BAB 2

Crime Completed 67718

Bosan. Rasa seperti nak menjerit biar pekak telinga Tuan Mokhtar ni. berlagak tak bertempat!

“Jadi sekarang Tuan nak saya buat apa?” Soal Auliya malas nak memanjangkan cerita.

“Saya nak awak handle kes lain. Biar kes ni orang lain yang buat.”

“Ni arahan atau kena paksaan?” Kali ini giliran Auliya pula yang menyindir.

“Awak ada pilihan lain ke selain ni?” Sinis senyuman Tuan Mokhtar yang sudah kembali di tempatnya.

Suasana sepi seketika. Masing-masing bermain akal untuk mengenakan sesama mereka.

“Baiklah. Saya terima sebagai arahan Tuan.” Seakan tidak percaya bahawa itulah yang keluar dari mulut Auliya.

“Syabas. Awak buat pilihan yang bijak sekali.” Satu tepukan di berikan kepada Auliya.

“Kalau saya tak terima apa pilihan yang saya ada?”Sekali lagi, dia tak mahu mengalah.

“Awak boleh minta tukar ke jabatan yang lain kalau awak nak. Dan saya akan pastikan yang awak akan di terima di sana. Aman sikit jabatan saya ni.” Sungguh angkuh Tuan Mokhtar menjawab.

“Hem. Saya minta diri dulu Tuan kalau dah tak ada apa-apa lagi.” Auliya sudah bangun dari tempat duduk. Dan menapak meninggalkan Tuan Mokhtar bermain pen yang di pegang kuat menahan geram.

Suasana yang pilu tiba-tiba mencengkam sukma Auliya. Sejak kebelakangan ni, Auliya banyak menyendiri dari terlibat dengan temannya yang lain. Kecuali kalau ia merangkap hal kerja, barulah Auliya ada sekali.

Kejap gambar yang di simpan beberapa jam yang lalu di laci meja kerjanya di ambil. Di lihat satu persatu gambar yang ada di kepingan filem itu.

“Kau akan tewas juga nanti.”

“Inspekter Auliya.” Suara yang amat di kenali memanggil namanya siap pangkat lagi.

‘Apa lagi yang dia nak?’ Auliya bermonolog sendirian.

“Saya perkenalkan awak dengan rakan sekerja awak. Sekali rakan kongsi awak di sini.” Seorang anggota yang tidak di kenali berdiri di sebelah Tuan Mokhtar. Badannya agak tegap. Berdada bidang. Kulitnya putih bersih, ada sedikit misai halus penghias wajahnya.

“Inspekter Syafiq.” Anggota baru itu perkenalkan dirinya.

“Auliya.” Pendek sahaja jawapannya sebagai tanda perkenalan.

“Mulai hari ni, dia akan jadi partner awak. Korang berdua akan handle kes ni. ingat Auliya. Saya bagi awak tempoh sebulan lagi. Kalau awak masih gagal buat kali ke dua, awak tahukan apa yang akan jadi.”

“Saya faham Tuan.”

“Syafiq, awak boleh duduk di meja sebelah ni. selamat bekerja.” Tuan Mokhtar menunjukkan meja di sebelah Auliya yang sudah kosong dan meninggalkan mereka berdua untuk mengendalikan kerja yang masih bersisa atau lebih senang, kerja yang tak pernah habis.

“Hai.” Syafiq menegur. Dia duduk di tempat yang telah di sediakan oleh Tuan Mokhtar untuknya.

“Hem.”

“So, boleh saya tahu sampai mana siasatan kes ni?” Tanya Syafiq yang kedengaran serius sahaja di pendengaran Auliya.

“Kita baru sahaja mendapat tahu tempat penjenayah ni beroperasi. Tapi kuantitinya terlalu sedikit dan mereka bukan kuncu utama yang kita nak. Mereka hanya kambing hitam. Dalang di sebalik semua ni kita belum jumpa lagi.”

“Sorry. Pembetulan okey. Bukan KITA, tapi hanya AWAK sahaja. Saya baru je di pindahkan dari IPD Seri Alam ke Balai Masai tau.”

‘Kenapa hari ni aku kena kerja dengan manusia bongkak macam ni ha?’

“Maksud saya pihak KAMI di sini hanya mendapat maklumat hanya ini. Dalang di sebalik semua ni masih lagi dalam siasatan.”

“Oh, patutlah Tuan Mokhtar suruh saya ke sini utnuk hendle kes ni. rupanya baru sampai tahap ni pencapaian kerja awak dalam menangani kes.” Pedas sahaja sindiran yang kedengaran.

Auliya menjeling tajam Syafiq yang tengah seronok dengan tempat barunya itu.

‘Jakun.’

“Sudah-sudahlah pandang saya. Saya tahu yang saya ni hensem boy.” Sekali lagi dia perasan sesangat!

“Awak ni yang terbaik dari IPD ke yang di hantar ke sini?” Tanya Auliya.

“Mestilah saya yang terbaik di antara yang terbaik di hantar ke sini. Menolong pegawai yang tak mampu nak selesaikan kes dengan cepat.”

Sebutir peluru seolah sedang berseronok di dalam paru-paru Auliya. Sakit pulak rasanya.

“Kenapa diam? Betulkan apa yang saya cakap. Heh, kesian.” Di hujung katanya dia mentertawakan Auliya.

Sungguh kerdil Auliya di mata Syafiq. Dia belum kenal aku siapa! Baru masuk sini berlagak macam ayam laga yang hebat!

“Diam tak bererti betul. Saya diam sebab tak nak nanti ada pegawai lain yang kena hndle kes kita pula.” Sengaja Auliya menekan perkataan kita.

Dia bangun meninggalkan Syafiq dengan keseronokkan dapat tempat baru. Lintang pukang dia mengejar Auliya yang sudah pun keluar dari bilik kerjanya.

“Hei. Nak gi mana?” Jerti Syafiq di muka pintu.

Auliya hanya diamkan diri tanpa berpaling apatahlagi menjawab soalan dia!

“Wei! Tunggu aku!!” Bergegas dia mendapat kereta Auliya di parkir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience