BAB 3

Crime Completed 67720

Tidak banyak kata semasa mereka di dalam kereta. Fokus Auliya hanya di jalanraya. Entah kemana kereta di pandu, Syafiq tidak dapat mengagak.

Kerete di parkir bertul-betul di hdaapn sebuah rumah kayu. Rumah yang biasa-biasa tetapi banyak kenangan yang ada di sini.

“Assalamualaikum..” Auliya memberi salam. Namun salamnya tidak di jawab.

Sekali lagi Auliya memberi salam. Sehinggalah salamnya di sahut oleh seorang wanita yang telah uzur.

Mereka di jemput naik.

“Kami dari Balai Polis Masai. Boleh saya jumpa anak puan?” Tanya Auliya.

“Siapa?” Tanya Mak Lang.

“Udin.”

“Dia tak ada.”

“Dia kemana?”

“Mak cik tak tahu dia dekat mana sekarang. Dah sebulan dia tak balik rumah.”

“Dia ada menghubungi mak cik? Macam telefon, hantar surat ke?”

“Tak da. Kenapa nak? apa yang Udin buat sampai pihak polis cari?”

Sungguh jelas riak di wajah Mak Lang ini. Kegusaran seorang ibu dan sudah pastinya naluri seorang ibu berkata benar.

Semuanya di beritahu oleh Auliya. Syafiq hanya mendiamkan diri sejak membuntuti Auliya sampai ke rumah Udin.

“Ya Allah..”

“Baiklah mak cik. Kami minta diri dulu. Sekiranya mak cik ada apa-apa maklumat tentang Udin, mak cik bolehh terus hubungi kami. Kerjasama dari pihak mak cik akan membantu kerja kami. Dan menyelamatkan anak gadis yang tidak berdosa ke kancah durjana.”

Mereka meyalami Mak Lang sebelum berlalu dari situ.

“Awak kenal mereka?” Tanya Syafiq ketika mereka dah di pertengahan jalan.

“Tak.”

“Tapi cara awak cakap dan tanya macam dah lama kenal. Sirius, saya kagum.”

“Dah berapa lama awak dalam jabatan polis ni?”

“Lama tak lama, baru pun tak baru. Kenapa?”

“Saya fikir, semua anggota dah di terapkan macam mana nak psiko orang. Terutama mereka yang terlibat dalam kes.”

“Ye. Memang ada. Tapi cara awak betul-betul buat saya kagum gila. Jaranglah saya jumpa perempuan macam awak. Terutama yang sedang handle kes macam ni.”

“Kebiasaannya, mereka kurang dalam penyabaran. Sebab kalau boleh nak kes settle cepat. Tapi awak?

Tengok jelah. Sampaikan satu tahap, Tuan Mokhtar minta bantuan saya dalam tangani kes ni. jadi partener awak pulak tu. Rasa bangga pulak. Ha ha ha.”

Auliya melihat gelagat Syafiq sekali imbas sahaja. Fokusnya hanya di jalanraya.

“Awak nikan, kuat berbual. Tapi bila jumpa mak Udin, diam membisu. Macam awaklah pesalah yang akan di sabitkan kesalahan.”
“Ha ha ha. Awak jangan salah faham. Saya diam sebab saya nak tengok sejauh mana interaksi awak berjumpa dengan mereka yang berkait rapat dengan suspek. Tu je. Jangan salah anggap pulak.”

“Oh ye ke?”

“Yelah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience