokhtar. Namun, segalanya terlewat.

Auliya berjalan sendirian di kawasan gelap ini. Dia yang lengkap berpakaian lengan panjang dan topi Quick Silver serta beg selempang. Bercermin mata bulat seakan pelajar kolej lagaknya.

“Liya, bersedia. Apa-apa yang mencurigakan, roger aku.” Suara Icam jelas kedengaran di earphone mini yang di cipta khas oleh arwah Mukhlis dulu sewaktu mereka bertunang. Katanya, kalau mereka bergaduh, dia akan pujuk Auliya menggunakan ini. Dan macam lagi perangai pelik dan benda yang pelik di ciptanya bersama Icam secara rahsia.

“Okey. Kau jaga diri.”

Sedang asyik matanya memerhatikan setiap sudut bangunan ini, sebatang anak panah yang di ikat dengan sekeping nota tertatap tepat di dinding paras matanya.

Auliya terpaksa berhentikan langkahnya. Di lihat sekelilingnya. Tiada siapa. Hanya dia seorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience