BAB 13

Crime Completed 67719

“Selamat pagi pak cik. Mak cik. Saya datang ke sini kerana ingin menangkap anak mak cik dan pak cik keran dia telah di dapati membuat jenayah.”

Seriau bunyinya di pendengaran Auliya. Matanya mula menampung airmata yang bila-bila masa sahaja akan mengalir.

“Apa saya dah buat? Jenayah apa yang saya lakukan?” Sebak suaranya.

Mama dan Papa Auliya mengundur sedikit ke belakang. Tersenyum.

“Liya..”

“Awak dah buat jenayah. Dan awak kena bertanggungjawab ke atasnya.”

“Apa? Saya dah buat apa? Kenapa saya kena tangkap?”

“Saya takkan biarkan penjenayah macam awak bebas. Saya akan gari awak dan awak akan teima hukuman yang setimpal.”

Mengalir juag airmatanya. Bila terasa mama dan papanya hanya mendiamkan diri tanpa cuba menghalang insiden itu terjadi.

‘Ya Allah! Apa aku dah buat!’ Jerit suara hatinya.

Syafiq melutut di hapan Auliya. Di genggamanya sekotak cincin yang cantik berbungkus dengan baldu merah.

“Auliya..”

“Awak dah buat jenayah ke atas saya. Awak curi hati saya. Awak curi perhatian saya. Awak rampas ketengan saya. Saya harap awak sudi menerima hukumannya. Sudi tak awak menjadi pelengkap hidup dunia saya. Hingga ke akhirat?”

Ya Allah! Maha Suci Mu. Allahuakhbar!!

“Syafiq.. awak buat nafas saya jadi sesak.”

“Saya sudi terima lamaran awak. Asalkan awak juga sudi terima balasan dari saya sebab buat saya jadi takut!!”

Lintang pukang Syafiq berlari menginggalkan Auliya yang mengejarnya dari belakang untuk menyerangnya bila-bila masa.

Mama dan papa Auliya hanya ketawa. Di sebalik rimbunan pohon rambutan yang rendang terselit seseorang yang di upah oleh mama dan papa Auliya sebagai jurugambar yang tak berbayar.

Semuanya telah di rancang terlebih dahulu oleh Icam, Syafiq dan kedua orang tua Auliya.

Syukur.. segalanya mudah apabila di permudahkan oleh-Nya. Tenang menjalani apabila mendapat keredhaan-Nya.

Di sebalik siren Preve Putih milik polis, terselit banyak kenangan pahit manis kehidupan sebagai anggota polis.

Zahirnya semuanya tampak biasa. Namun, apabila kesakitan itu hadir seumpama sebutir peluru sudah bersemanyam dengan jasad bernyawa bila kehilangan.

Apa-apa pun, hidup harus di teruskan. Walau pedih, haruslah mencari ubatnya. Ubati agar bisa kembali bersemangat dan kuat menghadapi apa jua keadaan yang tidak terduga. Dan satu lagi, mereka yang menyarungkan uniform keselamatan ini dari segi luaran tampak garang, gagah dan kuat tapi jangan kau fikir dalam hati mereka takde taman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience